Followers

Sunday, July 31, 2011

Thursday, July 28, 2011

2PM - Risk My Life

2pm - LOVE !!!!!!

Sooo HOT !!!!1 ~~~ love it...




love them so much.. muah!!!!!

secret love





cinta itu menyeksakan....... kerana cinta sehelai daun pun boleh merobohkan tugu yang kuat......

kerana mata




kuih cincin... saya sangat suka dengan kuih ini... hari ini saya dah menghabiskan sepeket kuih ini tau.... heheheehheeheheee. sangat sedap... nyum2.... suka sangat2....... terubat juga rindu pada kuih ini... semasa di sabah saya dapat sepeket percuma dari abang yang jual kuih ni sebab saya bagi...





satu renungan yang cantik kepadanya.. heheheheehhehehehehehe ;p


moral of the story.. rerajin la senaman mata.... nanti dapat kuih free.... ngeenge....


Wednesday, July 27, 2011

cinta itu indah andai kita mempercayai keindahannya..


semua kawan-kawan kata yang.....


tetapi pengalaman semalam buat aku rasa takut dan tidak bersedia untuk kembali membuka hati kepada insan yang bernama lelaki.... ( T T !) hati yang terluka itu terlalu dalam.......


kata orang cinta macam kopi..... pahit bila sejuk.. tapi amat lazat bila panas... kebetulan... aku memang peminat tegar kopi.... ohhh yeahhhhhh

tapi kuasa tuhan itu hebat... saat aku kehilangan cinta yang aku rasa dia adalah cinta terakhir ku... datang seorang putera mengubat luka lalu...... sepanjang yang aku tahu.... aku tidak pernah berpeluang untuk berkenalan dengannya.... sewaktu dikampus kami hanya memandang antara satu sama lain... bercakap?? langsung tak pernah.... kecuali dia pernah minta aku tolong tuangkan air untuk dia.. itu pun disebabkan dia menjadi pengiring kepada penceramah jemputan dulu.. so nak tak nak.. terpaksa la aku buat.. walaupun dalam hati aku rasa macam nak simbah je muka dia dengan air tu.... setau dan sekenal aku.. dia adalah orang yang sombong dan aku menyampah dengan muka sombong dia.....

tapi tah macam mana satu hari dia bg satu message di fb aku..... dan dari situ segalanya bermula..... "saya nak sangat kenal dengan awak sejak dari hari pertama saya lihat awak.. tetapi saya tak berani kerana saya rasa saya tak layak untuk kenal dengan awak... lagi pun saya punya fizikal hodoh.... nanti mesti orang kata kita macam shrek dan fiona" itu ayat yang buat aku terkedu seketika....



dan dia meminta izin kepada ku....:"saya tak tahu apa yang berlaku semalam... tapi saya berharap agar saya dapat ubatkan luka dihati awak.... saya tahu saya bukan insan yang sempurna tapi saya berjanji saya akan menjadi sebaik mungkin.... menjadi insan yang boleh awak banggakan..... saya cuma perlukan sokongan dan kepercayaan awak"

katanya lagi..: "saya juga tak kisah jika awak tak balas msg saya selama berbulan2... tak angkat call saya selama berbulan-bulan juga.... tetapi saya mahu awak tahu walaupun itu terjadi saya tetap akan msg awak hari2 sebab saya tahu awak selalu lupa makan, kunci keta, cermin mata and lain-lain barang and perkara2.. saya buat semua ini sebab saya sayangkan awak dan tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada awak.."


dan kini dia sedang berusaha.. sebaik mungkin supaya apa yang diinginkannya dapat dilestarikan seperti yang dirancang..... aku cuma mampu terkedu... kerana ini pertama kali aku dipertemukan dengan insan yang memahami diriku.... alhamdulillah... dia tak pernah gagal untuk buat aku ketawa.... dan memberi sokongan saat aku rasa ingin jatuh menyembah bumi..... terima kasih tuhan.. alhamdulillah untuk kurniaan ini... seandainya dia yang telah KAU takdirkan untuk diri ku.. teristimewa untuk diriku.. yang dapat membimbing ku mendekati mu dan meniti jalan reda mu.. permudahkan lah yaallah.... amin......

