Followers

Sunday, March 22, 2009

SATU PENERIMAAN.. BUKAN SATU HUKUMAN.

asigment yang banyak.. membuatkan kepala saya terasa sangat berasap dan ingin pecah... terlalu kusut saya pada waktu ini.... nak stady untuk presentation... test dan lain-lain... saya berdoa agar semua ini dipermudahkan... saya terlalu penat.. sampai terasa ingin lari.. lari dari U... dulu semua orang kata kos marketing ni untuk orang yang tak pandai la, ape la... sampai kan saya terasa, "betul ke pilihan yag aku buat ni?". tapi sekarang.. dengan asigment yang berlambak-lambak.. terasa macam nak menangis ja.... kerana saya mendapat tahu, kos-kos lain tidak mempunyai terlalu banyak asigment seperti kami....
sebenarnya bukan ini yang sayahendak ceritakan...
saya terasa terlalu sedih dengan apa yang berlaku.. dalam hidup saya pada hari ini.. terlalu sukar untuk mencari seorang kawan yang benar-benar kawan.. seorang kawan yang memahami dan menyayangi diri ini... seorang kawan yang saya boleh percaya.. yang boleh saya kongsi segalanya..... terlalu sukar untuk mencari seorang kawan seperti itu.. kadang-kadang saya sendiri keliru, apa sebenarnya yang saya perlukan untuk mencari seorang kawan yang baik?? kadang-kadang hidup bermuka-muka dengan seorang kawan sungguh-sungguh membuatkan saya tidak selesa.. saya cuma harapkan satu penerimaan... bukan satu hukuman... kenapa terlalu sukar untuk mereka memahami diri ini? bukan bertujuan untuk menjadi dan mencari yang terbaik... tetapi cukup jika ada semuanya...... walaupun sedikit....
terlalu banyak yang saya pendamkan dari kawan-kawan saya... terlalu banyak yang saya rahsiakan.. dan ini membuatkan saya berasa agak canggung bila bersama mereka.....
sebagai satu contoh.... ada seorang kawan bertanyakan resepi kek dari saya... dan saya terangkan kepada dia.. "maaf.. bukan tidak mahu beri.. tetapi mama kita sudah pesan jangan beri resepi itu kepada orang lain'... saya beranggapan bahawa dia akan faham.... tetapi sayang... ada orang lain menyapaikan pada saya bahawa kawan saya itu mengadu kepadanya yang saya ini kedekut resepi.... wahai kawan.. tidakkah kau tahu hati ku ini sakit akibat perbuatan mu? jika tidak berpuas hati, sila call mama saya dan marah pada dia.... mama saya mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak mahu memberikan resepi itu kepada orang lain....
ini kerana....
pada suatu hari, seorang kawan mama bertanyakan resepi kek yang sama pada mama... mama dengan jujur telah memberikan semua langkah yang ada kepada rakannya.. tetapi sayang, kek yang kawan mama buat tidak menjadi walaupun sudah membuat mengikut resepi yang diajar.. natijahnya..... mereka bertegang urat....
mama tidak mahu perkara yang sama terjadi pada saya... salah kah saya mengikut saranan mama saya???
saya tidak faham mengapa begitu sukar untuk dia menerima alasan itu... dia juga pandai memasak.. tentu dia akan faham...
hanya kerana satu resepi nama saya buruk... hai.. ini la hidup...... hehehe
itu bukan lagi masuk hal2 yang lain... hal yang saya pendam kan... saya cuma harapkan satu pengetian... bukan satu hukuman... tolong la faham wahai kawan...
saya menulis entry kali ini bukan kerana untuk mengatakan siapa yang salah or siapa yang benar.. cuma harap kawan-kawan diluar faham tentang keadaan saya... bukan tidak mahu beri, tapi sudah diamanahkan mama... TOLONG JANGAN DENGAN DARI SEBELAH PIHAK... JIKA ANDA TIDAK BER[UAS HATI, TOLONG DATANG JUMPA SECARA FACE TO FACE...
WALAUPUN PADA MULANYA SAYA MARAH.. TETAPI APABILA DIFIKIR-FIKIRKAN.. LEBIHBAIK SAYA LUPAKAN.. SEMOGA DIA BERBAHAGIA DENGA APA YANG DIA BUAT...

No comments: