KEJADIAN RAGUT KANAK-KANAK 1 TAHUN 6 BULAN DI BERJAYA TIMES
SQUARE 27/1/2018
Kejadian terjadi sekitar pukul 3.45 petang...
Sebenarnya, dari dalam kedai serbaneka tu lagi suami dapat
rasa seperti didalam pemerhatian seseorang... Ketika itu saya sedang memilih
baju... Suami pula melayan anak di bahagian mainan kanak kanak.. Tiba tiba ada
barangan kotak terjatuh... Saya ingatkan anak yang jatuhkan..tapi suami kata
bukan... Kemudian sales girl datang susun...
Ketika kami masih lagi memilih pakaian, kotak tersebut jatuh
lagi.. Saya sempat berkata kepada suami peliknya kenapa asyik jatuh je kotak
kotak tu.. Seolah olah sengaja di jatuhkan untuk tarik perhatian suami supaya
tinggalkan anak untuk susun kotak dan saya leka memilih baju..namun suami tetap
bersama anak dan sales girl yang datang susun..
Selesai pilih baju, saya lalu di bahagian mainan kanak
kanak, ketika itu saya pula yang rasa di perhatikan kerana ketika itu saya pula
yang bersama anak... Tapi saya fikir dia adalah sales girl di bahagian itu...
Wallahualam..
Kami kemudian beratur di kaunter... Mesin kaunter pulak
problem dan resit habis.. Masa di kaunter, tiba tiba beberapa orang masuk ke
kedai dan berlegar2 di tepi saya yang sedang mendukung anak.. Mereka berlakon
seolah2 sedang pilih barang di tepi saya..
Oleh kerana lambat menunggu resit baru nak di isi, saya
tinggalkan suami di kaunter dan mendukung anak ke kawasan lif di luar kedai..
Letih mendukung, saya pimpin anak ke lif yang lebih dekat dengan kedai
tersebut.. Ketika ini lah, kejadian berlaku.. Sepantas kilat, ketika saya leka
memadang lif (tangan masih memegang erat tangan anak), anak menangis sekuat
hati.. Saya terkejut terus melihat badan dia kalau kalau terkena sesuatu yang
menyakitkan. Terpandang tangan dia yang tiada gelang dan dia pula seakan
menunjuk ke arah luar (mungkin memberitahu ada sesorang telah mengambil gelang
dia) sambil menangis yang sangat kuat..
Saya segera memangil suami yang masih di kaunter kedai, dia
bergegas dapatkan saya dan anak dan saya beritahu gelang anak hilang..
Dia segera mendukung anak dan mencari sekeliling orang orang
yang mencurigakan namun semua seakan tiada apa apa.. Kami bertanya kaunter
kedai terbabit di mana security dan terus melihat cctv terdekat, dan bernasib
baik, ada satu cctv pada kawasan lif tersebut.. Segera kami ke ground floor
memberitahu kejadian... Lantas kami di bawa ke pejabat security di basement dan
membuat laporan..
Anak di beri rawatan ice pack sejuk di bahagian tangan untuk
melegakan..suami dan beberapa security pergi semula di kawasan kejadian, dan
balik semula ke pejabat security. Kami di tunjukkan oleh ketua security yang
bertugas rakamn cctv.. Ternyata, yang tiba tiba datang sekumpulan di kaunter
kedai itu adalah kumpulan yang meragut gelang emas anak saya... Sungguh
terkejut melihat rakaman cctv itu.. Mereka memang sudah menghampiri kami...
Berlakon konon ingin membayar di kaunter juga.. Seorang perempuan berbadan
gempal, seorang lelaki kurus memakai topi dah sling beg.. Seorang wanita muda
yang sedang mendukung kanak2.. Mereka seolah2 satu kumpulan.. Dari cctv itu
mereka besar kemungkinan bukan warganegara malaysia...
Dalam rakaman cctv itu, ketika saya keluar tinggalkn suami,
mereka juga beredar perlahan lahan... Ketika saya datang balik ke arah lif yang
lebih dekat dengan suami, ketika itu lah, perempuan berbadan gempal menghampiri
anak saya dan menarik gelang tersebut... Pada waktu yang sama, perempuan muda
mendukung kanak kanak dan lelaki kurus lalu di sebelah saya seolah2 nak menaiki
lif (berlakon untuk mengaburi mata saya supaya tidak toleh ke belakang) ..
Kejadian terlalu cepat.. Sehingga saya tak dapat mengesan siapa peragut di
sekitar saya...
Alhamdulillah Allah selamatkan anak saya dari terjadi apa
apa.. Kejadian yang sungguh mengekutkan... Iya salah saya kerana terleka
seketika ketika di depan lif tapi saya tak lepaskan tangan anak.. Masih erat
memegang tangan dia.. Pesan saya, jangan sesekali pakaikan gelang atau sesuatu
yang menarik perhatian peragut.. Tak kira emas betul atau emas tiruan, selagi
ia menarik perhatian penjahat, anak kita semua dalam bahaya! Sentiasalah alert
apa apa kejadian yang mencurigakan di sekeliling kita..
Kami sudah membuat laporan polis juga.. Urusan laporan polis
selesai jam 8 malam di IPD Dang Wangi..walaupun peluang mendapat semula gelang
emas tipis, kami tak kisah.. Asalkan pelaku dapat ditangkap.. Selagi mereka
masih di sini, ramai lagi yang akan menjadi mangsa... Kami diberitahu pegawai
polis, Beratus kes ragut dan samun setiap hari.. Jadi dengan jumlah kes yang
banyak seperti ini, kita sendiri yang perlu banyak aware dan alert dengan
keadaan sekeliling yang sememangnya tidak selamat!
Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil pengajaran dari
pengalaman ini.. Hilang barang boleh diganti, hilang anak tiada ganti!
Sumber : Izuera Azemi
Sebarkan supaya ibu bapa lebih ALERT dan berhati-hati.
Malang tak berbau.
No comments:
Post a Comment