Followers

Wednesday, February 28, 2018

Gelang Anak Di Ragut Di berjaya Times Square; Ibu Kongsi Pengalaman




KEJADIAN RAGUT KANAK-KANAK 1 TAHUN 6 BULAN DI BERJAYA TIMES SQUARE 27/1/2018

Kejadian terjadi sekitar pukul 3.45 petang...

Sebenarnya, dari dalam kedai serbaneka tu lagi suami dapat rasa seperti didalam pemerhatian seseorang... Ketika itu saya sedang memilih baju... Suami pula melayan anak di bahagian mainan kanak kanak.. Tiba tiba ada barangan kotak terjatuh... Saya ingatkan anak yang jatuhkan..tapi suami kata bukan... Kemudian sales girl datang susun...

Ketika kami masih lagi memilih pakaian, kotak tersebut jatuh lagi.. Saya sempat berkata kepada suami peliknya kenapa asyik jatuh je kotak kotak tu.. Seolah olah sengaja di jatuhkan untuk tarik perhatian suami supaya tinggalkan anak untuk susun kotak dan saya leka memilih baju..namun suami tetap bersama anak dan sales girl yang datang susun..

Selesai pilih baju, saya lalu di bahagian mainan kanak kanak, ketika itu saya pula yang rasa di perhatikan kerana ketika itu saya pula yang bersama anak... Tapi saya fikir dia adalah sales girl di bahagian itu... Wallahualam..

Kami kemudian beratur di kaunter... Mesin kaunter pulak problem dan resit habis.. Masa di kaunter, tiba tiba beberapa orang masuk ke kedai dan berlegar2 di tepi saya yang sedang mendukung anak.. Mereka berlakon seolah2 sedang pilih barang di tepi saya..

Oleh kerana lambat menunggu resit baru nak di isi, saya tinggalkan suami di kaunter dan mendukung anak ke kawasan lif di luar kedai.. Letih mendukung, saya pimpin anak ke lif yang lebih dekat dengan kedai tersebut.. Ketika ini lah, kejadian berlaku.. Sepantas kilat, ketika saya leka memadang lif (tangan masih memegang erat tangan anak), anak menangis sekuat hati.. Saya terkejut terus melihat badan dia kalau kalau terkena sesuatu yang menyakitkan. Terpandang tangan dia yang tiada gelang dan dia pula seakan menunjuk ke arah luar (mungkin memberitahu ada sesorang telah mengambil gelang dia) sambil menangis yang sangat kuat..

Saya segera memangil suami yang masih di kaunter kedai, dia bergegas dapatkan saya dan anak dan saya beritahu gelang anak hilang..

Dia segera mendukung anak dan mencari sekeliling orang orang yang mencurigakan namun semua seakan tiada apa apa.. Kami bertanya kaunter kedai terbabit di mana security dan terus melihat cctv terdekat, dan bernasib baik, ada satu cctv pada kawasan lif tersebut.. Segera kami ke ground floor memberitahu kejadian... Lantas kami di bawa ke pejabat security di basement dan membuat laporan..

Anak di beri rawatan ice pack sejuk di bahagian tangan untuk melegakan..suami dan beberapa security pergi semula di kawasan kejadian, dan balik semula ke pejabat security. Kami di tunjukkan oleh ketua security yang bertugas rakamn cctv.. Ternyata, yang tiba tiba datang sekumpulan di kaunter kedai itu adalah kumpulan yang meragut gelang emas anak saya... Sungguh terkejut melihat rakaman cctv itu.. Mereka memang sudah menghampiri kami... Berlakon konon ingin membayar di kaunter juga.. Seorang perempuan berbadan gempal, seorang lelaki kurus memakai topi dah sling beg.. Seorang wanita muda yang sedang mendukung kanak2.. Mereka seolah2 satu kumpulan.. Dari cctv itu mereka besar kemungkinan bukan warganegara malaysia...

Dalam rakaman cctv itu, ketika saya keluar tinggalkn suami, mereka juga beredar perlahan lahan... Ketika saya datang balik ke arah lif yang lebih dekat dengan suami, ketika itu lah, perempuan berbadan gempal menghampiri anak saya dan menarik gelang tersebut... Pada waktu yang sama, perempuan muda mendukung kanak kanak dan lelaki kurus lalu di sebelah saya seolah2 nak menaiki lif (berlakon untuk mengaburi mata saya supaya tidak toleh ke belakang) .. Kejadian terlalu cepat.. Sehingga saya tak dapat mengesan siapa peragut di sekitar saya...

Alhamdulillah Allah selamatkan anak saya dari terjadi apa apa.. Kejadian yang sungguh mengekutkan... Iya salah saya kerana terleka seketika ketika di depan lif tapi saya tak lepaskan tangan anak.. Masih erat memegang tangan dia.. Pesan saya, jangan sesekali pakaikan gelang atau sesuatu yang menarik perhatian peragut.. Tak kira emas betul atau emas tiruan, selagi ia menarik perhatian penjahat, anak kita semua dalam bahaya! Sentiasalah alert apa apa kejadian yang mencurigakan di sekeliling kita..

Kami sudah membuat laporan polis juga.. Urusan laporan polis selesai jam 8 malam di IPD Dang Wangi..walaupun peluang mendapat semula gelang emas tipis, kami tak kisah.. Asalkan pelaku dapat ditangkap.. Selagi mereka masih di sini, ramai lagi yang akan menjadi mangsa... Kami diberitahu pegawai polis, Beratus kes ragut dan samun setiap hari.. Jadi dengan jumlah kes yang banyak seperti ini, kita sendiri yang perlu banyak aware dan alert dengan keadaan sekeliling yang sememangnya tidak selamat!

Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil pengajaran dari pengalaman ini.. Hilang barang boleh diganti, hilang anak tiada ganti!

Sumber : Izuera Azemi


Sebarkan supaya ibu bapa lebih ALERT dan berhati-hati. Malang tak berbau.

Sunday, January 25, 2015

kempiskan perut cara humairah

perut anda buncit?????

perut anda susah nak kempis???

serius????

so ini penyelesaiannya....


SILA MINUM TEH HIJAU .... 
4 TO 5 CUPS A DAY.....

serius cara ini amat dan sangat membantu........

fakta:

1. Berat Badan.
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2.Kolesterol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

kalau nak lagi best, sila lakukan senaman perut atau apa2 senaman supaya perut itu cepat turun dan kempis.

disini ingin saya tegaskan, nak kuruskan perut itu amat SUSAH ok... dan sila jangan terlalu bergantung kepada produk untuk kuruskan badan..... kebanyakkannya sudah saya cuba, tetapi semuanya hanya indah kabar dari rupa.... so lady's.. please jangan biarkan diri anda menjadi mangsa kepada penipu yang hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.


love,
humairah comel


Thursday, June 5, 2014

tips cantik cara humairah @ cara menangani masalah kulit



nak muka cantik???

nak muka berseri-seri???

nak muka tak da jerawat????


serius???


nak???


ok, lets me share......

dear friends..

semua orang nak cantik... nak lawa... nak berseri.. nak bersinar.. and etc... etc..... but... benda dan langkah yang paling utama ialah memastikan setiap apa jenis produk yang diambil adalah selamat dan bersesuaian dengan diri anda sendiri......

sekarang ni banyak sangat lambakan produk pemutih yang berada dipasaran... tak lupa juga yang diiklankan di facebook dan sebagainya... kalau diperhatikan sekarang ni tengah HOT dengan "muka flawles"... yang licin micin macam cermin..... cerah jelita like telur dikupas...... WOW... personally saya amat amaze dengan semua jenis produk yang diiklankan.. but...friends.... saya akan menceritakan rutin harian saya sebagai pedoman untuk membantu anda memilih dan memahami.. apakah sebenarnya yang kulit anda INGINKAN.. bukan nya apa yang anda INGINKAN..


sebelum membeli apa-apa produk kecantikan:

1. berjumpalah dengan beauty consultan yang terlatih.

dulu saya adalah pengguna tegar satu jenama antarabangsa... saya telah gunakan sejak dari zaman sekolah menengah sehingga ke tahap sekarang... saya cuma menggunakan pencuci muka sahaja dan sekali sekala saya menggunakan toner.... well, keadaan kulit alhamdulillah tiada masalah... dan saya juga pernah menggesyorkan produk tersebut kepada rakan.... well, to be honest, memang produk itu membuatkan kulit saya tiada masalah.. tetapi yang menjadi masalah ialah, pore saya terbuka dengan luas dan jayanya..... bukan itu sahaja.. saya juga kelihatan TUA berbanding usia kerana kulit diantara hidung sudah mula berkedut..... selain daripada itu juga pipi muka saya menggelebeh..... minyak dimuka juga amat la..... BERTONG-TONG keluar.......


DAMMMM!!!!!


saya bersabar dan terus bersabar.. kadang kala muka terasa panas.. seperti terbakar..... saya masih bersabar dan bersabar.....

sehingga....

saya terjumpa dengan sorang beauty consultan...... dia telah membelek dan merasai tekstur kulit saya.. kemudian dia bertanya kepada saya.. apakah produk kecantikan yang saya gunakan.. selepas menjalankan beberapa ujian, akhirnya saya mendapati bahawa produk yang saya gunakan adalah TIDAK SESUAI denagn kulit saya.. dulangi sekali lagi.. TIDAK SESUAI ok!!!


JADI KEPADA ANDA DILUAR SANA... PLEASE PASTIKAN ANDA BERJUMPA DENGAN BEAUTY CONSULTAN SEBELUM MEMBELI APA-APA PRODUK... jangan malu bertanya.. pastikan anda menyediakan bertong-tong soalan kepada beauty consultan tersebut supaya anda lebih memahami apa sebenarnya yang KULIT anda PERLUKAN bukan apa yang anda INGINKAN...... beauty consultan mestilah seorang yang terlatih... please jangan jadikan kawan atau sesiapa sahaja yang berada disekeliling anda untuk mendapatkan nasihat tentang kulit.. kerana apa yang mereka guna atau pakai tidak semestinya sesuai dengan keadaan kulit anda.....


2. produk yang disarankan.

jika beauty consultan anda menyarankan anada menggunakan sesuatu produk... pastikan anda menggunakan produk tersebut...

TETAPI......

pastikan bahawa produk yang direkomen itu  is still under your bujet.. jika tidak, pastikan anda meminta beauty consultan tersebut untuk merekomenkan produk yang bersesuaian tetapi dalam lingkungan bujet anda.... (sebab tu kita kene banyak tanya.)

3. disiplin.
sila gunakan prpduk tersebut mengikut masa, dan cara penggnaan yang betul.... jangan pandai-pandai atau gatal-gatal ubah aturan pemakaian...


4. istiqamah.....
untuk pengetahuan anda semua.. TIADA APA DIDUNIA INI DATANG DALAM SEKELIP MATA... tolong jangan gunakan produk yang hanya mengambil beberapa hari sahaja untuk melihat keberkesanannya.. untuk pengetahuan anda.. sesuatu produk yang selamat digunakan ( mempunyai bahan organik atau selamat digunakan) akan mengambil masa 3 bulan atau sebulan lebih sebelum memberikan kesan kepada kulit... jadi plese.. sayang kulit anda.... jangan rosakkan ia dengan memakai produk yang bukan-bukan.. produk yang digunakan mestilah sesuai dan selamat.... yang paling baik.. kurang mempunyai bahan kimia... ia bukan berkaitan dengan jenama.. tetapi lebih kepada benda yang kulit anda perlukan.. bukan apa yang anda inginkan....


saya sudah berjumpa dengan produk kecantikan yang sesuai dengan saya... selamat, HALAL dan suci... anda bagaimana???


love,
humairah


Tuesday, May 6, 2014

cara menghilangkan ketagihan makanan cara humairah @ kurus cara humairah

 makan dengan adik... soleha.. dia makan satu ja.. yang lain semua i punya.
 again berdua with soleha but dia makan sikit ja...... me yang lebih-lebih
 again.. me yang lebih-lebih



saya dengan ini mengaku bahawa saya mempunyai masalah "addicted toward food" atau dalam bahasa melayunyar terlalu mencintai makanan,.. bahasa kurang sopan ialah.. seorang yang kebulur, buruk lantak, perut bocor dan sebagainya....


percayakah anda, bahawa semua gamba diatas adalah hasil dari saya seorang?? i mean, its only me yang habis kan semua makanan itu.... sila pecaya kerana ini ialah benar.... saya seorang yang mempunyai nafsu makan yang sungguh kuat....

tetapi alhamdulillah badan juga naik dengan cemerlang..... T_T

secara jujur, agak dan amat susah untuk hilangkan ketagihan terhadap makanan ini.. betul tak? walaupun perut dah kenyang tahap gila babun tetapi anak tekak ini sungguh gedik dan sangat gatal untuk terus mencuba dan mencuba makanan yang lain... kalau tak, nasib la meleleh-leleh air liur tu kalah orang yang mengandung (mengidam)

bukan itu sahaja, kita juga akan turut gatal merasa perasaan mengidam seperti orang mengadung walaupun masih anak dara yang still tak ada boypreng lagi... betul tak???? kalau tak dapat apa yang kita nak makan tu.. habis mood satu hari....

apabila saya menyedari kecemerlangan saya dalam menambah lilitan badan saya maka saya terpaksa mengambil langkah untuk mengurangkan tabiat makan saya yang kalah gozilla ini..

anda boleh cuba:

1- Duit.

sila bawa hanya rm 10 ringgit sahaja setiap kali anda keluar untuk makan tengah hari... rm 5 ringgit sahaja untuk sarapan.. jangan gatal nak lebih-lebih tau... tolong juga pastikan anda tidak membawa wang atau kad debit atau kad kredit ketika mahu keluar membeli makanan... duit yang sedikit akan menghalang anda dari gatal tangan nak beli makanan yang banyak.

2- Disiplin.
jangan sekali-kali bawa duit yang banyak untuk membeli makanan... sila lupakanjuga duit gaji yangbertimbun dalam bak korang.. kenapa? sebab hanya dengan duit korang boleh beli makanan yang korang nak.. so please disiplin diri dengan bawa wang yang sangan minimalis bila korang keluar berjalan-jalan atau mahu membeli makanan.

3- Oat
aku selalu memastikan aku ada stok simpanan oat.. agak-agak lapar ja terus aku bancuh oat.. kalau korang suka nestum, korang boleh balun nestum.

4- Air Kosong
sila rajinkan diri untuk meminum air kosong.. aku ni bukan jenis yang suka air kosong but aku paksa juga tekakni untuk minum.. kalau susah sangat campur sikit milo and minum banyak-banyak.


5- makan makanan dengan perlahan dan jangan gatal makan depan tv ok!
makan dengan perlahan... korang sure rasa sedih if nak makan cepat-cepat sebab nanti makanan tu cepat habis...(mesti wujudkan perasaan ini setiap kali makan). dan jangan sekali makan depan tv sebab bila korang tak fokus dengan makanan korang, korang akan menjadi bertambah lapar.. dan bertambah rajin nak menambah makanan.

6-jangan minta maknan kawan
jangan gatal nak rasa2 makanan orang lain.. sebab nanti sure korang gatal nak menambah menu makanan korang pada esok hari.. sila tolak dengan berhemah setiap pelawaan tersebut ok...

duit dan disiplin. kalau korang perasan isi kedua benda ini adalah lebih kurang sama.. kenapa ya?? sebab dalam situasi aku, dengan duit dan kurang disiplin la aku mula terjebak dalam ketagihan makanan ini.. oleh yang demikian aku stresskan disini korang perlu bawa duit yang sedikit dan disiplin (untuk xtak bawa duit yang banyak) ketika korang keluar membeli makanan.

benda ni memang susah nak buang... rasa macam nak pengsan pun ada.. dan aku sampai menangis malam-malam sebab teringin nak makan itu dan ini.. tetapi aku kuatkan semangat sebab pada waktu itu memang suah masa untuk aku kekang ketagihan aku.... memang sudah sampai waktu.... kenapa??? well sebab itu aku tak dapat nak kongsi.. agak personal

dan dalam 3 bulan aku berjaya mengurang kan jumlah hidangan dari seperti gamba diatas kepada............

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--







cuba la korang tray.... eh silap try.... nampak tak??? betapa sopannya tekak aku sekarang dah tak rasa nak membaham macam buaya dah./....

all about my post....


my post...

semua yang dipos dalam blog ini ialah bedasarkan oleh apa yang dialami atau pun cedokan yang dialami oleh orang-orang sekeliling aku...

kadang kala pengalaman orang lain membuatkan kita terasa macam nak berlakon seolah-olah kita yang mengalami perkara tersebut.

ada baik dan buruk tentang ini..... baiknya kurang-kurang aku merasa jadi pelakon yang hanya berlakon dalam kotak fikiran ku dimana pengarah, penulis skrip sutradara dan pelakon dan lain-lain adalah aku..... ok..... (nampak agak kepelikan disitu.....) kurang-kurang aku merasa juga jadi pelakon dan cuba selami apa yang orang lain rasa dan apa tindakan yang akan aku buat jika aku berada dalam keadaan itu...

buruknya... hurm, jika orang yang kenal aku baca post aku maka akan ada macam-macam spekulasi dari penganalisa yang tak bertauliah yang akan bertanya dan terus bertanya.... aduhaiiiiii baru nak berangan jadi pelakon.. dah korang potong mood.... bosan sungguh......

macam ni la.... bagi aku setakat ini aku bersyukur aku dikurniakan dengan kawan-kawan sudah faham dengan perangai pelik aku yang satu ni...... but for those yang tak faham........ sila angkat kaki dan blah cepat-cepat dari hidup aku.....

Wednesday, March 12, 2014

ANTARA PILIHAN IBU BAPA DAN PILIHAN SENDIRI



hari ini, ada orang tanya satu soalan yang menyentap hati dan sanubari.

Her: "Best kan kalau orang sayang"
Me; "memang best, kenapa???
Her; "x dala, cakap ja.. best kalau orang sayang kita."
Me; "dah kenapa?"
Her: "kasih sayang tu bukan dari orang yang kita sayang ja, tapi dari kawan-kawan......., bestkanJ Akalau kawan sayang kita"
Me; "ok....."



ok fine........ AKU TAU AKU TAK TERLALU DISAYANGI OLEH KAWAN- KAWAN OK.....



Her: mai, kalau orang yang mai sayang tu, family tak dapat terima... tanya family mai kenapa mereka tak boleh terima. baik mai pilih orang yang mereka terima, sebab nanti kalau pilihan mereka salah sekali pun, nanti mereka(family) akan still terima mai. kalau pilihan mai salah, nanti mai malu......
Me: ok.....

still tak dapat terima apa yang dikatakan sebab nanti jika perkahwinan itu tidak berjaya, yang kena kan aku.... aku kenal siapa family aku.. aku kenal betapa teruk cacian, umpatan dan kejian yang aku akan terima... jadi please stop acting like macam semua yag ditentukan parent itu akan berakhir dengan kebahagiaan..

disini ingin ditegaskan bahawa, bukan aku nak kata atau tolak yang pilihan ibu bapa itu semuanya akan berakhir dengan ketidak kebahagiaan.. atau pilihan mereka itu tidak betul (mungkin ini ayat yang lebih baik). zaman dulu orang kawin dengan pilihan iibu bapa semua berakhir dengan kebahagiaan (kebanyakkannya)
kamu tidak memahami masalah yang aku hadapi... jadi please jangan conclude yang pilihan siapa lebih baik.. aku atau parents aku...

cuba faham perasaan aku... bertahun tunggu untuk disatukan denagn orang yang tersayang.. just a simple mistake from a stupid person semua jadi berantakan..... aku di tengah-tengah.... antara orang yang aku sayang dan dengan ibu bapa aku sendiri... kamu semua tidak akan faham perasaan itu..... 

mungkin ada yang kata, as a anak, kita kene ikut cakap ibu bapa.. but please......... tolong faham keadaan aku........ aku mengaku, aku bukan anak yang baik.. aku mungkin anak yang teruk hanya kerana berkeras untuk hidup dengan orang yang aku sayang... seolah-olah aku pentingkan orang luar dari ibu bapa kandung aku... tapi tolong faham keadaan aku......... 

bukan bermakna aku tak ikut cakap mereka aku tak sayang mereka... aku sayang.... cuma.. please.. hanya aku yang faham keadaan ini.... jika perkahwinan itu tidak berjaya... jika itu ialah pilihan aku, sekurang-kurangnya aku boleh redakan perasaan aku dengan mengatakan "SEKURANG-KURANGNYA AKU KAWIN DENGAN ORANG YANG AKU SAYANG". jika perkahwinan itu tidak berjaya, jika itu ialah pilihan aku apa yang boleh aku katakan ialah " SEKURANG-KURANGNYA AKU IKUT CAKAP MAK BAPAK AKU". kedua-dua akibat ini akan menyebabkan sampai keakhir hayat aku akan dideritai dengan BERBAKUL CACIAN, MAKIAN DAN UMPATAN......


HUMAIRAH

Wednesday, January 15, 2014

pening kepala



macam comel je..
macam cantik je....
macam best je...


pening kepala.... ok, saya adalah pening kepala.. i adalah pening kepala.... i sedih sangat... kadang-kadang i terfikir, yang salah itu adakah i atau pun orang itu....

i bukan nujum yang tahu membaca fikiran orang lain... bagi i kalau u nak A, maka adalah wajib untuk i delivery A itu kepada kamu.. logik tak?? tetapi jika kamu minta A dan kamu expect i akan bagi A+++ kepada kamu, maka itu adalah sesuatu yang......... hurm.. maaf, i tak tau nak decribe macam mana..... sebab, macam yang i katakan tadi.. i bukan nujum or bomoh or psikik  yang boleh baca fikiran kamu wahai manusia.....

jadi i minta tolong la faham keadaan i.... i bukan nujum k....




ok, sebelum ni telah diberi arahan untuk melakukan tugas sebaik mungkin tanpa perlu bertanya dan bertanya... kononnya rimas la, nampak macam tak pandai la.. itu la dan ini la....

but bila time orang lain.... orang tu suka pula... lagi galakkan ada.. tapi bila time i.... hurm.........

Monday, November 11, 2013

aku dan sesuatu





aku merasai sesuatu..
sesuatu yang tidak mempunyai zahir...
hanya bisa dirasai dan difahami oleh sesuatu yang bernama hati...

andai sesuatu ini menjadi dosaku..
andai sesuatu ini menjadi fitnahku...
mengapa perlu hadirkan sesuatu ini kepada ku...

tuhan, aku lemah..
sesuatu ini merencatkan seluruh kehidupanku
sesuatu ini merosakkan seluruh siang dan malam ku..
sesuatu ini merampas ketawa dan tangis ku...

tuhan, pada mu ku serah segala,
pengakhiran yang menyebelahi ku yang amat ku dambakan..
agar aku bisa tenang...
agar aku bisa bangun..
agar aku bisa berjuang..
untuk menikmati mentari esok..

jika akhirnya sesuatu itu bukan untuk aku..
akan aku tunggu..
sehingga ianya sememangnya ditakdirkan untuk ku...
andai ia masih lagi bukan untukku..
akan aku tidurkan diriku....
agar aku bisa tenang....
dari penderitaan yang hebat ini...

Thursday, October 31, 2013

kawan = makan kawan



peranan seorang kawan.


1. pendengar yang baik..

kawan yang baik ialah seorang pendengar yang baik...... x kira berapa banyak masa yang terpaksa dikorbankan untuk mendengar dan mendengar masalah yang kadang-kadang berulang-ulang kali didengar dan berulang kali nasihat yang terpaksa diberikan....

2. penasihat

kawan yang baik ialah seorang penasihat yang baik.... but kene ingat, sebelum korang memberi nasihat kepada kawan korang, haruslah wajib korang menyelami dan meletakkan diri korang ditempat kawan korang supaya nasihat yang diberikan itu sesuai dengan keadaan yang dialami oleh kawan korang itu.. secara tak langsung nasihat itu akan dapat membantu kawan korang yang dalam kesusahan itu....

3. penyimpan rahsia.

kawan yang baik ialah orang yang dapat menyimpan rahsia kawannya... but korang sendiri harus faham tentang limitasi kerahsiaan itu....... maksudnya disini, kalau dalam keadaan yang terpaksa dan memudaratkan, korang boleh lah nak memecahkan rahsia itu kepada pihak lain jika rahsia itu sememangnya memudaratkan rakan korang.. but please make sure, cara penyampaian dan individu yang korang nak cerita tentang rahsia kawan korang tu...... takut lain yang jadi....


bagi mak, 3 perkara diatas ialah benda yang wajib korang as KAWAN buat.... sebab 3 perkara itu lah yang dapat memelihara persahabatan korang sehingga kehujung nyawa gitu.....

sebenarnya ada sebab kenapa i nak highlight tentang cerita peranan seorang kawan ni....

i kenal dengan this girl agak lama dan banyak juga rahsia yang i dah kongsikan dengan dia..... kadang-kadang i rasa cuma saiz bra n spender ja yang dia tak tau, yang lain semua dia tau..... but, tah la.... sesuatu telah terjadi dan itu menyebabkan i terduduk n berfikir jauh, adakah selama ini i telah berkawan dengan orang yang salah atau pun adakah i telah membuat sesuatu kesalahan sehingga membuatkan dia mengkhianati i...... begitu berat masalah yang melanda kerana ianya turut melibatkan keluarga i......

mana taknya, dia telah mengadu tentang semua rahsia peribadi i pada my mom!!!! DAM U GIRL!!! dan disitulah mimpi ngeri i bermula....:

1. i kene marah gila2 dengan both my parent....

2. we all bergaduh teruk and until now we all x bercakap..

3. my parent loss their HOPE, RESPECT, and the most important thing TRUS..... on me...

4. suasana family berubah whereby, rumah dah tak ceria macam dulu....

5. both myparent start tuduh i macam-macam...... DAM...


see, nampak tak betapa banyak natijah yang terjadi pada i??? fine, i x kata i baik, but im trying to be anak yang baik.... salah i bukan besar pun..... i just rapat dengan somebody yang my parent tak suka (my parent x suka but mereka tak da alasan yang munasabah sebab apa mereka tak suka dan disebabkan itu i langgar perintah mereka)..... itu baru sedikit sebab yang i highlight, but yang terjadi sebenarnya lebih banyak dari itu.......

i tak dapat terima sebab dia merupakan orang yang terpecaya dan i anggap dia kenal i.... dan dia tahu i tak kan buat sesuatu yang pelik-pelik... tetapi tindakan yang dia lakukan seolah-olah menunjukkan yang dia amat tidak mengenali i.....

apa yang boleh i katakan sekarang ialah.. terima kasih sebab jadi kawan i.... u are still my friend but only a friend with no trust.......

i hate u.....

Monday, September 9, 2013

kawin sempadan VS kawin malaysia...

assalamualaikum....


kawin sempadan VS kawin malaysia...

ada dua perbezaan untuk kedua kawin diatas walaupun resultnya adalah kawin........ 

kawin sempadan

ko kawin sebab ada masalah yang tak dapat nak diselesaikan dengan cara baik atau pun kau sendiri takut nak hadapi masalah tu.... dek kerana itu ko kawin kat sempadan... kawin kat sempadan senang gilos jika ko ada duit yang mencukupi..... diulang sekali lagi.. duit yang mencukupi........ selain daripada itu, hati yang gilos teger dan nekad juga adalah penting tau... kalau tak takkan korang berani nak pegi sana semata untuk kawin... kawin kat sempadan juga bagus sebab, korang tak perlu bayar hantaran and kenduri yang gila-gila mahal...... jimat kan???? cuma yang tak berapa best ialah korang akan menggunakan WALI HAKIM......... so untuk yang masih ada ayah dan ibu.... terutama ayah, sure mereka akan terasa gila sebab dia wali mutlak korang.....(untuk yang perempuan).


kawin malaysia

ko kawin sebab pilihan ko diterima dan direstui oleh kedua ibu bapa atau pun mereka kalah bila ko dah gila nekad juga nak kawin (mak ayah surrender and reda). kawin kat malaysia ni susah juga sebab procedure dia banyak.. terutama yang duk kat selangor..... selain dari tu, kos kawin di malaysia adalah tinggi.... tinggi sampai ada yang sanggup buat loan just semata nak pastikan hari bahagia itu meriah semeriahnya........ kecuali kalau korang yang jenis islamik, inyalaah korang akan memilih untuk buat ala kadar dan besederhana......... tapi yang best ialah korang guna WALI MUTLAK yakni bapa korang (bagi yang perempuan).. so tiada isu terkecik hati or terasa hati sebab hak wali tidak dinafikan dalam kawin malaysia.



persepsi masyarakat..

masyarakat kita pandang kawin malaysia seakan 'lebih mulia" dari kawen sempadan...... kalau tak caya cuba try tengok, lihat dan dengar bila seorang individu itu terdengar anak si polan binti sipolan or sipulus bin sipulus kawin sempadan.... macam-macam kabar yang tak enak didengar korang akan dengar...... bukan itu sahaja, masyarakat akan seolah-olah menghukum mereka dan keluarga mereka yang kawin sempadan ini dengan kata-kata hinaan seolah-olah kawin sempadan itu macam hina gila... boleh ka macam tu????????


bukan semua orang nak kawin sempadan ok........ kalau diberi pilihan, sudah tentulah kawin malaysia akan menjadi pilihan ramai.. tetapi seperti yang dinyatakan diatas, kadang-kadang ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan ada juga disebabkan mahu lari dari menghadapi masalah menyebapkan ada dikalangan para pasangan terpaksa memilih untuk bernikah di sempadan....


cuba letakkan diri kamu semua yang selalu pandang hina pada orang yang nikah sempadan ini didalam keadaan mereka....... apa yang i nak tegaskan disini ialah jangan la korang nak kondem gila pada mereka - mereka yang terpaksa pergi ke sempadan untuk berkahwin.. kadang-kadang ada sesetengah masalah yang membuatkan para pasangan terpaksa memilih jalan singkat ini..... mana lebih baik.. kawin atau dok berkepit tanpa ada ikatan yang sah???? kalau korang anggap berkepit tanpa ikatan yang sah itu lebih baik dari kawin kat sempada...... masyaallah.... tak tau la i nak kata apa....... bagi i, lebih baik kawin dari tambah dosa yang dah sedia bertambah......


