ana sebenarnya nak habis pos kan terjemahan ayat alquran dulu sebelum pos kan hasil tangan ana yang lain.. tetapi perkara yang terjadi ni buat ana berasa terlampau marah sangat.. apa perasaan antum semua jika mengetahiu ibu antum seoranmg penipu???
mari ana kongsi kan nya bersama antum...
PENIPUAN AYNG PERTAMA
satu hari ana pergi memancing dengan adik2 ana... nak dijadika cerita hari tu rezeki kami amat baik dan kami dapat membawa pulang seekor ikan sungai yang agak besar. tapi ana x tau nama ikan tu apa. lepas tu kami pun bawa la pulang ikan sungai tu... sampai ja di rumah, ibu ana lantas membersihkan dan memasak ikan itu. kami adik beradik x sabar2 menunggu tibanya makan malam . kami makan dengan berselera sekali... tetapi yang ana marah ialah ibu ana makan baki2 isi ikan yang terlekat pada tulang2 ikan yang kami adik berdaik dah habis makaN... ana kasihan melihat ibu n bila ana ambil n ceduk isi ikan untuk ibu, ibu ana kata......
X PA LA NAK, IBU X SUKA MAKAN IKAN....
PENIPUAN YANG KEDUA..
masa ana nak ambil peperiksaan yang penting kat sekolah, ibu ana tunggu ana kat luar pagar sekolah.. semata-mata nak beri ana kekuatan untuk jawab peperiksaan.. dari jauh, ana nampak bibir ibu ana terkumat kamit macam membaca doa aja gayanya... cuaca hari tu sangat panas.. tapi ana lihat ibu tetap tegak berdiri tunggu ana kat luar pagar sekolah... habis ja jawab peperiksaan ana terus mendapatkan ibu, ana lihat banyak titik2 peluh mengalir pada tudung ibu. ibu terus menuangkan air kopi yang ibu bawa dari ruimah tadi untuk ana. selesai ana minum ana tuangkan air kopi tu untuk ibu, tetapi ibu ana jawab
X PA LANAK.. IBU X HAUS.....
PENIPUIAN YANG KETIGA....
ops, lupa nak bagi tau yang ibu ana ni dia jual kuih.... setiap malam dia mesti buat kuih untuk dijual pada keesokan paginya.. ada la satu malam tu ana terjaga.. waktu tu jam dah tunjuk pukul 2.30 pagi.. ana nak ketandas.. waktu ana melintas kat dapur ana tengok ibu tersengguk2 menahan mengantuk sambil tanagn nya lincah membuat kuih... ana suruh ibu tidur tapi ibu ana jawap..
X PA LANAK.. IBU X NGANTUK LAGI...
PENIPUAN YANG KEEMPAT...
Masa ni bila ana dah berjaya dapat kerja yang bagus.. ana kirimkan duit untuk ibu kat kampung sebagai belanja barang rumah... ana tau ibu x bekerja n just harapkan duit pencen ayah...setiap bulan ana x pernah miss untuk bagi duit pada ibi.. tapi yang ana geram tu... bila ana dapat satu surat beserta duit yang ana kirimkan untuk ibu n dalam surat tu kata..
X PA LA NAK, IBU ADA DUIT.....
PENIPUAN YANG KE LIMA...
bila dah bergaji besar ana teringin nak bawa ibu jalan2 makan angin kat negara orang... ana tau dari dulu sampai sekarang ibu x pernah keluar untuk melawat tempat2 yang menarik dek kerana kesusahan kami. bukan ana x pernah melihat betapa teruja muka ibu bila kawan2nya menceritakan keseronokkan mereka melawat tempat2 yang menarikyang anak2 mereka bawa.. ana nak tunjuk kan ibu negara china... india... london n lain2 tempat yang menarik.. tapi kalau ibu x suka , ana boleh bawa tempat2 yang menarik dalam malaysia sahaja.. ana x kisah.. janji ibu happy.. bila ana utarakan niat ana ni.. denagn selambanya ibu jawap..
X PA LANAK.. IBU X SUKA BERJALAN TEMPAT ORANG, IBU X BIASA...
Tu hanya sebahagian penipuan ibu yang ana dapat kongsi denagn antum semua... eeeee geram betul ana dengan ibu ana ni...... nak marah pun x boleh... jika ada diantara ibu2 antum diluar sana yang suka menipu macam ibu ana... ana harap antum dapat kongsikanya dengan ana..
ini adalah hasil tangan ana yang ana petik dari mastika untuk renungan kita sebagai anak2 bersama2... kadang2 ada antara kita yang x sedar bahawa adakalanya tindakan ibu n ayah yang kita tidak suka itu sebanarnya adalah tindakan yang akan membawa kita kemercu kejayaan... ana sendiri sebagai manusia juga x lepas berbuat salah kepada ibu n ayah ana.. bila keadaan itu berlaku ana akan diam dan segera beredar.. bila ana dah tenang ana akan segera meminta ampun pada mereka... ana faham mungkin ada diantara kita yangn kehidupann keluarganya tidak seindah keluarga2 yang lain dimana penceraian, sumbang mahram n sebagainya terjadi dalam keluarga mereka.. berat mata menmandang, berat lagi bahu memikul.... tetapi ana harap jangan lah kita berputus asa untuk mencari sinar bahagia.. ana sendiri mempunyai sejarah hitam bersama keluarga.. tetapi jika ana mampu bangkit dari kemelut itu, masakan antum x boleh... jika ada salah dan silap ana ana minta maaf... jika ada yang ingin berkongsi pengalaman sila kan... kita boleh bertukar2 fikiran... seperti ana yang boleh memaafkan segala yang berlaku walaupun itu menghantui ana sepanjang hayat masakan antum semua x boleh.. doakan ana n antum kuat untuk menghadapi ujian yang bernama kehidupan ini..
sekian..
wassalam....
humairah rabiatuyl adawiyah husna...
library uitm johor
04:05 pm....
No comments:
Post a Comment