Followers

Wednesday, March 12, 2014

ANTARA PILIHAN IBU BAPA DAN PILIHAN SENDIRI



hari ini, ada orang tanya satu soalan yang menyentap hati dan sanubari.

Her: "Best kan kalau orang sayang"
Me; "memang best, kenapa???
Her; "x dala, cakap ja.. best kalau orang sayang kita."
Me; "dah kenapa?"
Her: "kasih sayang tu bukan dari orang yang kita sayang ja, tapi dari kawan-kawan......., bestkanJ Akalau kawan sayang kita"
Me; "ok....."



ok fine........ AKU TAU AKU TAK TERLALU DISAYANGI OLEH KAWAN- KAWAN OK.....



Her: mai, kalau orang yang mai sayang tu, family tak dapat terima... tanya family mai kenapa mereka tak boleh terima. baik mai pilih orang yang mereka terima, sebab nanti kalau pilihan mereka salah sekali pun, nanti mereka(family) akan still terima mai. kalau pilihan mai salah, nanti mai malu......
Me: ok.....

still tak dapat terima apa yang dikatakan sebab nanti jika perkahwinan itu tidak berjaya, yang kena kan aku.... aku kenal siapa family aku.. aku kenal betapa teruk cacian, umpatan dan kejian yang aku akan terima... jadi please stop acting like macam semua yag ditentukan parent itu akan berakhir dengan kebahagiaan..

disini ingin ditegaskan bahawa, bukan aku nak kata atau tolak yang pilihan ibu bapa itu semuanya akan berakhir dengan ketidak kebahagiaan.. atau pilihan mereka itu tidak betul (mungkin ini ayat yang lebih baik). zaman dulu orang kawin dengan pilihan iibu bapa semua berakhir dengan kebahagiaan (kebanyakkannya)
kamu tidak memahami masalah yang aku hadapi... jadi please jangan conclude yang pilihan siapa lebih baik.. aku atau parents aku...

cuba faham perasaan aku... bertahun tunggu untuk disatukan denagn orang yang tersayang.. just a simple mistake from a stupid person semua jadi berantakan..... aku di tengah-tengah.... antara orang yang aku sayang dan dengan ibu bapa aku sendiri... kamu semua tidak akan faham perasaan itu..... 

mungkin ada yang kata, as a anak, kita kene ikut cakap ibu bapa.. but please......... tolong faham keadaan aku........ aku mengaku, aku bukan anak yang baik.. aku mungkin anak yang teruk hanya kerana berkeras untuk hidup dengan orang yang aku sayang... seolah-olah aku pentingkan orang luar dari ibu bapa kandung aku... tapi tolong faham keadaan aku......... 

bukan bermakna aku tak ikut cakap mereka aku tak sayang mereka... aku sayang.... cuma.. please.. hanya aku yang faham keadaan ini.... jika perkahwinan itu tidak berjaya... jika itu ialah pilihan aku, sekurang-kurangnya aku boleh redakan perasaan aku dengan mengatakan "SEKURANG-KURANGNYA AKU KAWIN DENGAN ORANG YANG AKU SAYANG". jika perkahwinan itu tidak berjaya, jika itu ialah pilihan aku apa yang boleh aku katakan ialah " SEKURANG-KURANGNYA AKU IKUT CAKAP MAK BAPAK AKU". kedua-dua akibat ini akan menyebabkan sampai keakhir hayat aku akan dideritai dengan BERBAKUL CACIAN, MAKIAN DAN UMPATAN......


HUMAIRAH