Followers

Wednesday, March 4, 2009

HoT StUfF !!!!!!!

lelaki 1

saya jumpa dia sewaktu di alam tadika lagi (tadika farah-batu tiga,selangor). mana dia hafiz. seorang yang amat comel. saya meminati dia kerana dia mempunyai gigi yang rongak (~,~!). nampak comel apabila dia tersenyum (comel ke...)

lelaki 2

saya jumpa di sekolah rendah sewaktu darjah 3. nama dia faizal. saya meminati dia kerana dia mempunyai kepala yang botak. nampak berkilat dibawah cahaya matahari. dan dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab meminjamkan saya pensil setiap hari kerana saya sering meninggalkan pensil box di rumah

lelaki 3

saya jumpa sewaktu darjah 4 dan . nama dia saya dah lupa. saya meminati dia hanya kerana rambutnya yang tegak seperti landak. jika ada cicak yang terjatuh, pasti masuk wad i.c.u

lelaki 4

saya jumpa sewaktu darjah 6. nama dia azizi. saya meminati dia kerana rupanya yang hensom macam pelakon television. hanya kerana nama bapa kami sering bergaduh (dia suka ejek nama bapa saya and vice versa)

lelaki 5

saya jumpa sewaktu tingkatan 1. nama dia kecik (nick name) pemain hoki sekolah. saya meminati dia kerana badan di yang halus seperti playwood. bila jentik terus melayang.

lelaki 6

saya jumpa sewaktu akhir tingkatan 5. nama dia shaiful. saya meminati dia kerana badannya yang kurus serta suaranya yang seperti kartun. nampak comel tetapi penuh dengan kesengsaraan andai anda mengenali dia

sekarang??????

lelaki yang pertama dan terakhir.... (siapakah dia??-masih belum ditemui)




#setiap lelaki yang ana ingat adalah lelaki yang pernah meninggalkan kenangan suka dan duka didalam hidup ana. tetapi mereka hanyalah sebagai seorang rakan yang baik. kerana kebaikan dan keunikan mereka, ana abadikan kenangan bersama mereka didalam blog ini selagi otak ini masih lagi mampu untuk memgingati mereka

No comments: