Followers

Monday, June 4, 2012

dari seorang gadis untuk seorang gadis....



hari ini nak bercrita tentang kawin.... oh.. kawin... macam satu penyakit kenser yang membunuh time senyap sahaja kerana persoalan tentang kawin ini amat sensitif dan boleh menyumbang kepada penderaan emosi yang teruk kepada sesetengah pihak. ye la... semua orang sebaya dia dah selamat beranak pinak but dia masih lagi singgle minggle gitu... nak cari boyfriend apa kan daya the MR. RIGHT masih belum ketemu.. tu belum masuk senarai buaya2 dan babun2 busuk yang perlu ditapis untuk mencari dan memilih seorang insan yang layak bergelar suami... susah kan... tetapi yang menammbahkan kesusahan seorang gadis yang SINGGLE itu ialah masyarakat sekeliling yang tak habis2 nak menjadi PA x bertauliah yang dok hari2 menanyakan kan soalan "BILA KO NAK KAWIN??"  ayat busuk selepas itu harus la "ANAK SI ANU TU KAWIN DAH BERANAK-RANAK DAH.. ANAK DIA TU BAYA KO KAN.... MAJLIS KAWIN DIA... BLA..BLA..BLA.... TU LA KO MEMILIH SANGAT... N BLA..BLA.. BLA...


itu semua adalah ayat2 realiti yang selalu diguna pakai oleh masyarakat bermulut busuk macam longkang yang selalu membuatkan hati sigadis itu bertambah gundah dan gulana saat diri masih lagi belum dipunyai oleh seseorang yang bergelar tunang or suami..... sedih kan...... tapi kadang2 aku nak juga tanya -pada simulut longkang2 itu... korang pernah tak rasa duduk dalam situasi gadis tersebut??? pernah tak korag tanya mengapa or sebab musahabab yang menyebabkan dia masih lagi keseorangan walhal anak ornag lain sebaya dia dah selamat mengeluarkan anak2 yang comel....


sebagai seorang wanita... ye kami tidak mahu mendengar ucapan sayang.. rindu n lain2 setiap hari kerana semua ucapan itu hanya boleh membuatkn hati kami gembira.. tetapi ucapan yang membuatkan kami terasa bahagia ialah " AKU TERIMA NIKAHNYA.. BLA..BLA..BLA"  tapi yang menjadi masalahnya ialah... siapakah orang yang akan mengucapkan AYAT KERAMAT ini dan adakah insan yang mengucapkan ayat itu benar2 layak untuk memiliki hati kami yang senipis kaca ini??????? to be honest, melalui pengalaman aku sendiri.... adalah teramat susah untuk mencari insan yang bernar2 berkualiti untuk dijadikan suami.. yang ada hanyalah hampas2 masyarakat yang hanya tahu untuk menjadi biawak hidup selepas kawin nanti.....


kadang2.. dek kerana mulut2 longkang orang sekeliling... ramai para gadis yang tak bersalah teraniaya kerana terpaksa memilih untuk hidup bersama biawak2 dan babun2 busuk dek kerana tidak sanggup lagi untuk mendengar leteran mulut2 longkang yang selalu bertanyakan dan adakala menyumpah mereka dek kerana mereka tak kawin walaupun umur dah lanjut.... yang paling tak seronok ada juga gadis yang terpaksa menurunkan harga dirinya demi babun2 busuk dan biawak2 hanya untuk memastikan diri mereka bebas dari sinsiran dan kat2 busuk dari masyarakat sekeliling terutama makcik2 kepochi.....


wahai masyarakat... sepatutnya korang membantu mereka ini dengan memberi semangat untuk tabah menghadapi hidup dan membentuk keyakinan mereka bahawasanya jodoh itu jika tiada didunia insyallah diakhirat bakal ketemu...... janji ALLAH SWT itu pasti..... cuma tolong lah wahai masyarakat.... jangan terlalu mendesak kerana sikap korang ini selalunya membuatkan seorang manusia itu akan mengucapkan " AKU MENYESAL KAWIN DENGAN SIPOLAN BIN SIPOLAN and bla..bla.. bla...." disaat itu hanya PENCERAIAN sahaja yang jadi jalan penyelesaian....

tapi masalahnya, masalah tak akan terhenti disitu.... bila dah bercerai, makin galakla mulut2 makcik kepochi longkang itu akan mengata.. almaklumlah.. sigadis terbabit dah bergelar janda... so faham2 la tentang pandangan busuk masyarakat terhadap mereka.... serba serbi pasti jadi perhatian... jangan la cuba salah sikit, pasti sampai berkampung2 kampung tau tentang kau sekeluarga wahai sigadis yang begelar janda....


jadi disini, sampai bilakah kemelut ini akan selesai?????? tepuk dada tanya iman...... wahai masyarakat, tolong la jadi insan yang prihatin.. bukan insan yang selalu nak jadi kepochi... kerana, sikap busuk longkang anda bakal memusnahkan hidup seorang gadis yang tak berdosa.. fikir2kan lah.. mungkin anda sudah bekerluarga dan berbahagia.. fikirkanlah tentang mereka AKA si gadis yang masih lagi bersendirian dan kesunyian.......... mengharungi hidup tanpa insan tersayang disisi....





p/s: ada sebab mengapa aku menulis tentang perkara ini... aku kasihan dengan seorang perempuan yang mengganggu hidup orang lain hanya kerana dirinya sudah lanjut usia...

No comments: