salam.. sekalian...
maaf u ols... maklum la.. sejak dua menjak ni mak macam sibuk sikit.... macam-macam benda nak buat.... aduh.. terharu hati mak apabila ada orang tanya macam mana nak hilangkan "PARUT JERAWAT BADAN".... selepas dia membaca entry mak yang ini cara menangani jerawat badan. terima kasih i ucapkan sebab sudi untuk membaca artikel itu.... baik lah... selepas i berjaya menangani jerawat badan yang i alami, masalah seterusnya adalah untuk menghilangkan parut2 yang huduh dan buruks itu dari kulit santek badan ini.... benda ini penting ok terutama untuk yang suka bebenor pakai baju tak cukup kain, untuk isteri-isteri solehah diluar sana yang suka seksi meksi dan untuk mereka-mereka yang menganggap mereka perlu menghilangkan dan sangat benci untuk melihat parut-parut huduh itu dari badan mereka..
ini adalah cara yang i guna... serius ianya mengambil masa yang agak lama, but alhamdulillah nampak hasilnya dan jerawat badan itu tidak kembali lagi..... dan parut pun kurang dan menghilang....
step 1: mandi bersih-bersih.
mandi bersih2 bermaksud anda perlu memastikan sabun and shampoo yang anda gunakan sudah dibilas bersih dari badan tau... kalo rasa badan tu macam melekit-lekit or berlengas, sila la jirus dan gosok lembut badan itu dengan tapak tangan untuk memastikan segala sisa sabun and shampoo and perapi rambut yang digunakan bersih sebersih-bersihnya.
step 2: lap badan
sila gunakan towel yang bersih untuk lap badan korang and sila lap dengan perlahan-lahan dengan cara menepuk-nepuk lembut setiap inchi and penjuru badan uolls tau... jangan ko gatal gosok or sental towel tu kat badan macam nak bersihkan bontot periuk pula... look, kulit badan adalah benda yang paling "besar" so why don't korang manjakan dia dengan cara yang berhemah dan berlemah lembut??
step 3: Econozine
selepas badan i betul-betul kering means no lembab2, i akan pakai ini for the first layer.. i akan sapu econozine kat sekitar kawasan badan yang terkena jangkitan and kawasan2 yang berdekatan dengannya.. pakai sekadar-kadar ja.. jangan ko mandi econozine sudah.. tetapi harus diingat BADAN PERLU KERING SEKERINGNYA sebelum menyapu econozine ini.
step 4:losyen badan
selepas krim econozine itu meresap dalam badan, second layer, i sapu ini..... i guna yang dalam tin ini sebab dia sangat pekat and bau dia pun lembut.. but kalo korang nak pakai losyen lain, terpulang... badan ko.. bukan aku...... tetapi harus diingta, tolong cari krim yang cepat meresap like yang i pakai ni or els.... malam tu korang akan merasa tak selesa ya amat.......
step 5:baju tido
selepas losyen badan itu kering and meresap, sila la pakai baju tidur yang di perbuat dari material KAPAS... ini kerana material jenis ini dapat meresap peluh..... kalo isteri-isteri solehah diluar sana agak-agak malam tu malam jumaat, sila la jangan buat tips diatas ini untuk mengelakkan badan korang berlengas... nanti husband marah jangan kata i tak warning ye....
* econozine dan loyen boleh mencair bila korang berpeluh akibat dari... TTEEEEEETTTTTTT... sebab tu i x galakkan korang cuba tips ini melainkan kalo tengah datang bulan..... lagi-lagi benda tu tak meresap sepenuhnya kedalam kulit.
langkah2 diatas adalah benda yang i buat semasa dalam proses pembaikan dang penghilangan parut jerawat di badan i dan alhamdulillah ianya membuahkan hasil walaupun agak mengambil masa yang lama... mungkin ada yang diluar sana mencuba tips ini dan parut tu hilang cepat, but for me, i punya ambil masa sikit....
PANTANG LARANG SELEPAS MENCUBA TIPS YANG I BERIKAN.
amboi ko jah, melampau... ada pantang larang bagai..... pantang larang ini adalah untuk memastikan anda sekalian berasa selesa dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan dan mengurangkan jerawat dan parut jerawat tersebut. sila ikut kalo nak santek tau...
selepas mengikuti tips diatas, adalah DIWAJIBKAN untuk tidur dalam keadaan yang sejuk dan selesa.. senang cerita suhu bilik mestila yang dapat membuatkan korang kurang berpeluh-peluh. ini kerana kalo korang tido dalam keadaan yang panas-panas, dikuatiri korang akan berasa tak selesa dan mengalami gatal-gatal.... jadi unutk mengelakkan perkara tersebut, sila la tidur dalam keadaan suhu bilik yang boleh kurangkan korang berpeluh... i means suhu sesedap rasa....
walaupun i bertudung, tetapi penjagaan benda yang tak nampak ini harus dititik beratkan... just imagine, muka lawa.. suka ja bakal husban tengok, tapi bila dah kawan, mau tak "O MAK KAU BADAN"...... (asben jerit lepas tu koma sebulan penangan parut ko....) dan untuk mengurangkan ayat hinaan dan kejian terhadap diri yang sentiasa hina kejis ini, i ambil inisiatif untuk memastikan diri i santek luar n dalam... walaupun benda tu tersorok and tersimpan rapi....
6 comments:
Assalmualaikum, berapa lama parut boleh hilang?
dalam 3 bulan juga saya ambil masa untuk hilangkan jerawat yang saya kena. mungkin sebab faktor kerja saya n saya ni bukan la rajin sgt buat rutin tu.. but cara yang saya ajar tu mmg berkesan
Thanx for info
memang confirm ke hilang parutnye? thanks for info.
nak tanya lah. nivea creme tu berapa harga nya dan kat mana boleh dibeli? TQ.:)
HELLO... MAAF.. BERSAWANG HABIS BLOG INI... untuk harga cream itu sila tanya kepada watson and guardian.. hehehehehehheeee
info bguna :D tq ya.
Post a Comment