Tuesday, July 26, 2011

Cup Cake ~~ untuk orang yang diabetis


tekstur sempurna


gebu...



selesai disejukkan


tergoda tak??






semalam mak teringin nak makan cup cake kegemaran dia. dan yang menjadi masalah mak mempunyai penyakit kencing manis.. so nak dijadikan cerita, aku try buat satu experiment dengan membuat cup kek yang kurang manis. dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan.. aku still mengekalkan ramuan asas tetapi ada beberapa bahan yang aku kurangkan.... cuma aku masih belum berpuas hati dengan hasilnya dari segi kelembapan cup cake itu.



abah and mak kata sedap..... jangan tak tau mak aku sebat kek itu sebanyak2nya sehingga dia kenyang.. dan aku juga ada memberikan kek itu kepada seseorang yang aku tahu dia memang tak suka makan benda yang manis2... dan hasilnya sebalang yang aku tu licin dia makan sorang... hehehehe.. cuma seperti yang aku katakan tadi aku masih belum berpuas hati dengan kelembapan kek itu.. ~~~~ kene teruskan RnD untuk hasilkan kek yang selamat dimakan oleh orang yang mengidap kencing manis...

dia itu cantik, halus dan indah


amat indah

amat cantik...

amat halus....




dia menungguku sekian lama...
selama bertahun-tahun tanpa rasa jemu...
besama kasih sayang yang suci....
disulam dengan janji sehidup semati..


kuasa tuhan itu hebat..
kehadirannya tepat saat aku kehilangan cinta seorang kekasih dayus...
kehadirannya tepat saat aku memerlukan sokongan kuat dari insan yang bernama kekasih....


dan kini aku bersyukur...
kehadirannya membuatkan kebahagiaan.....
dan aku berharap dia adalah insan yang aku tunggu selama ini....
kerana aku akan menyayanginya sepenuh hati....
seperti apa yang layak diterima dia...

ngeri!!!~ayam the story

makcik ni potong ayam laju duh.....

mak tengah tengok dan pilih ayam dia... (dia ambil semua ~~~kopak aku)

ok... waktu ni aku teman kan mak aku pergi kedai yang jual ayam.. mak suka beli ayam kat sini sebab dia kata ayam kat sini fresh (sembelih terus jual) dan seperti biasa aku "di paw" untuk membeli ayam ini walaupun mak aku tau aku tak suka makan ayam sangat......... bagi aku pengalaman pergi tempat ni memang bgeri sebab aku tak tahan dengan "haruman kedai ini"... di tambah lagi dengan ayam2 yang berdarah2 tu... nasib baik aku tak muntah..... selalunya aku suka beli ikan, udang and sotong sebab aku gila sayang dengan makanan ini ( @ _@).. demi mak yang cintakan ayam.... bekorban juga aku untuk datang and tengok and beli ayam itu.........


kepada sesiapa yang bekerja sebagai penjual ayam.. maafkan aku.. aku suka makan itik.... itik... gembo-gembo.. masak rendang soodappppp!!! (balik ni aku nak pujuk adik aku supaya dia sembelih itik kesayangan dia...~ngidam rendang itik) ;p


aku cintakan KEK...

ini adalah hasil air tangan aku untuk office mate terchenta...... heheheheheheehe


sangat seksi.... dan bersedia untuk di ngap....


kek seksi ini has untuk office mate tersayang.... sayang korang....


kek dan aku adalah amat sinonim.... aku sukakan waktu yang digunaklan semasa membuat kek ini.... kerana semua yang aku lakukan terutama memasak kek adalah datang dari hati aku sendiri..... aku pernah memberikan resepi ini kepada beberapa rakan tetapi sayang mereka buat tak jadi.. so sejak dari itu aku simpan sahaja resepi itu dan tidak memberikan nya kepada sesiapa...........

antara komen yang diterima:


dari pembuat kek profesional:

"KEK INI AMAT SEDAP DAN BOLEH DIJUAL".

dari rahmah:

"AYAH RAHMAH KATA KEK NI SEDAP LA..."

dari kak emi

"ANAK SAUDARA AKAK SEMUA SUKA KEK INI"

Friday, July 15, 2011

jika ADA rezeki....

ingin membuat sesuatu.... insyallah isnin ini..... tunggu yer office mate yang terchenta.....

PEREMPUAN ITU CANTIK.

perempuan itu sukakan kecantikan.... ye aku setuju sangat dengan statement ini.. tipu la kalau korang kata korang tak suka pada kecantikan... meh sini aku cakar muka korang..... asal?? tak nak?? tau pun..... ok.. kecantikan ini amat la subjektif.. terpulang pada kita bagaimana kita mendefinisikan kecantikan itu sendiri... ada orang kata dia cantik bila free hair.. ada orang kata dia cantik bila pakai tudung.. selendang... or lain-lain.. ada juga yang ukur kecantikan itu melalui perangai..... meaning that if perempuan itu bersopan santun ala-ala perempuan melayu terakhir ditambah pula dengan pegangan agamanya yang kuat maka mereka mengatakan perempuan itu cantik..


