Pada zaman dahulu terdapat 3 orang pemuda yang bersahabat baik dan senantiasa bersama-sama apabila ke mana-mana. Pemuda pertama bernama Amir, pemuda kedua bernama Tabi’ dan pemuda ketiga bernama Hasad. Walaupun mereka mempunyai paras rupa yang menarik dan susuk tubuh badan yang sempurna namun mereka mempunyai penyakit kusta yang sukar diubati pada masa itu. Lantaran penyakit inilah yang menyebabkan mereka dipulaukan oleh masyarakat setempat mereka kerana takut dijangkiti. Suatu hari mereka bertiga pergi ke dalam hutan untuk mencari kayu api dan buah-buah hutan untuk dibuat makanan, tiba-tiba mereka terjumpa sebiji batu yang tertulis atasnya batu ajaib.
Amir : Eh, bukankah ini adalah batu ajaib!
Tabi’ : Ya ini adalah batu ajaib!
Hasad : Memanglah sebab ada tertulis batu ajaib baru kamu semua tahu ini batu
ajaib, jika tidak tertulis batu ajaib tentu kamu semua tidak tahu.
Amir : Biasanya batu ajaib tentu ada jin yang boleh menunaikan permintaan kita,
apa kata kita cuba gosok batu ajaib ini mana tahu boleh keluar jin.
Tabi’ : Aku sokong pendapat kamu Amir, cubalah kau gosok dahulu mana tahu
jika jin tersebut keluar boleh kita minta agar disembuhkan penyakit kusta kita ini.
Hasad : Batu ini kita jumpa di dalam hutan, tentu yang ada di dalam batu ajaib ini
jin hutan, jin hutan biasanya ganas.
No comments:
Post a Comment