chef wan.....
idola saya sejak dari kecil kerana kehebatannya menyediakan pelbagai resepi yang enak dan lazat. semalam saya berpeluang berjumpa denan idola saya kerana dia telah menjadi jemputan sebagai penceramah untuk subjet personal deveopment. rasa macam mimpi bila dapat bertentang mata dan dapat melihat dia dari dekat. tidak sia-sia saya datang awl dn mengambil tempat baris kedua dari depan. dan apabila melihat dia masuk ke dalam l.t..... rasa jantung saya seakan-akan terhenti melihat dia. "kkaaacakkknyer" itu la ayat pertama ang keluar dati bibir saya... "hebatttt" hati saya berdetik..... sepanjang program itu saya menjadi pendengar yang kusyuk dengan apa yang diceritakannya. gayanya yang bersahaja dan mencuit hati membuatkan sesipa akan mudah mesra dengannya. itu diakui sendiri oleh pensyarah kami PN.CHE FARIDAH. semasa ceramah tersebut, chef wan telah menceritakan kisah hidupnya sejak dia dari kecil hingga lah dia yang sekarang. perjalanan hidupnya penuh dengan ranjau tetapi sekarang lihatlah dunia, siapa dia sekarang.. tidak saya nafikan betapa hati ini tersentuh mendengan cerita tentang kesusahan dia.. bagaimana dia yang masih kecil menjaga adik-adiknya dan bagaimana dia bertungkus lumus membantu ibunya menjual kuih. satu perkara ynag saya pelajari ialah."be the best, and do the best for your self". beliau sering ingin menjadi yang terbaik dan inginkan yang terbaik. saya bertanya kepada diri saya adakah "aku akan jadi sepertinya?" didalam ceramah itu dia banyak menekankan "love your self". saya beranggapan bahawa kerana sayangnya dia kepada dirinya, itu juga menjadi pendorong kepadanya untuk berjaya.
soalan yang saya tanya kepadanya.
apakan satuperkataan yang ingin anda gambarkan tentag diri anda?
>gila... (ketawa) happy n funny.
mengapa anda memilih bidang masakan?
>semua orang makan. sejak dari kecil hinggalah dewasa. kita akan rasa bahagia jika melihat semua orang makan makanan yang kita buat dengan berslera.
apakah bidang lain yang anda ingin ceburi jika bukan masakan?
>lakonan. saya suka berlakon.
adakah anda berminat untuk mengambil mentee?
>pada waktu sekarang saya agak sibuk. tetapi jika dibrikan peluang insyaallah.
solan-soaln lain telah ditanya oleh rakan-rakan yang lain. saya berharap agar usaha chef wan dalam menaikkan nama malaysia diperinggkat antara bangsa melalui masakan akan sentiasa berjaya dan semoga beliau dimurahkan rezeki agar beliau akan sentiasa berbuat kebajikan kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment