Followers

Wednesday, February 28, 2018

Gelang Anak Di Ragut Di berjaya Times Square; Ibu Kongsi Pengalaman




KEJADIAN RAGUT KANAK-KANAK 1 TAHUN 6 BULAN DI BERJAYA TIMES SQUARE 27/1/2018

Kejadian terjadi sekitar pukul 3.45 petang...

Sebenarnya, dari dalam kedai serbaneka tu lagi suami dapat rasa seperti didalam pemerhatian seseorang... Ketika itu saya sedang memilih baju... Suami pula melayan anak di bahagian mainan kanak kanak.. Tiba tiba ada barangan kotak terjatuh... Saya ingatkan anak yang jatuhkan..tapi suami kata bukan... Kemudian sales girl datang susun...

Ketika kami masih lagi memilih pakaian, kotak tersebut jatuh lagi.. Saya sempat berkata kepada suami peliknya kenapa asyik jatuh je kotak kotak tu.. Seolah olah sengaja di jatuhkan untuk tarik perhatian suami supaya tinggalkan anak untuk susun kotak dan saya leka memilih baju..namun suami tetap bersama anak dan sales girl yang datang susun..

Selesai pilih baju, saya lalu di bahagian mainan kanak kanak, ketika itu saya pula yang rasa di perhatikan kerana ketika itu saya pula yang bersama anak... Tapi saya fikir dia adalah sales girl di bahagian itu... Wallahualam..

Kami kemudian beratur di kaunter... Mesin kaunter pulak problem dan resit habis.. Masa di kaunter, tiba tiba beberapa orang masuk ke kedai dan berlegar2 di tepi saya yang sedang mendukung anak.. Mereka berlakon seolah2 sedang pilih barang di tepi saya..

Oleh kerana lambat menunggu resit baru nak di isi, saya tinggalkan suami di kaunter dan mendukung anak ke kawasan lif di luar kedai.. Letih mendukung, saya pimpin anak ke lif yang lebih dekat dengan kedai tersebut.. Ketika ini lah, kejadian berlaku.. Sepantas kilat, ketika saya leka memadang lif (tangan masih memegang erat tangan anak), anak menangis sekuat hati.. Saya terkejut terus melihat badan dia kalau kalau terkena sesuatu yang menyakitkan. Terpandang tangan dia yang tiada gelang dan dia pula seakan menunjuk ke arah luar (mungkin memberitahu ada sesorang telah mengambil gelang dia) sambil menangis yang sangat kuat..

Saya segera memangil suami yang masih di kaunter kedai, dia bergegas dapatkan saya dan anak dan saya beritahu gelang anak hilang..

Dia segera mendukung anak dan mencari sekeliling orang orang yang mencurigakan namun semua seakan tiada apa apa.. Kami bertanya kaunter kedai terbabit di mana security dan terus melihat cctv terdekat, dan bernasib baik, ada satu cctv pada kawasan lif tersebut.. Segera kami ke ground floor memberitahu kejadian... Lantas kami di bawa ke pejabat security di basement dan membuat laporan..

Anak di beri rawatan ice pack sejuk di bahagian tangan untuk melegakan..suami dan beberapa security pergi semula di kawasan kejadian, dan balik semula ke pejabat security. Kami di tunjukkan oleh ketua security yang bertugas rakamn cctv.. Ternyata, yang tiba tiba datang sekumpulan di kaunter kedai itu adalah kumpulan yang meragut gelang emas anak saya... Sungguh terkejut melihat rakaman cctv itu.. Mereka memang sudah menghampiri kami... Berlakon konon ingin membayar di kaunter juga.. Seorang perempuan berbadan gempal, seorang lelaki kurus memakai topi dah sling beg.. Seorang wanita muda yang sedang mendukung kanak2.. Mereka seolah2 satu kumpulan.. Dari cctv itu mereka besar kemungkinan bukan warganegara malaysia...

Dalam rakaman cctv itu, ketika saya keluar tinggalkn suami, mereka juga beredar perlahan lahan... Ketika saya datang balik ke arah lif yang lebih dekat dengan suami, ketika itu lah, perempuan berbadan gempal menghampiri anak saya dan menarik gelang tersebut... Pada waktu yang sama, perempuan muda mendukung kanak kanak dan lelaki kurus lalu di sebelah saya seolah2 nak menaiki lif (berlakon untuk mengaburi mata saya supaya tidak toleh ke belakang) .. Kejadian terlalu cepat.. Sehingga saya tak dapat mengesan siapa peragut di sekitar saya...

Alhamdulillah Allah selamatkan anak saya dari terjadi apa apa.. Kejadian yang sungguh mengekutkan... Iya salah saya kerana terleka seketika ketika di depan lif tapi saya tak lepaskan tangan anak.. Masih erat memegang tangan dia.. Pesan saya, jangan sesekali pakaikan gelang atau sesuatu yang menarik perhatian peragut.. Tak kira emas betul atau emas tiruan, selagi ia menarik perhatian penjahat, anak kita semua dalam bahaya! Sentiasalah alert apa apa kejadian yang mencurigakan di sekeliling kita..

Kami sudah membuat laporan polis juga.. Urusan laporan polis selesai jam 8 malam di IPD Dang Wangi..walaupun peluang mendapat semula gelang emas tipis, kami tak kisah.. Asalkan pelaku dapat ditangkap.. Selagi mereka masih di sini, ramai lagi yang akan menjadi mangsa... Kami diberitahu pegawai polis, Beratus kes ragut dan samun setiap hari.. Jadi dengan jumlah kes yang banyak seperti ini, kita sendiri yang perlu banyak aware dan alert dengan keadaan sekeliling yang sememangnya tidak selamat!

Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil pengajaran dari pengalaman ini.. Hilang barang boleh diganti, hilang anak tiada ganti!

Sumber : Izuera Azemi


Sebarkan supaya ibu bapa lebih ALERT dan berhati-hati. Malang tak berbau.

Sunday, January 25, 2015

kempiskan perut cara humairah

perut anda buncit?????

perut anda susah nak kempis???

serius????

so ini penyelesaiannya....


SILA MINUM TEH HIJAU .... 
4 TO 5 CUPS A DAY.....

serius cara ini amat dan sangat membantu........

fakta:

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

kalau nak lagi best, sila lakukan senaman perut atau apa2 senaman supaya perut itu cepat turun dan kempis.

disini ingin saya tegaskan, nak kuruskan perut itu amat SUSAH ok... dan sila jangan terlalu bergantung kepada produk untuk kuruskan badan..... kebanyakkannya sudah saya cuba, tetapi semuanya hanya indah kabar dari rupa.... so lady's.. please jangan biarkan diri anda menjadi mangsa kepada penipu yang hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.


love,
humairah comel


Thursday, June 5, 2014

tips cantik cara humairah @ cara menangani masalah kulit



nak muka cantik???

nak muka berseri-seri???

nak muka tak da jerawat????


serius???


nak???


ok, lets me share......

dear friends..

semua orang nak cantik... nak lawa... nak berseri.. nak bersinar.. and etc... etc..... but... benda dan langkah yang paling utama ialah memastikan setiap apa jenis produk yang diambil adalah selamat dan bersesuaian dengan diri anda sendiri......

sekarang ni banyak sangat lambakan produk pemutih yang berada dipasaran... tak lupa juga yang diiklankan di facebook dan sebagainya... kalau diperhatikan sekarang ni tengah HOT dengan "muka flawles"... yang licin micin macam cermin..... cerah jelita like telur dikupas...... WOW... personally saya amat amaze dengan semua jenis produk yang diiklankan.. but...friends.... saya akan menceritakan rutin harian saya sebagai pedoman untuk membantu anda memilih dan memahami.. apakah sebenarnya yang kulit anda INGINKAN.. bukan nya apa yang anda INGINKAN..


sebelum membeli apa-apa produk kecantikan:

1. berjumpalah dengan beauty consultan yang terlatih.

dulu saya adalah pengguna tegar satu jenama antarabangsa... saya telah gunakan sejak dari zaman sekolah menengah sehingga ke tahap sekarang... saya cuma menggunakan pencuci muka sahaja dan sekali sekala saya menggunakan toner.... well, keadaan kulit alhamdulillah tiada masalah... dan saya juga pernah menggesyorkan produk tersebut kepada rakan.... well, to be honest, memang produk itu membuatkan kulit saya tiada masalah.. tetapi yang menjadi masalah ialah, pore saya terbuka dengan luas dan jayanya..... bukan itu sahaja.. saya juga kelihatan TUA berbanding usia kerana kulit diantara hidung sudah mula berkedut..... selain daripada itu juga pipi muka saya menggelebeh..... minyak dimuka juga amat la..... BERTONG-TONG keluar.......


DAMMMM!!!!!


saya bersabar dan terus bersabar.. kadang kala muka terasa panas.. seperti terbakar..... saya masih bersabar dan bersabar.....

sehingga....

saya terjumpa dengan sorang beauty consultan...... dia telah membelek dan merasai tekstur kulit saya.. kemudian dia bertanya kepada saya.. apakah produk kecantikan yang saya gunakan.. selepas menjalankan beberapa ujian, akhirnya saya mendapati bahawa produk yang saya gunakan adalah TIDAK SESUAI denagn kulit saya.. dulangi sekali lagi.. TIDAK SESUAI ok!!!


JADI KEPADA ANDA DILUAR SANA... PLEASE PASTIKAN ANDA BERJUMPA DENGAN BEAUTY CONSULTAN SEBELUM MEMBELI APA-APA PRODUK... jangan malu bertanya.. pastikan anda menyediakan bertong-tong soalan kepada beauty consultan tersebut supaya anda lebih memahami apa sebenarnya yang KULIT anda PERLUKAN bukan apa yang anda INGINKAN...... beauty consultan mestilah seorang yang terlatih... please jangan jadikan kawan atau sesiapa sahaja yang berada disekeliling anda untuk mendapatkan nasihat tentang kulit.. kerana apa yang mereka guna atau pakai tidak semestinya sesuai dengan keadaan kulit anda.....


2. produk yang disarankan.

jika beauty consultan anda menyarankan anada menggunakan sesuatu produk... pastikan anda menggunakan produk tersebut...

TETAPI......

pastikan bahawa produk yang direkomen itu  is still under your bujet.. jika tidak, pastikan anda meminta beauty consultan tersebut untuk merekomenkan produk yang bersesuaian tetapi dalam lingkungan bujet anda.... (sebab tu kita kene banyak tanya.)

3. disiplin.
sila gunakan prpduk tersebut mengikut masa, dan cara penggnaan yang betul.... jangan pandai-pandai atau gatal-gatal ubah aturan pemakaian...


4. istiqamah.....
untuk pengetahuan anda semua.. TIADA APA DIDUNIA INI DATANG DALAM SEKELIP MATA... tolong jangan gunakan produk yang hanya mengambil beberapa hari sahaja untuk melihat keberkesanannya.. untuk pengetahuan anda.. sesuatu produk yang selamat digunakan ( mempunyai bahan organik atau selamat digunakan) akan mengambil masa 3 bulan atau sebulan lebih sebelum memberikan kesan kepada kulit... jadi plese.. sayang kulit anda.... jangan rosakkan ia dengan memakai produk yang bukan-bukan.. produk yang digunakan mestilah sesuai dan selamat.... yang paling baik.. kurang mempunyai bahan kimia... ia bukan berkaitan dengan jenama.. tetapi lebih kepada benda yang kulit anda perlukan.. bukan apa yang anda inginkan....


saya sudah berjumpa dengan produk kecantikan yang sesuai dengan saya... selamat, HALAL dan suci... anda bagaimana???


love,
humairah


Tuesday, May 6, 2014

cara menghilangkan ketagihan makanan cara humairah @ kurus cara humairah

 makan dengan adik... soleha.. dia makan satu ja.. yang lain semua i punya.
 again berdua with soleha but dia makan sikit ja...... me yang lebih-lebih
 again.. me yang lebih-lebih



saya dengan ini mengaku bahawa saya mempunyai masalah "addicted toward food" atau dalam bahasa melayunyar terlalu mencintai makanan,.. bahasa kurang sopan ialah.. seorang yang kebulur, buruk lantak, perut bocor dan sebagainya....


percayakah anda, bahawa semua gamba diatas adalah hasil dari saya seorang?? i mean, its only me yang habis kan semua makanan itu.... sila pecaya kerana ini ialah benar.... saya seorang yang mempunyai nafsu makan yang sungguh kuat....

tetapi alhamdulillah badan juga naik dengan cemerlang..... T_T

secara jujur, agak dan amat susah untuk hilangkan ketagihan terhadap makanan ini.. betul tak? walaupun perut dah kenyang tahap gila babun tetapi anak tekak ini sungguh gedik dan sangat gatal untuk terus mencuba dan mencuba makanan yang lain... kalau tak, nasib la meleleh-leleh air liur tu kalah orang yang mengandung (mengidam)

bukan itu sahaja, kita juga akan turut gatal merasa perasaan mengidam seperti orang mengadung walaupun masih anak dara yang still tak ada boypreng lagi... betul tak???? kalau tak dapat apa yang kita nak makan tu.. habis mood satu hari....

apabila saya menyedari kecemerlangan saya dalam menambah lilitan badan saya maka saya terpaksa mengambil langkah untuk mengurangkan tabiat makan saya yang kalah gozilla ini..

anda boleh cuba:

1- Duit.

sila bawa hanya rm 10 ringgit sahaja setiap kali anda keluar untuk makan tengah hari... rm 5 ringgit sahaja untuk sarapan.. jangan gatal nak lebih-lebih tau... tolong juga pastikan anda tidak membawa wang atau kad debit atau kad kredit ketika mahu keluar membeli makanan... duit yang sedikit akan menghalang anda dari gatal tangan nak beli makanan yang banyak.

2- Disiplin.
jangan sekali-kali bawa duit yang banyak untuk membeli makanan... sila lupakanjuga duit gaji yangbertimbun dalam bak korang.. kenapa? sebab hanya dengan duit korang boleh beli makanan yang korang nak.. so please disiplin diri dengan bawa wang yang sangan minimalis bila korang keluar berjalan-jalan atau mahu membeli makanan.

3- Oat
aku selalu memastikan aku ada stok simpanan oat.. agak-agak lapar ja terus aku bancuh oat.. kalau korang suka nestum, korang boleh balun nestum.

4- Air Kosong
sila rajinkan diri untuk meminum air kosong.. aku ni bukan jenis yang suka air kosong but aku paksa juga tekakni untuk minum.. kalau susah sangat campur sikit milo and minum banyak-banyak.


5- makan makanan dengan perlahan dan jangan gatal makan depan tv ok!
makan dengan perlahan... korang sure rasa sedih if nak makan cepat-cepat sebab nanti makanan tu cepat habis...(mesti wujudkan perasaan ini setiap kali makan). dan jangan sekali makan depan tv sebab bila korang tak fokus dengan makanan korang, korang akan menjadi bertambah lapar.. dan bertambah rajin nak menambah makanan.

6-jangan minta maknan kawan
jangan gatal nak rasa2 makanan orang lain.. sebab nanti sure korang gatal nak menambah menu makanan korang pada esok hari.. sila tolak dengan berhemah setiap pelawaan tersebut ok...

duit dan disiplin. kalau korang perasan isi kedua benda ini adalah lebih kurang sama.. kenapa ya?? sebab dalam situasi aku, dengan duit dan kurang disiplin la aku mula terjebak dalam ketagihan makanan ini.. oleh yang demikian aku stresskan disini korang perlu bawa duit yang sedikit dan disiplin (untuk xtak bawa duit yang banyak) ketika korang keluar membeli makanan.

benda ni memang susah nak buang... rasa macam nak pengsan pun ada.. dan aku sampai menangis malam-malam sebab teringin nak makan itu dan ini.. tetapi aku kuatkan semangat sebab pada waktu itu memang suah masa untuk aku kekang ketagihan aku.... memang sudah sampai waktu.... kenapa??? well sebab itu aku tak dapat nak kongsi.. agak personal

dan dalam 3 bulan aku berjaya mengurang kan jumlah hidangan dari seperti gamba diatas kepada............

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--







cuba la korang tray.... eh silap try.... nampak tak??? betapa sopannya tekak aku sekarang dah tak rasa nak membaham macam buaya dah./....

all about my post....


my post...

semua yang dipos dalam blog ini ialah bedasarkan oleh apa yang dialami atau pun cedokan yang dialami oleh orang-orang sekeliling aku...

kadang kala pengalaman orang lain membuatkan kita terasa macam nak berlakon seolah-olah kita yang mengalami perkara tersebut.

ada baik dan buruk tentang ini..... baiknya kurang-kurang aku merasa jadi pelakon yang hanya berlakon dalam kotak fikiran ku dimana pengarah, penulis skrip sutradara dan pelakon dan lain-lain adalah aku..... ok..... (nampak agak kepelikan disitu.....) kurang-kurang aku merasa juga jadi pelakon dan cuba selami apa yang orang lain rasa dan apa tindakan yang akan aku buat jika aku berada dalam keadaan itu...

buruknya... hurm, jika orang yang kenal aku baca post aku maka akan ada macam-macam spekulasi dari penganalisa yang tak bertauliah yang akan bertanya dan terus bertanya.... aduhaiiiiii baru nak berangan jadi pelakon.. dah korang potong mood.... bosan sungguh......

macam ni la.... bagi aku setakat ini aku bersyukur aku dikurniakan dengan kawan-kawan sudah faham dengan perangai pelik aku yang satu ni...... but for those yang tak faham........ sila angkat kaki dan blah cepat-cepat dari hidup aku.....

Wednesday, March 12, 2014

ANTARA PILIHAN IBU BAPA DAN PILIHAN SENDIRI



hari ini, ada orang tanya satu soalan yang menyentap hati dan sanubari.

Her: "Best kan kalau orang sayang"
Me; "memang best, kenapa???
Her; "x dala, cakap ja.. best kalau orang sayang kita."
Me; "dah kenapa?"
Her: "kasih sayang tu bukan dari orang yang kita sayang ja, tapi dari kawan-kawan......., bestkanJ Akalau kawan sayang kita"
Me; "ok....."



ok fine........ AKU TAU AKU TAK TERLALU DISAYANGI OLEH KAWAN- KAWAN OK.....



Her: mai, kalau orang yang mai sayang tu, family tak dapat terima... tanya family mai kenapa mereka tak boleh terima. baik mai pilih orang yang mereka terima, sebab nanti kalau pilihan mereka salah sekali pun, nanti mereka(family) akan still terima mai. kalau pilihan mai salah, nanti mai malu......
Me: ok.....

still tak dapat terima apa yang dikatakan sebab nanti jika perkahwinan itu tidak berjaya, yang kena kan aku.... aku kenal siapa family aku.. aku kenal betapa teruk cacian, umpatan dan kejian yang aku akan terima... jadi please stop acting like macam semua yag ditentukan parent itu akan berakhir dengan kebahagiaan..

disini ingin ditegaskan bahawa, bukan aku nak kata atau tolak yang pilihan ibu bapa itu semuanya akan berakhir dengan ketidak kebahagiaan.. atau pilihan mereka itu tidak betul (mungkin ini ayat yang lebih baik). zaman dulu orang kawin dengan pilihan iibu bapa semua berakhir dengan kebahagiaan (kebanyakkannya)
kamu tidak memahami masalah yang aku hadapi... jadi please jangan conclude yang pilihan siapa lebih baik.. aku atau parents aku...

cuba faham perasaan aku... bertahun tunggu untuk disatukan denagn orang yang tersayang.. just a simple mistake from a stupid person semua jadi berantakan..... aku di tengah-tengah.... antara orang yang aku sayang dan dengan ibu bapa aku sendiri... kamu semua tidak akan faham perasaan itu..... 

mungkin ada yang kata, as a anak, kita kene ikut cakap ibu bapa.. but please......... tolong faham keadaan aku........ aku mengaku, aku bukan anak yang baik.. aku mungkin anak yang teruk hanya kerana berkeras untuk hidup dengan orang yang aku sayang... seolah-olah aku pentingkan orang luar dari ibu bapa kandung aku... tapi tolong faham keadaan aku......... 

bukan bermakna aku tak ikut cakap mereka aku tak sayang mereka... aku sayang.... cuma.. please.. hanya aku yang faham keadaan ini.... jika perkahwinan itu tidak berjaya... jika itu ialah pilihan aku, sekurang-kurangnya aku boleh redakan perasaan aku dengan mengatakan "SEKURANG-KURANGNYA AKU KAWIN DENGAN ORANG YANG AKU SAYANG". jika perkahwinan itu tidak berjaya, jika itu ialah pilihan aku apa yang boleh aku katakan ialah " SEKURANG-KURANGNYA AKU IKUT CAKAP MAK BAPAK AKU". kedua-dua akibat ini akan menyebabkan sampai keakhir hayat aku akan dideritai dengan BERBAKUL CACIAN, MAKIAN DAN UMPATAN......


HUMAIRAH

Wednesday, January 15, 2014

pening kepala



macam comel je..
macam cantik je....
macam best je...


pening kepala.... ok, saya adalah pening kepala.. i adalah pening kepala.... i sedih sangat... kadang-kadang i terfikir, yang salah itu adakah i atau pun orang itu....

i bukan nujum yang tahu membaca fikiran orang lain... bagi i kalau u nak A, maka adalah wajib untuk i delivery A itu kepada kamu.. logik tak?? tetapi jika kamu minta A dan kamu expect i akan bagi A+++ kepada kamu, maka itu adalah sesuatu yang......... hurm.. maaf, i tak tau nak decribe macam mana..... sebab, macam yang i katakan tadi.. i bukan nujum or bomoh or psikik  yang boleh baca fikiran kamu wahai manusia.....

jadi i minta tolong la faham keadaan i.... i bukan nujum k....




ok, sebelum ni telah diberi arahan untuk melakukan tugas sebaik mungkin tanpa perlu bertanya dan bertanya... kononnya rimas la, nampak macam tak pandai la.. itu la dan ini la....

but bila time orang lain.... orang tu suka pula... lagi galakkan ada.. tapi bila time i.... hurm.........