Followers

Friday, December 10, 2010

kau siapa???

jangan sekali kau mempertikaikan...
tentang tanggungjawabku....
kerana itu adalah satu anugerah....

jangan sekali kau memandai..
mengganti aku dalam tugasku..
kerana kau seorang yang tidak layak....

jangan sekali kau bermimpi..
untuk menjadi seperti ku..
kerana kau bukan aku....

jangan sekali kau mencemburui..
tentang semua tindakan ku...
kerana hanya aku sahaja yang tahu rahsia disebalik perbuatan ku....

"sulung" itu adalah milik ku...
"sulung" itu adalah anugerah untuk ku...
"sulung" itu adalah tugas ku...
"sulung" itu adalah tanggungjawabku....

dan kau bukan siapa-siapa untuk mempersoalkannya.......

kepada si gila.

sesuatu telah berlaku dan ia amatlah diluar janggkaan akal fikiran ku.... apa yang terjadi sama sekali aku tidak menyangka..... dari dulu sampai sekarang tidak pernah sekali aku mengabil tahu tentang dia... rupanya dalam pada itu terdapat api dendam yang amat membusuk dalam hati nya terhadap ku atas semua kelebihan yang aku miliki.....
aku jadi pelik kerana semua yang aku miliki bukan aku perolehi hanya dengan titik peluh ku sendiri.. dan apabila aku menuai hasil usaha ku dia menjadi marah.... marah kerana aku menuai kejayaan yang baik.... marah kerana semua pujian yang aku miliki.... marah dengan segala yang baik aku perolehi....
series aku benci dengan orang ini.. dia menjadi aku penyebab kegagalan nya... tindakannya itu tidaak ubah seperti seorang yang bacul.... parasit yang amat menyusahkan........ kau yang gagal dan bodoh kenapa kau nak salahkan orang lain??? kau sendiri yang tidak mahu berusaha.. menipu dengan mengatakan bahawa kau memperolehi itu.. memperolahi ini... hanya untuk mendapatka pujian dan sanjungan orang..... dan sekarang kau tanggung lah akibatnya.. digelakkan orang atas penipuan yang engkau lakukan... kan dah malu... apabila semua pmbohongan mu terbongkar.. selalu berkata gah tentang pencapaian mu.. padahal itu hanyalah penipuan mu semata-mata...
aku berdiam diri bukan bermakna kalah.. tetapi aku mempunyai rencana yang besar untuk menghancurkan seluruh hidup mu wahai si gila..... kau hanya perlu tunggu dan lihat........ kau yang menjemput ku untuk bermain permainan kotor ini..... maka kau tanggunglah kekotoran yang akan terpalit di muka mu untuk selamanya... sekarang aku puas kerana semua orang telah mengetahui perangai buruk mu..... tinggal sedikit sahaja lagi kau akan musnah.. hanya perlu menunggu keadaan yang sesuai untuk menghancurkan kau...
dan tidak lupa juga kepada kunco kau yang berlagak seolah2 "orang yang paling suci didunia" ini untuk mendapat balasan..... mungkin tidak seteruk kau.. tetapi cukuplah andai ia dapat memuaskan hati ku..........
aku membenci permainan ini.... tetapi kau yang memaksa aku untuk bermain bersama mu.. dan aku mempunyai rencana sendiri untuk menang... benar kata salah seorang sahabatku... berlawan dengan kekuatan akal lebih baik dari berlawan dengan kekuatan fizikal..... dan ini yang akan aku lakukan... kau hanya perlu masuk dalam "suasana" yang kau mulakan dan disitu kemenangan akan berada di dalam genggaman ku......
ye.. aku seorang pendendam... dan menjadi tanggungjawabku meluanaskan segala dendamku.. terutama untuk orang seperti mu.... cuma cara ku sahaja yang berlainan.. mungkin nampak remeh.. tetapi cukup untuk membakar api kesiksaan dalam hatimu...

Monday, September 27, 2010

separuh nyawa ku pergi...

separuh nyawa ku pergi....
atas satu kesilapan yang tidak disengajakan....
bukan ku mahu ianya terjadi...
bukan juga ku pinta ianya terjadi......

separuh nyawa ku pergi...
atas satu kesilapan yang tidak disengajakan...
bermohon maaf meminta belas....
maaf diterima dengan bersyarat...

separuh nyawaku pergi...
atas satu kesilapan yang tidak disengajakan....
nyawa diminta sebagai gantian..
sebagai tanda maaf diterima.....

separuh nyawa ku pergi...
atas satu kesilapan yang tidak disengajakan....
antara nyawa dan satu keredaan...
ku pilih nyawa kerana disitu datang keredaan.......


separuh nyawa ku pergi......
atas satu kesilapan yang tidak disengajakan....
kepada yang terapat..
kutinggal kan pesan...
supaya meredai salah dan silap ku.....
andai ini yang terakhir dariku...
kenang lah aku sebagai si buta...
andai ini yang terakhir dariku....
kenang lah aku sebagai si bisu....
andai ini yang terakhir dari ku...
kenanglah aku sebagai si tempang...
andai ini yang terakhir dari ku....
kenanglah aku sebagai si kudung......
andai ini yang terakhir dari ku...
kenanglah aku sebagai si pekak....
maafkan aku....
untuk yang terakhir..
penuh kasih dan sayang...
hanya dari ku...

Sunday, September 19, 2010

SALAM..
sudah lama.. tidak menulis.. seperti mana dahulu..
sajak..
tak tahu kenapa.. ianya menjadi kegemaran ku dalam meluahkan segala apa yang terbuku dihati ku.... kalau dahulu aku malu dengan sajak yang ku buat.. tetapi sekarang aku berbahagia meluahkannya kepada orang lain..... sajak.. dan aku??? seperti dua benda yang berlainan... tidak boleh bercampur... seperti minyak dan air.. tetapi sekarang ia nya sudah sebati dengan diri ku.. dan aku tidak lagi mahu menyorakkan hobi ku yang satu ini.... tetapi ada juga masalah yang melanda dengan setiap sajak yang aku buat.. ada sahaja yang berasa benci dan jelik denagn setiap luahan rasa hati ku.... mengapa?? itu adalah hobi tersembunyi ku.. siapa kau mahu menyibuk?? siapa kau mahu menilai???? kerana ayat2 serta perasaan busuk dari insan yang membenci sajak, aku terpaksa tidak lagi berkongsi sajak ku dengan yang lain... aku teramat benci dinilai... lebih-lebih lagi untuk sesuatu yang aku tidak lakukan....
peluang..
alhamdulillah.. terima kasih ya allah kerana mendengar doa ku... memberi aku satu peluang untuk meninggal kan kejahatan ku.. terima kasih ya allah...... aku terasa bebas dan lebih gembira.. kepada sahabat yang telah meyakinkan aku.. juataan terima kasih ku hulur kepada mu..
ujian..
subhanallah... terlalu banyak ujian yang melanda ketiak umat islam itu sedang bergembira dengan kedatangan satu syawal.... hampir-hampir sahaja aku berkurung seperti selalu untuk mengelak menyambut hari raya.... tetapi disebalik kesedihan itu allah kurniakan dua orang insan yang selalu membuat aku tersenyum dan ketawa untuk melukan kan kesedihan ku...
asingment..
WHAT THE FISH!!! terlalu banyak asingment.... tak tahu nak buat yang mana dahulu... tetapi terimakasih yaallah sebab mempermudahkan urusan ku.... alhamdulillah.....
mood.
seperti yang telah diberitahu tadi.. ada dua orang insan yang berjaya membuat aku terlupa mengenai ujianku walaupun barang sekejap... terima kasih tak terhingga... saat air mata ini ingin menitis... kamu akan hadir membuat aku tersenyum.. terima kasih....
kenyataan..
aku bersyukur dikurniakan seorang insan yang mengajar aku tentang kenyataan... dia ini terlalu rasional dan kadangkala hampir sahaja membuat kan aku naik darah... berlainan dengan aku... aku terlalu mengagungkan sebuah mimpi... mimpi yang selalunya tak kan menjadi kenyataan.. walaupun pada mulanya pahit untuk belajar erti kenyataan dari ornag ini tetapi aku bersyukur kerana denagn rasional, aku tidak lagi sesedih dahulu dan sederita dahulu.... kami seperti ayam dan itik... keduanya kadang-kadang terlalu degil... ada sahaja alasan dan fakta yang dikeluarkan untuk memenangi satu perbincangan.... dia adalah "ayah" dan selamanya akan begitu.... cuma baharu sahaja aku sedari.. "siapa sebenarnya dia?" " apakah pekerjaannya?', "apakah perwatakannya" dan lain.... tetapi yang pasti .. AKU CUMA TAHU DAN MAHU TAHU DIA SEBAGAI AYAH ku SAHAJA..... terpulang padanya jika dia mahu memberitahu ku siapa dia....
sesuatu..
aku tersedar mengenai sesuatu.. terimakasih yaallah membuat kan aku celik kepada satu penipuan....
miaw...
aku telah berubah dari penggeli dan penakut dan pembenci miaw kepada pecinta miaw...
alhamdulillah......
humairah rabiatul adawiyah husna...

Monday, September 13, 2010

wahai cinta terakhir ku...
seandainya kau mengetahui...
perasaan ku ketika ini....
seandainya kau menyelami..
perasaan ku ketika ini....
adakah kau tahu
adakah kau dapat memahami...
adakah kau dapat menyelami....
penderitaan yang ku tanggung.......
cuba menyembunyikan perasaan itu dari pengetahuaan mu....
cuba menyembunyikan perasaan itu dari pengetahuan yang lain....
hanya kepada yang kuasa aku berserah....
hanya kepada yang kuasa aku bermohon..
hanya kepada yang kuasa aku meminta....
semoga yang dihajatkan mejadi nyata...
supaya tidak lagi aku menderita...
kerana kau adalah ujian untukku......
dan tidak sekali aku meminta..
yang terburuk untuk mu..
kerana kau adalah kesayangan ku....
hanya meminta satu penyatuan...
dalam satu ikatan yang sah dan diredai disisi-NYA....

Wednesday, August 25, 2010

jika begini cara kau membuang ku....
aku reda...
jika begini cara kau membuang ku....
aku berjanji tak akan menangis...
jika begini cara kau membuang ku...
maafkan aku kerana kekhilafan ku....
jika begini cara kau membuangkan aku..
terima kasih kerana berjaya memahamkan aku........


maafkan aku...
atas kehilafan ku menyayangi mu..
maafkan aku...
atas kekhilafan mencintai mu....
maafkan aku atas kesetiaan aku kepada mu.....

Saturday, August 14, 2010

cinta terakhir ku...

dia cinta terakhir ku..
tiada yang kedua...
tiada yang selepasnya....

andai dia pergi..
maka matilah perasaan ini untuk selamanya..
andai dia hadir..
maka semaraklah satu perasaan yang hampir padam...

sesungguhnya.. aku ini manusia....
tidak bisa menjagamu dengan sempurna...
tidak bisa menyayangi mu dengan sempurna...

lalu ku ambil satu keputusan..
aku titipkan dikau kepada yang maha berkuasa, lagi maha penyayang dan pengasih....
dengan harapan agar kau berasa lebih selamat...
dengan harapan agar kau lebih berbahagia...
kerna aku tahu aku hanya lah manusia yang tidak sempurna..
dan aku tidak sanggup kerana ketidaksempurnaan ku...
kau akan berasa satu kekurangan.....

Tuesday, July 13, 2010

perlukah aku membuka pintu hati..
untuk sesuatu yang aku tinggalkan dahulu.....
sesuatu yang aku tinggalkan mati....
tidak ku sangka..
hidupku kini dipenuhi dengan kehadiran mu...
dan kehadiranmu memberi..
sinar bahagia....
keiklasanmu menerbitkan..
sungai kelegaan...
keceriaanmu memberi..
irama kegembiraan...
kesungguhanmu meruntuhkan..
tembok istana hati ku....
kasih sayangnya berjaya..
mengetuk pintu istana hati ku....
cuma aku yang degil..
cuma aku yang keras...
cuma aku yang tak mahu menerima.....
bukan aku tak sudi..
bukan aku tak kasih..
bukan aku tak cinta...
cuma aku tidak mahu lagi membuka pintu hati ku..
sebelum aku BENAR-BENAR YAKIN dengan ketulusan cintamu......
kerana aku tidak mahu membazirkan air mata ku demi cinta makhluk seperti mu...

Saturday, July 3, 2010

seharian..
aku menghabiskan waktu..
bersembunyi di dalam cengkerang....
terlalu takut untuk keluar...
terlalu malu untuk memperlihatkan wajah......
aku lah kura-kura yang hodoh...
terlalu perlahan untuk semuanya....
mungkin ini kah nasib...
atau..
mungkin ini lah takdir..
walau apa pun ia...
aku sedia jalani...
walau aku bersedia...
walau aku tidak sedia..
kerana..
jawapannya..
hanya satu...
AKU TETAP GAGAL.....

Friday, July 2, 2010

teluS

aku cerita semua nya..
agar kau berpuas hati..
mungkin sekarang kau berbahagia..
mengetahui apa yang kau mahu...
tapi aku sebaliknya...
menderita demi satu KEBENARAN..
siapa aku?

Tuesday, June 22, 2010

tak sabar nak tunggu 5 hb 7 2010.... tarikh keramat untuk menjejak kaki ke UITM SHAH ALAM.... untuk pengajian ke peringkat master.. wa...... aku ingin berterima kasih...... keada semua insan yang menyumbang kepada keberjayaan aku melangkah kaki ke tahap ini.. doakan semoga aku dapat mengharungi semua ujian yang mendatang........ TERIMA KASIH SEMUA
syukur... aku bersyukur...... kepada mu ya allah.. kerana mengurniakan kehadirannya... yang berjaya memujuk hati ku untuk kembali kepadamu.... aku kembali bukan kerana dia.. tetapi hati ini tidak dapat mendustakan bahawasanya aku rindu kepada nur kasih mu...
humairah rabiatul adawiyah husna

Wednesday, June 16, 2010

KURA-KURA

terima kasih... mak and abah..... terima kasih kerana sentiasa menyokong cita-cita yaya selama ini.... yaya tahu selama ini kalian telaha banyak bekorban demi cita-cita yaya. yaya berjanji akan membalas segala jasa dan pengorbanan mak and abah.

yaya tahu, kadang-kadang (tapi sebenarnya selalu) yaya selalu ada membuat mama and abah berasa hati dengan sikap KURA-KURA yang ada dalam diri yaya. yaya minta maaf... kerana sikap itu mama and abah selalu berjauh hati dengan yaya.... maafkan yaya...

dengan peluang yang ada ini, yaya bejanji akan belajar bersungguh-sungguh..... yaya akan capai segala impian mama and abah..... terhadap yaya.... yaya berjanji akan membuat kalian bahagia dan gembira...

yaya akan cuba buang sikap KURA-KURA ini....

Thursday, June 10, 2010

aduhai...

aduhai....... sedihnyer...... walaupun aku bersyukur tapi hakikat ini seolah-olah amat berat untuk ku terima.... yaallah.. mngkin ini yang terbaik yang kau berikan untuk ku... redakan lah hati ku untuk menerima hakikat ini....... amin... (!_!)

Thursday, June 3, 2010

iklas dari hati....

HARI INI AKU BUKA PHOTO "KEKASIH si DIA"... DAN AKU BERBAHAGIA MELIHAT MEREKA BAHAGIA.....

iklas dari hatiku : hidayah

MAAF KAN AKU

aku... mahu minta maaf pada seorang insan.. ini kerana aku telah bergurau berlebihan dengan nya.. aku telah menghantar pesanan ringkas :
THIS IS HIDAYAH :
"BYE AWK.. KITA AKAN BERPISAH BUAT SELAMANYA & ANGGAPLAH INI ADALAH PESANAN TERAKHIR DARI KU. MIS U"
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
LUAHAN LEMBU DAN KAMBING KEPADA RUMPUT SEMPENA RAYA KURBAN TAHUN DEPAN.
well sayangnya dia tidak membaca pesanan itu sampai habis dan membuatkan dia berfikir bahawa aku tidak mahu lagi berkawan dengannya......
benda bodoh yang aku dah buat ialah call dia sedangkan dia pernah bagi tahu yang dia tidak boleh diganggu semasa bekerja, tinggal kan pesanan yang tergantung sehingga dia membalas "APA YANG YOU NAK?" kecil hati aku.. tapi semuanya memang salah aku.. maaf kan aku.... aku tidak akan sekali-kali meninggalkn dirimu... kau kawan terbaik yang pernah aku ada.....
jika kau rasa menghukum ku membuatkan kau bahagia... aku sedia menerimanya...... ;(

hidup celaru...

hari yang paling teruk..... macam - macam yang telah berlaku...... dengan interview yang menguji keimanan..... dengan segala - galanya..... kenapa hidup aku jagi macam ni? serba tak kena.. serba kekurangan.... kenapa?

tah la......... master.. or master..... interview... oh interview...... aku dah tahu jawapan interview aku.... dan aku pasrah...... aku dah cuba yang terbaik........

Tuesday, June 1, 2010

-----

aku rindu... sayang kamu...... aku harap kau dapat membuat keputusan yang sewajarnya... memang aku boleh merampas engkau dari dia.. tetapi aku bukannya wanita sedemikian.... kerana seperti yang aku janji.... hanya dengan melihat kegembiraan mu dari jauh.. itu sudah membuatkan aku puas......

Wednesday, May 26, 2010

aku...
menyesal????
tertipu?????
keliru??????
bodoh??????
mana satu gelaran yang sesuai untuk diriku kini? adakah semuanya gelaran itu sesuai untuk ku? aku pasti jawapannya "ya"
aku menyesal?
ya.. aku menyesal.. kerana menyimpan satu perasaan yang bukan milik ku.... dan kerana ia aku merana sehingga ke hari ini.......
aku tertipu?
ya... aku tertipu.. dengan semua omongan kosong dan janji kosaong serta lafaz kosong dari seseorang yang hanya pandai memberi cinta tetapi tidak pandai menyemai cinta itu... tertipu dengan kemegahan cinta yang aku agung-agungkan selama ini.... tertipu denagn satu ucapan bodoh dari seseorang... mengapa harus aku tunggu selama ini untuk satu ucapan yang langsung tiada membawa apa-apa makna darinya???? ucapan itu diucap hanya sekadar menyemarakkan perasaan ini agar aku lebih menderita dari sebelumnya...... terlalu banyak benda yang aku lepaskan dalam hidup ini demi dia...... tetapi semuanya hanyalah satu pembohonagn yang nyata dari dia kepada ku....
aku keliru?
ya... aku keliru... dengan kehadiran dia setelah selama ini menghilang dan membiarkan aku merana keseorangan... keliru dengan semua ucapannya... seolah-olah aku memiliki dia tetapi dalm masa yang sama realitinya aku sebenarnya tidak pernah memiliki dia... keliru dengan segala yang diucapkannya.. apa yang kau mahu sebenarnya dari ku??? tidak cukupkah dengan semua penyiksaan yang kau berikan kepada ku selama ini?
aku bodoh?
ya.. aku bodoh...kerana mempercayai segalanya tentang dia selama ini... bodoh kerana terlalu mempercayai semua omongan kosong dan janji-janji mu selama ini........ aku bodoh kerana menolak semuanya kerana terlalu mempertahankan kau..... tapi sayang diakhirnya.... tiada apa yang tinggal untuk ku....
dan dari jauh aku melihat kau berbahagia... seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam lembaran kamus hidupmu.. seolah-olah kehadiran ku dinafikan oleh mu.... engkau tidak pernah merasakan apa yang aku rasa..... selama ini... berseorangan mempertahankan segalanya hanya untuk mu.... yang kau tahu hanyalah tentang penderitaan mu.... aku tidak mahu menceritakan semuanya kepada mu kerana bagiku aku tidak mahu kelihatan seperti ingin menagih simpati dari mu.... andai kau tahu betapa kau menderita selama ini....... mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. menggapai sesuatu yang mustahil.. segalanya aku lakukan hanyalah untuk diri mu.....
namun aku tidak pernah menyesal walaupun jauh disudut hatu ku sesalan itu, kekeliruan itu..., kebodohan itu.... tetap wujud.. kerana janjiku pada mu.. walaupun hanya dapat melihat kau dari jauh... bergembira dan berbahagia.... itu sudah cukup untuk kau membalas segal penderitaan aku selama ini.....

Monday, May 24, 2010

jika mencintai mu satu kesalahan....

jika mencintai mu satu kesalahan..
maafkan aku kerana mempunyai perasaan itu...
jika mencintaimu satu kesalahan...
maafkan aku kerana aku sendiri tidak bisa menidakkan perasaan ini..
jika mencintaimu satu kesalahan...
maafkan aku kerana perasaan ini membuat mu berasa segan, bersalah dan malu kepadaku
jika mencintaimu satu kesalahan
maafkan aku kerana aku sendiri tidak pernah meminta perasaan ini terbit....
jika mencintaimu satu kesalahan...
maafkan aku kerana masih bertahan.....
jika mencintaimu satu kesalahan..
maafkan aku kerana ini jalan yang aku pilih...
jika mencintaimu satu kesalahan..
maafkan aku kerana tidak bisa melepaskannya pergi.......
maafkan kau... aku cuma insan... yang terlalu setia kepada satu perasaan yang pertama kali hadir dalam hidupku.... aku tidak pernah meminta kehadiran mu disisiku.... merampas mu dari insan lain..... kerana bagi ku dengan hanya melihat kau berbahagia.... itu lah balasan yang paling baik dari mu untuk cintaku...

Friday, May 14, 2010

adakah ini balasan.....

aku ini perempuan...
dan aku ingin sekali kau menghormati aku sebagai seorang perempuan...
tak perlu menggunakan bahasa kasar ketika berbicara dengan ku.....
adakah itu balasan dari kelembutan pertanyaan ku.....?
puas aku cuba memuaskan hati mu...
berjuta persembahan aku persembahkan kepada mu...
tapi sayang.. satupun tak kau hargai....
adakah itu balasan dari titik peluhku selama ini?
puas aku cuba yang terbaik...
menjadi boneka paling sempurna...
tetapi semua usaha ku kau perlekahkan.... malah kau caci di khalyak ramai...
adalah itu balasan dari berdiam diri aku selama ini?

Thursday, May 13, 2010

UnTuk SesEorAng......

rela ku menunggu mu.....
seribu tahun lama lagi.....
tapi benarkah hidup...
aku akan selama ini.....
biar berputar....
ke arah selatan....
ku tak putus harapan..
sedia setia......
rela ku mengejarmu....
seribu batu jauh lagi....
tapi benarkah kaki
ku kan tahan selama ini.....
biar membisu burung bersiulan
terlelah gelombang lautan..
kutak putus harapan....
sedia setia.....
adakah engkau tahu........ ini cinta.....
adakah engkau pasti...... ini untuk selama-lamanya....
relaku menunggu mu....
seribu tahun lama lagi.......
tapi benarkah hidup aku...
akan selama ini.....
biar berputar kearah selatan...
kutak putus harapan..
sedia setia.....
jangan putus harapan..... sedia setia.......
ini adalah takdirku.. biarkan aku menjalaninya dengan tenang... jangan rampas ia dari ku kerana hanyalah itu yang menjadi nadi kekuatanku untuk bernafas sehingga ke hari ini........
promis...........

Wednesday, May 12, 2010

saya cuma mahu.......

saya cuma mahu sari yang cantik....
saya cuma mahu bihun yang awak masak...
saya cuma mahu depavali yang meriah...
saya cuma mahu laddu yang sedap.....

Tuesday, May 11, 2010

haraPaN

humairah : salam.. ustad, kenapa allah tak jadikan semua manusia itu sama?


ustad nawawi : untuk kita saling kenal mengenali dan menghargai kelebihannya, memaafkan kekurangannya.


humairah : if apa yang kita nak tapi tak dapat kat dunia, if dapat masuk syurga, allah bagi kan apa yang kita nak tu kan ustad?


ustad nawawi : insyaallah.....

i love you so much..... sepenuh jiwa dan raga

hari yang indah.... penuh dengan suka... sayang... cinta dan kasih..... suatu hari.. waktu dan dan detik yang aku ingin ianya behenti agar aku bisa menikmati keindahan perasaan itu..... aku ingin berlaku jujur disini.. jujur dengan semua yang telah terjadi kerana jika aku tidak meluahkan semuanya sekarang aku takut tiada lagi waktu yang bisa aku gunakan untuk meluahkannya..
sesungguhnya... hari itu... malam itu adalah detik yang amat bermakna buat diriku.. aku dihargai.. ditatang bagai minyak yang penuh... dimanja dan belai lagak persis seorang puteri yang anggun..... segala-galanya adalah milik ku yang mutlak pada hari dan malam itu......
seorang putera telah hadir... memberikan segalanya yang aku impikan dalam hanya tak sampai 24 jam.... bermula dengan pemandangan yang indah ditepi pantai... keduanya mencurah perasaan... membuka segala pekung didada..... tiada noktah.... meluahkan segalanya..... biarpun pipi mula memerah dek kerana malu.......
kebahagiaan detik itu deteruskan dengan makan malam yang indah... bersama hidangan yang enak..... disertakan dengan tempat yang indah... semuanya hanya untuk ku... yang dihadiahkan has untuk diriku dari putera yang ku cintai......
seterusnya kami mengembara ke alam mimpi yang aku ciptakan hanya untuk dirinya...... keindahan lampu-lampu mewarnai malam yang penuh dengan kasih dan sayang itu....... terlalu indah sehingga terlalu sukar aku gambarkan dengan kata-kata......
sepanjang perjalanan aku menagis dek kerana kebahagiaan yang aku kecapi..... terasa ingin sekali aku hentikan masa agar aku dapat bersama dengannya...... setiap detik dan ketika.....
tetapi sayang..... segala yang bermula ada pengakhiranya..... terlalu sedih bila dia menghantar aku pulang dihadapan pintu rumah ku......
sebelum berpisah.. sempat aku berkata kepadanya...
buvan..
malam ini adalah malam yang amat indah bagi saya...
dan semuanya adalah pengalaman yang pertama dalam hidup saya..
awak adalah lelaki pertama dalam hidup saya....
awak adalah insan yang pertama yang mengajar erti kasih dan sayang kepada saya...
awak adalah insan pertama yang membawa saya keluar dari rumah sehingga lewat malam.. awak adalah lelaki pertama yang menghadiakan makan malam yang romantik kepada saya...
awak adalah lelaki pertama yang saya bawa menyelami alam mimpi saya di I.C.T...
segala-galanya yang pertama..........
terima kasih.........
ya.. dia aku sedar dia tidak serupa dengan aku..... dari segala aspek...... dan aku reda.... walaupun sudah lebih tujuh tahun.. aku reda dengan ketentuan ini.. mungkin aku hanya mampu mencintai dirinya tetapi aku tidak mampu untuk memiliki dirinya....
sudah lebih tujuh tahun aku hidup denagn kenangan indah bersamanya.. dan hanya itu alasan mengapa aku terus hidup sehingga kehari ini... segala kejayaan yang aku capai selama ini hanyalah kerana dirinya.... kerana aku ingin buktikan kepada keluarganya yang aku juga boleh berjaya seperti anaknya...
kenangan manis pertemuan selepas 7 tahun itu benar-benar membuatkan aku lega.. kerana sekurang-kurangnya aku melihat senyuman kegembiraan dan kebahagiaan diwajah mu walaupun insan bertuah yang memiliki mu itu bukan aku.....

Friday, May 7, 2010

aku keliru... dengan semua omongan ini.....
perlu ker aku terangkan.. betapa hati ku remuk kerana kau...
dah terang lagi bersuluh... bukan dengan lampu picit, tapi ngan lapu kalimantang lagi....
ko still nak menipu... pandainyer kau tuka.. putar... and belit citer...... macam haram jer kau ni.....
aku nak tengok sampai mana kau nak bermanin dalam permainan ini..
jika sekarang kau memukul gendang dan aku menari.....
esok mungkin keadaan itu akan berubah........
masa tu kau akan tahu tinggi and rendah langit itu.....

praktikal da story

disini aku mahu ceritakan kisah yang berlaku sewaktu aku menjalani praktikal baru2 ni...
CINTA 1.
ada sorang mamat ni.... dia meluahkan perasaan dia kepada aku dengan mengatakan bahawa dia sayang n dah terjatuh cinta denagn aku..... waktu tu aku memang happy gak r sebab dia ni boleh tahan r dari segi aspek paras rupa... kewangan ... sikap.. n lain2.. pendek kata sesuai r dijadikan pasangan untuk title "kekasih" n "suami".. waktu tu aku terasa seperti dunia ni aku yang punya.... wa....... waktu tu ramai yang suh aku menerima dirinya kerana bagi mereka dia itu amat kasihan kerana pernah ditinggalkan kekasih.. bila kornag dengar cerita mengenai pengalaman percintaan dia.. mesti krang kata "kenapa la lelaki sebaik dia dihampakan oleh seorang wanita?" hampeh tul wanita tu kan... tak tahu menilai antara intan..kaca.. permata n lain.....
mula2, aku teramat teruja dan mengambil keputusan untuk menerima jejaka ini.... well cam pasangan yang lain start la ber SMS perkara2 yang berkaitan cinta... sayang.... dan lain2.... waktu tu memang aku bahagia kerana aku menyangka telah menemui PUTERA yang aku idam2kan selama ini...
tetapi kan korang... tuhan tu maha penyayang... dia tunjukkan kepada aku tentang sikap sebenar jejaka itu.. adoi.. frust menonggeng gila aku masa tu... tetapi aku buat bdoh jer... macam tak der paper yang berlaku.. seolah2 menunjukkan aku menerima n "reda" denagn perlakuan dia selama ini.. apabila telah mengetahui tentang perangau sebenar jejaka yang bertopengkan syaitan itu dengan segera aku ambil keputusan angkat kaki sebelum aku terjebak....
hai.. susahnyer nak mencari cinta sejati ini.......
CINTA 2.
ok ni pula next story... ada seorang ni.. aku sendiri tak tahu apa yang telah aku lakukan kepada dia sehingga hati dia terbuka untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidup dia.. selama ini dia menolak mana2 wanita dalam hidupnya kerana dia mempunyai "kekurangan". mungkin bagi dia kerana kekurangan itu dia tidak layak untuk menerima satu cinta sejati dari seorang wanita......
melalui seorang tman rapatnyer, dia telah meluahkan isi hatinya untuk menyunting aku menjadi kekasihnya... wow, satu penghormatan yang besar pada aku..
tetapi yang membuatkan aku tidak dapat menerima jejaka ini adalah kerana aku merasakan bahawa dia tidak jujur dengan dengan aku.. aku dapat merasakan dia cuba menjadi "orang lain" yang jelas bukan dirinya untuk mengambil hati aku..... dan yang lebih teruk lagi dia tidak pernah beterusterang tentang "kekurangan" yang dihadapinya... aku tak tahu apa alasan dia...
aku sendiri pernah berterusterang dengan dia bahawa aku tidak pernah meletakkan paras rupa otu sebagai syarat penting tetapi tah kenapa aku lihat dia seolah2 menafikan bahawa dia mempunyai sesuatu kekurangan dan itu menunjukkan seolah2 dia masih tidak dapat terima hakikat yang sebenar tentang dirinya....
dia memang baik.. tetapi sayang... andai dia dapat berterus terang.. itu lebih baik......
SUPERVISOR..
ok... semenjak bertukar ke warehouse division.... aku amat berbahagia walaupun kadang kala aku merasakan terlalu dan amat susah untuk menyesuaikan diri disana.. kadang2 aku rasa hanya sebahagian sahaja pekerja disitu yang dapat menerima kehadiran aku.. kadang kala aku terasa seolah2 halimunan disebalik keriuhan di sana......
aku bersyukur kerana tidak menghadapi sebarang masalah disana untuk mendapatkan maklumat..... dan aku juga bersyukur kerana dapat belajar sesuatu yang aku rasa tak dapat aku dapat dimana2 university dimuka bumi ini.... terima kasih semua..........
serious... supervisor aku banyak.... dan salah seorangnya.. ialah.. -cik ........- series aku suka lihat bibir seksi dia..... dan suka dengar suara dia sewaktu dia memarahi pekerja warehouse di bahagian operation, distribution n lain2....... so cute, apa yang aku buat ketika berhadapan dengannya ialah MELIHAT BIBIR SEKSI ITU....... heheheheheheheh
GOSIP
baik lelaki baik perempuan... semua sama jer........ kadang2 nak gelak pun ada... ada juga dikalangan merekan yang amat dan sangat boleh dipercayai.. ada juga yang tak kurang dengan mulut lesser..... wow... ini la dunia.........
aku pun tahu ada juga individu yang tidak suka dengan kehadiran aku... mungkin rasa tergugat... n apa yang aku boleh kata ialah.... " aku sendiri tak berminat nak jadi yang terbaik disana"
OTAK BIRU
orang yang aku sangka amat macho... berbadan kecil...... bersuara jantan.. rupa2nyer amat la biru otaknyer... kebiruan itu kadang2 membuatkan aku terkejut.. bia betul dia ni.. tetapi bukan dia sorang jer... semua macam tu.. baik lelaki dan perempuan..
ok.. mungkin itu cara mereka untuk bermanja2 antara satu sama lain...... dan aku juga ingin berterima kasih kepada jejaka kurus kering ini kerana telah memberitahu dan menyedarkan aku tentang kelabihan yang aku ada selaa ini yang tiada pada orag lain.........

Wednesday, May 5, 2010

AKU PELIK.. MENGAPA AKU POS ENTRY INI

CINTA INI MEMBUNUH KU.......
AKU INGIN ENGKAU SELALU......
HADIR DAN TEMANI AKU.......
PADA SETIAP LANGKAH... DISETIAP MASA.... DISETIAP SAAT... DISETIAP DETIK...
SEMAKIN INGIN AKU LUPAKAN DAN SEMAKIN BAYANG WAJAHMU KAN MENJELMA...
YOU ARE MY ANGEL... YOU MY DARLING BABY.....
ANDAI KU CURAH RASA HATI..... MUNGKIN KINI... KU KAN TENANG DISAMPING MU....
perasan berbunga bunga...... dalam hati ada taman....
seperti mana aku setia kepada mu.. aku juga menginginkan itu.....
miawwwww... iaw....... miawww.........
kehadiran mu membawa sejuta perasaan... berbilion warna pelangi....
mengapa.. kau juga yang ku rindu???????
(bila aku pos ini entry.. tidak bermakna aku mempunyai seseorang yang istimewa.. just aku sendiri tak tahu mengapa ianya yang aku ingin share)
aku rasa benci... jika kau rasa aku ini penting dalam hidup kau... kau tak akan melakukan sesuatu yang melukakan hati aku....... jika kau rasa aku sebenarnya hanya lah koleksi anak patung kau yang kau mahu jaja kepada orang lain.. maaf... aku tidak akan membenarkan ianya terjadi!!!
jika kau rasa kasih dan sayang itu hanyalah satu koleksi peribadi, yang kau gunakan untuk memperlihatkan kejayaan kau menawan hati seorang wanita..... aku bukan lah kolesi yang baik untuk dirimu... ini bukan pertama kali aku mengendalikan insan keji seperti kau.......
baik kau nyah dari hidup ku.... sebelum aku mengambil tindakan yang boleh memalukan diri kau.... persetan dengan semua janji cinta..rindu... dan dendam mu.... kerana au tidak pernah mahu mengharapkan cinta seperti itu hadir dalam hidupku........
pergi jahanam denagn semua lakonan palsu mu... aku bukan insan bodoh yang tidak tahu menilai antara intan dan permata........

Tuesday, April 27, 2010

ADOI... NAK MOHON MASTER... TAPI BANYAK LAK CEKADAK BENDA ALAH NI... ADOI....!!!

Saturday, April 24, 2010

jangan berlagak suci......
kerana kau tidak tahu apa makna sebenar perkataan itu.....
jangan berlagak suci...
itu nasihat untuk diriku dan juga yang lain.......
jangan berlagak suci...
kerana nilai kesucian itu amat tinggi......
jangan berlagak suci...
sehingga menghukum yang lain.....
jangan berlagak suci....
kerana aku dan kau hanya seorang manusia dan insan di muka bumi ini..... dan tidak sunyi dengan dosa.....
aku sudah penat dengan permainan 'suci mensuci" ini..... pada ku tiada seseorang pun yang sempurna... aku mengaku aku perlukan bimbingan... bukannya hukuman....
aku lari dari satu "kesucian" dan sekarang aku melangkah tanpa menoleh kebelakang... tetapi seandainya enkau tahu... jauh dari sudut hati ku, aku amat rindukan kedamaian sewaktu aku berada didalam "keadaan suci" itu
seandainya jalan menuju "kesucian" itu masih terbuka..........
aku menunggu...
kehadiran seorang khalifah...
yang bernama lelaki....
untuk membimbing ku kelajan mu yaallah....
seandainya dia ditakdirkan untuk ku...
hanya untuk diriku...
yang dapat membimbingku kejalan mu.....
permudahkan lah urusannya........ yaallah.....
tetapi seandainya dia bukan seorang lelaki yang ditakdirkan untuk ku yaalah...
yang tidak dapat membimbingku ke jalan mu......
jauhkanlah aku daripadanya dan hilangkan lah semua perasaan sayang yang engkau kurniakan ini untuk dirinya daripadaku...
permudahkanlah untuk ku melupakannya...
dan semoga perpisahan ini tidak menderaku yaallah.....
seseungguhnya engkau ,aha pemyayamg lagi maha pengasih....
semalam... ayat keramat telah keluar dari mulut bapa ku......


"humairah.... if nak kawin... kawin la....."


terpaku... kelu dan tak terkata semuanya datang kepada ku....

dan jawapan aku.......

"la... orang muda lagi....... hehehehe... perempuan zaman sekarang just nak berjaya dalam hidup... kawin tu no 2 la... nanti la... tengok la macam mana... jangan berharap sangat, lagipun, bukan semua lelaki zaman sekarang ni boleh diharap......."
ya.... soalan ini sering aku elak dan amat benci untuk aku jawap dan dengar.... bukan apa peristiwa yang berlaku yang berkaitan soal hati ini masih berlegar2 dan seolah2 ianya berlaku semalam dan ianya membuatkan aku trauma.....
bukan tiada insan yang cuba hadir... tetapi kedatangan mereka semuanya aku tolak mentah-mentah... bukan mahu menunjukkan yang aku terlampau deman... tetapi aku mengaku aku amat sukar untuk menemui seorang insan yang boleh memahami kehendak dan keinginan ku.....
aku cuma mahu seorang lelaki yang memahami diriku... bukan seorang lelaki yang mahu aku menjadi sebuah patung yang menurut semua kehendaknya....... menurut semua kemahuannya...
kewujudan lelaki seperti itu amat sukar untuk ditemui...... dan aku masih lagi menunggu...
aku yakin... andai cinta itu sudah ditakdirkan untuk aku... nescaya pintu hati ku yang ketat ini bisa terbukan untuk menerima dirinya seadanya seperti mana dia menerima diriku seadanya.....
perubahan itu perlu........
tetapi.....
kadang-kadang ianya disalah erti oleh insan lain....
aku bukan malaikat...
aku ingin juga merasa hidup.....
hidup dengan cara aku sendiri......
kadang-kadang mereka mengutuk...
tetapui aku tetap aku..
kebahagiaan aku ditentukan oleh aku...
bukan kau atau dia....
kadang-kadang jiwa ini sedih dengan perkataan busuk dari mulut mu..
tetapi seperti yang aku katakan tadi....
cuma aku sahaja yang tahu...
kebahagiaan sebagai mana yang aku perlukan....

Sunday, January 24, 2010

anda berjaya sekiranya.......................................... (jawap x lebih dari 10 patah perkataan)
sms yang aku terima dari seorang rakan......
dan jawapan aku....
saya dianggap berjaya jika saya dapat d.l lagi untuk sem ini..... dan berjaya mengharungi pratikal yang teruk ini.........
aku jawap ini kerana aku terasa amat susah untuk survive sem (praktiksl ini)

Saturday, January 23, 2010

aku tahu sesutu telah terjadi dengan diri ini.. sesuatu telah mengubah diri ini... dan perubahan itu sebenarnya tidak baik.....

maaf kan aku wahai diriku kerana telah menjadikan kau orang lain.....


bukan aku tidak berbangga dengan mu tetapi aku juga ingin terasa diterima oleh orang lain dan nampak hebat setanding orang lain...

sekali lagi... seiklas hati.... maafkan aku wahai diriku.....
praktikal????


aku cemburu dengan mareka2 yang berbahagia dengan tempat praktikal. perkara ini tidak terjadi kepada aku. aku sedih... mengapa mereka tegar untuk mempergunakan semua kudrat yang aku ada?? dan yang lebih menyedihkan aku apabila apa yang aku lakukan itu langsung dia tidak hargai malah dicaci lagi....

if kau tak hargai apa yang aku dah buat untuk kau... aku tak kisah.. tapi tolong jangan kata dan berlakon seolah-olah kau itu malaikat didepan aku...... aku benci itu!!!!

aku tahu kau terpengaruh dengan si tua yang tak sedar diri itu.. tetapi selagi aku boleh bersabar denagn perangai kamu, baik kamu hargai setiap detik itu. kerana jika aku tidak lagi boleh bersabar, jangan terkejut bahawa tangan ini akan naik ke muka mu!

Sunday, January 17, 2010

dialog 1.

humairah nak kawin dengan abang? abang ada dua orang anak.... ready made lagi....


jawapan..

hanya gelengan kepala dan senyuman.. (nasib baik ramai orang, kalau tak.. habis ko)



ye, aku akui dia hensem,
ye aku akui dia tu sejuk mata memangdang,
ye, aku akui di tu lemah lembut,
ye, aku akui dia baik...
ye aku akui bla...bla...bla.....
memang dia baik... tapi maaf eh, aku tak nerminat. dan aku tak sangka kau akan bertanya kan soalan sebegitu kerana setahu aku kita hanya bertembung dan sesekali menghadiahkan senyuman dan sesekali bertegur sapa..... tidak pernah membincangkan soal hati atau apa-apa yang berkaitan dengannya.. tetapi soalan mu itu seolah2 kau sudah mengenali aku....


maaf... aku bukan menjual mahal... tetapi aku tidak berminat...... terpulang apa pun spekulasi yang kau mahu buat... yang aku tahu ialah... AKU TAK BERMINAT.

Saturday, January 16, 2010

ya... aku benci...
aku benci tempat yang bernama tempat praktikal..
teruk aku....
penat aku...
tension aku...
semua yang teruk2 semua aku dah rasa.....
aku sakit hati kerana sewaktu interview aku dah berterus terang yang aku memang tak suka denagn nombor.. tetapi sayang individu yang tek berperikemanusiaan itu tetap meletak kan aku ditempat yang memerlukan aku bermain dengan nombor hanya kerana aku membawa kenderaan sendiri untuk datang ke pejabat.. logik tak alasan tu???? ada ke patut aku disuruh duduk di payroll... ye la if aku bawa kenderaan sendiri, dapat la dia suruh aku bertapa kat pejabat tu sampai pukul 11 malam.... tu yang aku rasa macam nak lempang sahaja individu itu.....
seperti mana sal comel, aku pun telah didera oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab di pejabat tersebut. dah la dia buli kawan baik aku, aku pun dia buli juga... baru2 ni 400 fail aku lipat sendiri tanpa bantuan sesiapa. yang mereka tahu ialah aku nak cepat siap keja tu...
tu satu hal.. yang tak seronoknyer, tempat tu juga ibarat kedai kopi mak jah kerana terlalu ramai yang berlumba-lumba berkongsi cerita sensasi mereka disana sini sampai keja pun terbengkalai. yang teruknye, budak praktikal...
kepada individu terbabit, tolong la berubah.. kerana korang, kawan baik aku sakit... mungkin ko rasa ko tak bersalah.... sebab ko ketua... tapi ingat, kesabaran seseorang itu ada batasnya...