Followers

Monday, September 9, 2013

kawin sempadan VS kawin malaysia...

assalamualaikum....


kawin sempadan VS kawin malaysia...

ada dua perbezaan untuk kedua kawin diatas walaupun resultnya adalah kawin........ 

kawin sempadan

ko kawin sebab ada masalah yang tak dapat nak diselesaikan dengan cara baik atau pun kau sendiri takut nak hadapi masalah tu.... dek kerana itu ko kawin kat sempadan... kawin kat sempadan senang gilos jika ko ada duit yang mencukupi..... diulang sekali lagi.. duit yang mencukupi........ selain daripada itu, hati yang gilos teger dan nekad juga adalah penting tau... kalau tak takkan korang berani nak pegi sana semata untuk kawin... kawin kat sempadan juga bagus sebab, korang tak perlu bayar hantaran and kenduri yang gila-gila mahal...... jimat kan???? cuma yang tak berapa best ialah korang akan menggunakan WALI HAKIM......... so untuk yang masih ada ayah dan ibu.... terutama ayah, sure mereka akan terasa gila sebab dia wali mutlak korang.....(untuk yang perempuan).


kawin malaysia

ko kawin sebab pilihan ko diterima dan direstui oleh kedua ibu bapa atau pun mereka kalah bila ko dah gila nekad juga nak kawin (mak ayah surrender and reda). kawin kat malaysia ni susah juga sebab procedure dia banyak.. terutama yang duk kat selangor..... selain dari tu, kos kawin di malaysia adalah tinggi.... tinggi sampai ada yang sanggup buat loan just semata nak pastikan hari bahagia itu meriah semeriahnya........ kecuali kalau korang yang jenis islamik, inyalaah korang akan memilih untuk buat ala kadar dan besederhana......... tapi yang best ialah korang guna WALI MUTLAK yakni bapa korang (bagi yang perempuan).. so tiada isu terkecik hati or terasa hati sebab hak wali tidak dinafikan dalam kawin malaysia.



persepsi masyarakat..

masyarakat kita pandang kawin malaysia seakan 'lebih mulia" dari kawen sempadan...... kalau tak caya cuba try tengok, lihat dan dengar bila seorang individu itu terdengar anak si polan binti sipolan or sipulus bin sipulus kawin sempadan.... macam-macam kabar yang tak enak didengar korang akan dengar...... bukan itu sahaja, masyarakat akan seolah-olah menghukum mereka dan keluarga mereka yang kawin sempadan ini dengan kata-kata hinaan seolah-olah kawin sempadan itu macam hina gila... boleh ka macam tu????????


bukan semua orang nak kawin sempadan ok........ kalau diberi pilihan, sudah tentulah kawin malaysia akan menjadi pilihan ramai.. tetapi seperti yang dinyatakan diatas, kadang-kadang ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan ada juga disebabkan mahu lari dari menghadapi masalah menyebapkan ada dikalangan para pasangan terpaksa memilih untuk bernikah di sempadan....


cuba letakkan diri kamu semua yang selalu pandang hina pada orang yang nikah sempadan ini didalam keadaan mereka....... apa yang i nak tegaskan disini ialah jangan la korang nak kondem gila pada mereka - mereka yang terpaksa pergi ke sempadan untuk berkahwin.. kadang-kadang ada sesetengah masalah yang membuatkan para pasangan terpaksa memilih jalan singkat ini..... mana lebih baik.. kawin atau dok berkepit tanpa ada ikatan yang sah???? kalau korang anggap berkepit tanpa ikatan yang sah itu lebih baik dari kawin kat sempada...... masyaallah.... tak tau la i nak kata apa....... bagi i, lebih baik kawin dari tambah dosa yang dah sedia bertambah......


 kadang-kadang i pelik mengaa insan sekeliling yang memilih untuk membuatkan urusan kawin itu menjadi lebih sukar..... hantaran nak ribu riban... nak yang jenis semua hantaran serba berdiri... sampai terduduk bakal pengantin lelaki mendengar permintaan yang bukan-bukan dari individu-individu yang bertanggungjawap menggalakkan nikah sempadan ini....


setiap individu ada hak untuk memilih apa yang mereka mahu dan menolak apa yang mereka tak mahu... kenapa nak paksa orang untuk terima sesuatu yang dia tak suka dan mahu???? cube kalau kau yang kene??? ko suka???? ko nak makan ayam aku bagi hati ayam...... mungkin ko reda.. but lama-lama, sure hati ko akan terdetik untuk mengatakan betapa bencinya ko pada aku sebab aku bagi ko hati ayam bukan ayam.....   melainkan kalau pasangan yang ko pilih tu kaki mabuk, perempuan, joli, disko dan  lain-lain.. tu WAJIB kene reject ok.... but jika yang datnag itu dapat melengkapkan ketidaksempurnaan yang ko ada... ko pun suka dia.... dia pun suka ko.. apa hak orang lain untuk menghalang ko dari kawin dengan dia??? lagi- lagi la jika alasan yang diberikan itu tidak munasabah... eg: "mak tak suka dia sebab dia keja doktor.. bukan pesawah padi..... mak restu kalo ko kawin dengan anak si non yang keja sawah padi tu"........ " abah tak suka ko pilih anak si jemah tu... anak dia tu pakai tudung labuh..... baik ko pilih anak si non tu... dia pakai seksi ooooo...." kadang-kadang, benda ni bukan datang dari kedua ibu bapa, tapi orang selililng macam pak sedara, dan mak sedara koRANG GAK....  gatai sungguh mereka itu yang suka nak mencucuk-cucuk macam la anak mereka yang nak kawin..... sebenarnya, ada baik dan buruk campur tangan mereka ni, tapi kalau dah melebih-lebih.. harus la kene maki kan???? itu hidup kau.. suka hati kau nak kawin dengan sesiapa pun asalkan pasangan yang kau pilih tu baik luar dan dalam..... 


tujuan i pilih dan menulis menganai perkara ini adalah kerana i dah penat lihat keadaan sekeliling yang terlalu mengonkong perjalanan untuk menuju ke gerbang pernikahan itu.... sebab i kesian dengan orang yang nak kawin but dek kerana masalah-masalah sebegini urusan itu menjadi lebih sukar menyebabkan pasangan lebih suka untuk kawin sempadan. kadang disebabkan pilihan yang tak direstui oleh kerana sebab-sebab yang tak munasabah juga menyebabkan ramai yang pilih untuk kawin sempadan....

bagi i, kawin kat siam ke, india ke, bangla ke.. asalkan urusan pernikahan itu dibuat dengan mengikuti landasan syariat yang betul, tak da masalah... lebih baik nikah dari kosong....... korang nak manja-manja pun sennag..... dan kepada indivudu diluar sana... please... rasa cinta itu merupakan satu nikmat.. korang tak berhak untuk memaksa orang lain ikut permintaan korang tanpa sebab yang munasabah.......

 


p/s: just imagine, kalau ko kawin dengan sesorang yang ko rak suka.... rasanya boleh ke ko nak tido sekatil dengan dia???? melainkan kalau ko reda.....