Sunday, April 15, 2012

matang


aku sayang watak ini..... dan tak salah jika aku katakan aku masih lagi kurang matang..... dari segi segalanya kerana aku merasakan yang dunia adalah sebuah taman permainan yang besar bagi ku...... walaupun sekarang ini aku baru sahaja menamatkan pengajian dalam MASTER dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.. tetapi semua itu tak menjamin kematangan aku dalam menangani hal2 didunia ini..... kerana seperti yang aku katakan tadi.. dunia adalah tempat untuk aku bermain2........ aiiiyyyyaaakk....... (bila kau nak matang ni???)


EmaIL....... ku yang pelik


hari ini.. aku meluangkan masa untuk membaca kembali email2 lama didalam mailbox en. yahoo aku.... hurm... sedar x sedar dah bertahun-tahun aku menggunakan yahoo ini tanpa menukarkannya kepada yang lain walaupun ada yang kata alamat email aku ni tak sesuai untuk urusan profesional... tapi apa pun yang mereka kata tentang alamat email aku.. satu pun tak masuk dalam kepala otak aku utuk diambil tindakan lanjut... bukan apa.. dah bertahun aku guna mail ini.. tak pernah langsung terasa macam nak tukarnya kepada yang lain...... sebenarnya jawapan yang paling syok ialah..... AKU MALAS..... senang.. habis cerita....




bila baca email2 lama tu... dan conversation2 lama antara aku dengan orang sekeliling... terasa agak lawak dan bodoh juga aku ketika itu... betapa aku sangat kurang dari segi aspek kematangan sebagai seorang mahasiswi....... terlalu keanak-anakan... penuh dengan gurauan.. dan permainan yang aku ciptakan untuk orang2 sekeliling aku... sewaktu itu... hidup terasa bagai satu taman permainan untuk ku......


email ini sudah lama... dan ianya menyimpan seribu satu macam cerita.... sebenarnya email ini bukan milikku seorang.. tetapi ianya milik lima sekawan... dan kerana itu.. banyak SALAH FAHAM terjadi dek kerana kami berkongsi email yang sama..... dan natijahnya.. masing2 akan terkeliru dan dianggap sebagai seorang PESALAH kerana maklumat yang bercampur baur antara kami..... kerana yang menjadikan masalah ini bertambah teruk ialah..... kehidupan seharian kami antara satu sama lain mempunyai kaitan..... dan dek kerana itu.. banyak salah faham yang terjadi...... seingat aku... apabila msing2 dah mula celik internet... dan masing2 sibuk membawa haluan masingg2... kami sepakat untuk berpecah dari menggunakan email ini..... dan aku selaku orang yang paling malas... bersetuju untuk mengambil email ini secara TOTAL dari kawan2 aku........



walaupun dah bertahu-tahun berlalu.. tetapi aku masih rindukan sahabat2 aku yang lain...... tah apa kabar mereka sekarang..... tapi walau apa pun yang jadi.. aku harap mereka juga masih dan sama seperti aku.... menghargai detik2 indah sewaktu kami bersama...... to all my friends... thanks for everything.....

Friday, February 24, 2012

SHOPPING HANTARAN!!!!

alhamdulillah.... terima kasih yaallah.... sahabat karib ku insyallah akan melangsungkan perkahwinannya dengan insan yang dicintai.... alhamdulillah..... apa yang membahagiakan ialah kau seorang sahabat yang betul-betul dekat dengan hatiku.....jiwaku.. dan sanubariku.... kita mempunya kesukaan yang serupa.... segala-galanya hampir serupa....

ok..fine.. ayat atas cam jiwang pula... tak nak proceed lah!.. ok.. sekarang ni aku amat berbahagia sebab kawan baik aku akan kawin tak lama lagi and insyallah minggu depan kitaorang akan survey untuk barangan hantaran.. walaupun tarikh masih tak conform lagi but orang selalu kata persediaan awal tu kan bagus... ok... sekarang ni yang terlebih and melebih bukan kawan aku (si pengantin) tapi AKU.. ok aku ulang sekali lagi... AKU yang melebih lebih.. bukan apa.. aku excited sampai tak ingat dunia duh..... sebab dia ni adalah kawan rapat aku yang paling terapat and paling aku sayang..(eleh... sure ko suke bila baca ni).... aku saynag dia sebab boleh kata kan kami ni satu kepala...


banyak benda gila2 yang kami lakukan bersama but yang membezakan aku dengan dia.. dia ni RILEKS sangat..... tapi aku tak serileks dia.... dalam banyak-banyak hal yang kami kongsi.. ada satu benda yang aku memang tak boleh blah.... kitaorang suka kongsi nama and gunakan nama gelaran.... and orang yang paling kesian sebab kes kongsi nama ni ialah seorang pekerja yang sedang bekerja ditempat kawan baik aku punya tunang... budak ni baru pas SPM n agak blur sikit... tapi dia and kawan aku tu boleh kata rapat juga and disebabkan itu aku tak sampai hati nak usik adik manis sorang tu..(hehehehehe--->kesian ko dik... sabor jela). selalu juga adik manis tu kene bahan dengan kitaorang.... saja menyakat.... hehehehehehe..... kesian dia... tapi what eva pun sehari ko tak de dik...(time kitaorang serang "KUBU UTAMA") terasa kosong pula jiwa raga ni sebab tak de orang nak di jadikan bahan untuk disakat... hahahahahahahahahhaha...


well insyalaah minggu depan aku nak seret kawan baik aku untuk pergi usha2 hantaran.. walaupun lambat lagi ko kawin tapi aku tak kira.. aku nak juga cari barang hantaran ko cepat2.. so to EN. -A-z..... tolong la sediakan duit seguni beras eh.. aku nak shoping gegila untuk kawan baik aku ni.. ko tak bagi... gggrrrrrr... siap!!!!!! aku bakor keta kesayangan ko... aku pecahkan cawan kesayangan ko (cawan yang isteri eh silap bakal isteri ko bagi).....hehehehehe...


to kawan kesayang aku.... tahniah.. dan semoga kau berbahagia selalu.... aku sayang ko duh....


p/s: kek.... if ko baca... nanti kita kuar dengan kemba aku sekali tau.. ustazah tu sibuk merungut bosan duk rumah....




Wednesday, February 8, 2012


subhanallah...... terasa amat sedih...... aku hanya ingin dimengerti.. apa yang aku lakukan itu hanyalah unutk mu... mengapa kau tidak pernah melihat setiap pengorbanan yang aku lakukan?? tetapi hanya melihat kesilapan yang aku lakukan....


Wednesday, January 25, 2012

kecewa.

separuh nyawa ku pergi..... pergi meninggalkan ku dek kerana sikap kejahilan dan kebodohan satu pihak yang amat mementingkan diri.... kadang kadang aku terfikir, siapa kau untuk mengatakan bahawa kau amat memahami aku sedangkan tiada satu apa pun perkara tentang ku yang kau tahu... kau hanya mementingkan tentang orang lain dan bukannya aku.....


secara jujurnya, aku tidak mengenali kau dan hubungan yang terjalin hanya lebih kepada hubungan DUIT... ini bermakna kau tidak bermakna apa-apa kepada ku dan aku juga tidak bermakna apa apa kepada kau. kau itu hanya insan yang tahu menerbitkan tanggungjawap tetapi kau tidak pernah menggalas tanggungjawap yang engkau terbitkan. kau hanya tahu mempersoalkan kesusahan untuk menyempurnakan tanggungjawap itu sedangkan tanggungjawap itu tidak pernah meminta untuk diterbitkan.. ia nya hadir diatas kemahuan kau... dan sekarang engkau mengeluh dan terus mengeluh...


bukan itu sahaja.. selepas kau abaikan bertahun tahun.. bila tiba satu detik yang bahagia.. sekelip mata engkau hancurkan... dengan alasan yang amat bodoh yang lebih untuk memuaskan nafsu serakah mu.... tiba tiba sahaja kau mengaku yang kau memahami segalanya dan segalanya seolah olah bergantung kepada kau.


siapa kau juga untuk menentukan pintu kebahagiaan manakah yang patut aku masuk??? kau itu siapa?? kau bercakap dengan menggunakan bahasa islam.. tetapi sejauh manakah keimanan kau jika kau hanya pandai berpura pura....?? menipu dan terus menipu.... setiap hari setiap saaat seakan akan menyesak dalam batin ku supaya segera keluar dari kepompomg ciptaan neraka mu... aku benci kau... kerana kebodohan yang engkau lakukan.. yang telah menutup satu titik bahagia yang baharu sahaja ingin aku rasai....


sekarang masa untuk membalas dendam itu semakin hampir..... pada saat itu, kau akan tahu.... betapa hancurnya hatiku diatas tindakan busuk mu itu........ siang dan malam aku meratap.. titik kebahagiaan ku hilang... dengan sekelip mata kerana kau...... suatu hari nanti kau juga akan merasa kekecewaan yang sama aku rasai.. dan pada ketika itu baharu kau tahu... tentang erti tanggungjawap sebenar dalam hidup.

Tuesday, January 17, 2012

fakta tentang INCHIK bos. ;p

berbau wangi..


perut memboroi adalah wajib


pipi gemoks juga adalah wajib..




fakta mengenai inchik bos:

-lemah lembut

ok.. inchik bos aku memang lemah lembut.. manja sih.,... macam budak2 yang harus dimanja2... tapi kadang2 aku rasa segan pula sebab dia selalu tegur.. "awak ni perempuan... cuba lemah lembut sikit".. ayoo.....

-jarang marah.. tapi bila marah kalah rimau kebulor you!

ini adalah falta yang tak boleh disangkal... dia sangat jarang marah... tetapi bila marah... aku sure menyorok bawah meja office... and bila aku tau aku buat silap yang sure buat dia marah.. time aku duduk depan dia.. belum sempat dia buka mulut aku dah melalak melolong..lolong dah.....

-suka mengata.. tapi mengata depan2.. cth:awak bertambah gemok...

inchik bos ni.. mulut dia memang tak de lesen.. sesuka hati sesedap rasa je mengata aku depan2.. memula memang aku tention but lama2 aku sedar, kadang2 betul juga apa yang dia kata... mungkin selama ini aku yang buta or tak sedar.. but .... hurm.. to complicated to comment.....




tapi apa yang dapat disimpulkan... dia seorang yang baik sebab aku ada peluang untuk berkongsi macam2 benda dengan dia dan aku amat selesa untuk bercakap dengan dia..... kadang aku rasa dia adalah antara kawan terbaik yang aku ada sebab aku tak perlu fikir tentang apa pendapat oarng lain tentang aku..... aku dan dia mempunyai banyak persamaan dan perbezaan.. tetapi apa yang membuatkan kami rapat adalah bukan kerana PERSAMAAN yang kami ada tetapi lebih kepada PERBEZAAN yang kami ada.. kerana PERBEZAAN itu membuatkan kami MELENGKAPI antara satu sama lain....

dia tetap bos aku dan aku tetap pekerja dia... cuma yang istimewa adalah jurang yang kami ada dan jurang itu membuatkan kami menjadi kawan baik yang selalu bercakaran..... marah memarahi... dan buli membuli antara satu sama lain....

makan with inchik bos....


shushi.. oh sushi... makanan ini amat aku gemari... selalu suka makan dengan inchik BOS terchenta sebab selalu dia yang akan kuar duit utk belanja aku makan.. aku kan pekerja yang baik dan berhemah.. sebab tu dia suka belanja aku makan benda ni.. tapi semua orang tau yang aku ni sgt cinta dengan makanan so korang boleh tau la sape yang akan makan paling banyak... huhuhu......... sebenarnya... inchik bos aku suka makan benda ni tapi dia x seronok sebab tak de orang yang suka makan benda ni kat office kecuali aku yang sememangnya amat cinta dengan sushi ini..... nyum..nyum...



takoyaki.. hurm makanan ni pun diperkenalkan oleh inchik bos aku juga.. hurm.. inchik bos memang suka makan makanan jepun.. so secara tak langsung aku pun belajar menjadi "tekak jepun" tapi kalo tekak je jepun muka tak jepun pun KO juga.......


soba.. oh soba... kau mencuri hati ku... ok korang semua.. benda ni serius sedap.... tolong la cuba..... pertama kali aku makan.. memang aku dah jatuh cinta gila dengan makanan ni.... kepada kawan ku salasiah.. tolong la bawa en am@l hang untuk cuba makanan ini.. oh teramat lah sedap... masa ni ikutkan hati mau 3 mangkuk aku sebat.. tetapi memandangkan inchik bos aku yang cubby tu pun makan semangkuk.. tak kan aku nak lawan toke.. kang if dia kata "today u belanja eh" mampus aku.. dah la duit time tu tinggal 5 hengget... ayooooooooo