Followers

Tuesday, April 27, 2010

ADOI... NAK MOHON MASTER... TAPI BANYAK LAK CEKADAK BENDA ALAH NI... ADOI....!!!

Saturday, April 24, 2010

jangan berlagak suci......
kerana kau tidak tahu apa makna sebenar perkataan itu.....
jangan berlagak suci...
itu nasihat untuk diriku dan juga yang lain.......
jangan berlagak suci...
kerana nilai kesucian itu amat tinggi......
jangan berlagak suci...
sehingga menghukum yang lain.....
jangan berlagak suci....
kerana aku dan kau hanya seorang manusia dan insan di muka bumi ini..... dan tidak sunyi dengan dosa.....
aku sudah penat dengan permainan 'suci mensuci" ini..... pada ku tiada seseorang pun yang sempurna... aku mengaku aku perlukan bimbingan... bukannya hukuman....
aku lari dari satu "kesucian" dan sekarang aku melangkah tanpa menoleh kebelakang... tetapi seandainya enkau tahu... jauh dari sudut hati ku, aku amat rindukan kedamaian sewaktu aku berada didalam "keadaan suci" itu
seandainya jalan menuju "kesucian" itu masih terbuka..........
aku menunggu...
kehadiran seorang khalifah...
yang bernama lelaki....
untuk membimbing ku kelajan mu yaallah....
seandainya dia ditakdirkan untuk ku...
hanya untuk diriku...
yang dapat membimbingku kejalan mu.....
permudahkan lah urusannya........ yaallah.....
tetapi seandainya dia bukan seorang lelaki yang ditakdirkan untuk ku yaalah...
yang tidak dapat membimbingku ke jalan mu......
jauhkanlah aku daripadanya dan hilangkan lah semua perasaan sayang yang engkau kurniakan ini untuk dirinya daripadaku...
permudahkanlah untuk ku melupakannya...
dan semoga perpisahan ini tidak menderaku yaallah.....
seseungguhnya engkau ,aha pemyayamg lagi maha pengasih....
semalam... ayat keramat telah keluar dari mulut bapa ku......


"humairah.... if nak kawin... kawin la....."


terpaku... kelu dan tak terkata semuanya datang kepada ku....

dan jawapan aku.......

"la... orang muda lagi....... hehehehe... perempuan zaman sekarang just nak berjaya dalam hidup... kawin tu no 2 la... nanti la... tengok la macam mana... jangan berharap sangat, lagipun, bukan semua lelaki zaman sekarang ni boleh diharap......."
ya.... soalan ini sering aku elak dan amat benci untuk aku jawap dan dengar.... bukan apa peristiwa yang berlaku yang berkaitan soal hati ini masih berlegar2 dan seolah2 ianya berlaku semalam dan ianya membuatkan aku trauma.....
bukan tiada insan yang cuba hadir... tetapi kedatangan mereka semuanya aku tolak mentah-mentah... bukan mahu menunjukkan yang aku terlampau deman... tetapi aku mengaku aku amat sukar untuk menemui seorang insan yang boleh memahami kehendak dan keinginan ku.....
aku cuma mahu seorang lelaki yang memahami diriku... bukan seorang lelaki yang mahu aku menjadi sebuah patung yang menurut semua kehendaknya....... menurut semua kemahuannya...
kewujudan lelaki seperti itu amat sukar untuk ditemui...... dan aku masih lagi menunggu...
aku yakin... andai cinta itu sudah ditakdirkan untuk aku... nescaya pintu hati ku yang ketat ini bisa terbukan untuk menerima dirinya seadanya seperti mana dia menerima diriku seadanya.....
perubahan itu perlu........
tetapi.....
kadang-kadang ianya disalah erti oleh insan lain....
aku bukan malaikat...
aku ingin juga merasa hidup.....
hidup dengan cara aku sendiri......
kadang-kadang mereka mengutuk...
tetapui aku tetap aku..
kebahagiaan aku ditentukan oleh aku...
bukan kau atau dia....
kadang-kadang jiwa ini sedih dengan perkataan busuk dari mulut mu..
tetapi seperti yang aku katakan tadi....
cuma aku sahaja yang tahu...
kebahagiaan sebagai mana yang aku perlukan....