bagi aku sendiri definisi cantik ini berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan?? eh?? macam tu pula.. ok.. aku akan rasa cantik if kat tempat tu aku sorang jer yang pakai tudung.... aku juga rasa cantik bila aku dikelilingi oleh supermodel yang top-top. eh.. perasan.. hehehehee itu la definisi cantik bagi aku... maksudnye aku cuba merasakan aku mempunyai kecantikan apabila situasi yang aku lalui telah sebulat suara mengatakan "aku tidak cantik jadi tolong pergi dari sini segera". kiranya ini lah satu cara yang aku gunakan untuk menaikan confiden diri aku.....


cuma yang menjadi masalahnyer jika seseorang yang tidak bertanggungjawab mengatakan kepada seorang perempuan itu bahawa dia tidak cantik.... oh!!! tolong elakkan perkara ini.. anda akan mengecilkan hati seorang perempuan itu sehingga sekecil-kecil seekor kuman. tolong ye..... semua perempuan itu cantik jika kita pandai menilai kecantikan sebenar yang ada dalam diri mereka.... sudah maklum yang perempuan in dijadikan dari rusuk adam and tulang rusuk biasanya bengkok... so mana-mana kelemahan seorang perempuan itu, tolong la jika anda mahu ubah.. gunakan lah cara yang paling berhikmah... sure mereka akan dengar and cuba buat yang terbaik.. lagi-lagi jika orang yang tersayang minta.....


cuma kadang-kadang jika ada seorang perempuan yang mengubah penampilan mereka tidak kira la dari baik ke buruk or sebaliknya... tolong la jangan mengutuk mereka dengan mangatakan yang dia tidak cantik... cuba gunakan bahasa yang lebih baik.. cth:anda tidak menyukai penampilan seorang perempuan ini kerana dia seksi.. tapi sebelum ini dia ok jer berbungkus so tegur la macam ni "awak antik... tapi lebih cantik jika awak berpakaian seperti dahulu" itu kan lebih baik.. dan yang penting tidak menyinggung perasaan perempuan itu.... selain daripada itu ada juga insan yang tak bertanggungjawab mengutuk penampilan baru seorang perempuan... walaupun penampilan itu lebih baik dari sebelumnya.. kenapa eh?? korang cemburu apa???? kalau korang cemburu tolong la ubah sikap busuk tu..... pe kata korang ikut jejak langkah perempuan tadi.. dari korang kutuk mengutuk orang tu... sah-sah pahala korang free-free je derma kat perempuan yang korang kutuk tu....


so finally.. plss... tolong hargai dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.. kepada perempuan yang obses terhadap kecantikan.. go for it.... but jangan keterlaluan sampai memudaratkan diri k.....

Thursday, July 7, 2011

feeling so bad today..

use to be secure..

but now the competition is here..

i didn't care...

i will fight for it...

just be careful....

dirty game will be start as soon as possible.

Wednesday, July 6, 2011

sudah seperti menerima...
sudah seperti menetapka...

tapi bila sesuatu itu terjadi...

segalanya perlu dimulakan dari awal.....

Monday, July 4, 2011

sesuatu yang tak terluah...

semua orang seolah-olah berbahagia..... berbahagia dengan apa yang mereka kecapi dan hadapi.. tetapi aku... kadang kala kelihatan seperti meraikan kebahagiaan itu tetapi kadang kala kelihatan seperti aku menolak kebahagiaan itu.....

kesedihan dan kekecewaan seolah-olah sudah sebati dengan jiwa dan nyawa ku..... dan kerana itu aku seolah-olah reda dengan segala apa yang menimpa diri ini.... mungkin kelihatan seolah2 menerima segalanya... tetapi sebenarnya terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ku.. tentang mengapa ini semua terjadi kepada ku... mengapa tidak yang lain?? mengapa aku??? bukan tidak bersyukur...... tetapi.... tah la... perangai ini seolah-olah menunjukkan bahawa hanya aku sahaja yang selalu dan amat susah didunia ini......


kekecewaaan yang ku pendam.... sekian lama.. entah bila akan berakhir... ingin sekali aku meluahkannya. kepada seantero dunia tentang kekecewaan dan kesedihan ku.... tetapi apa sahaja yang boleh dilakukan mereka???? paling tidak menasihatkan aku supa bersabar dan terus bersabar...... aku yang melaluinya.. hanya aku sahaja yang memahaminya.. tentang kekecewaan dan kesedihan ini...... mereka hanya pandai menilai... dan terus menilai..... seolah2 ianya amat mudah dan enteng..... mungkin itu pada mereka.. tetapi tidak pada ku......



Friday, July 1, 2011

berbahagia...

terima kasih tuhan....