 kadang-kadang i pelik mengaa insan sekeliling yang memilih untuk membuatkan urusan kawin itu menjadi lebih sukar..... hantaran nak ribu riban... nak yang jenis semua hantaran serba berdiri... sampai terduduk bakal pengantin lelaki mendengar permintaan yang bukan-bukan dari individu-individu yang bertanggungjawap menggalakkan nikah sempadan ini....


setiap individu ada hak untuk memilih apa yang mereka mahu dan menolak apa yang mereka tak mahu... kenapa nak paksa orang untuk terima sesuatu yang dia tak suka dan mahu???? cube kalau kau yang kene??? ko suka???? ko nak makan ayam aku bagi hati ayam...... mungkin ko reda.. but lama-lama, sure hati ko akan terdetik untuk mengatakan betapa bencinya ko pada aku sebab aku bagi ko hati ayam bukan ayam.....   melainkan kalau pasangan yang ko pilih tu kaki mabuk, perempuan, joli, disko dan  lain-lain.. tu WAJIB kene reject ok.... but jika yang datnag itu dapat melengkapkan ketidaksempurnaan yang ko ada... ko pun suka dia.... dia pun suka ko.. apa hak orang lain untuk menghalang ko dari kawin dengan dia??? lagi- lagi la jika alasan yang diberikan itu tidak munasabah... eg: "mak tak suka dia sebab dia keja doktor.. bukan pesawah padi..... mak restu kalo ko kawin dengan anak si non yang keja sawah padi tu"........ " abah tak suka ko pilih anak si jemah tu... anak dia tu pakai tudung labuh..... baik ko pilih anak si non tu... dia pakai seksi ooooo...." kadang-kadang, benda ni bukan datang dari kedua ibu bapa, tapi orang selililng macam pak sedara, dan mak sedara koRANG GAK....  gatai sungguh mereka itu yang suka nak mencucuk-cucuk macam la anak mereka yang nak kawin..... sebenarnya, ada baik dan buruk campur tangan mereka ni, tapi kalau dah melebih-lebih.. harus la kene maki kan???? itu hidup kau.. suka hati kau nak kawin dengan sesiapa pun asalkan pasangan yang kau pilih tu baik luar dan dalam..... 


tujuan i pilih dan menulis menganai perkara ini adalah kerana i dah penat lihat keadaan sekeliling yang terlalu mengonkong perjalanan untuk menuju ke gerbang pernikahan itu.... sebab i kesian dengan orang yang nak kawin but dek kerana masalah-masalah sebegini urusan itu menjadi lebih sukar menyebabkan pasangan lebih suka untuk kawin sempadan. kadang disebabkan pilihan yang tak direstui oleh kerana sebab-sebab yang tak munasabah juga menyebabkan ramai yang pilih untuk kawin sempadan....

bagi i, kawin kat siam ke, india ke, bangla ke.. asalkan urusan pernikahan itu dibuat dengan mengikuti landasan syariat yang betul, tak da masalah... lebih baik nikah dari kosong....... korang nak manja-manja pun sennag..... dan kepada indivudu diluar sana... please... rasa cinta itu merupakan satu nikmat.. korang tak berhak untuk memaksa orang lain ikut permintaan korang tanpa sebab yang munasabah.......

 


p/s: just imagine, kalau ko kawin dengan sesorang yang ko rak suka.... rasanya boleh ke ko nak tido sekatil dengan dia???? melainkan kalau ko reda.....


Monday, August 19, 2013

cara hilangkan parut jerawat badan cara Humairah

salam.. sekalian... 


maaf u ols... maklum la.. sejak dua menjak ni mak macam sibuk sikit.... macam-macam benda nak buat.... aduh.. terharu hati mak apabila ada orang tanya macam mana nak hilangkan "PARUT JERAWAT BADAN".... selepas dia membaca entry mak yang ini  cara menangani jerawat badan. terima kasih i ucapkan sebab sudi untuk membaca artikel itu.... baik lah... selepas i berjaya menangani jerawat badan yang i alami, masalah seterusnya adalah untuk menghilangkan parut2 yang huduh dan buruks itu dari kulit santek badan ini.... benda ini penting ok terutama untuk yang suka bebenor pakai baju tak cukup kain, untuk isteri-isteri solehah diluar sana yang suka seksi meksi dan untuk mereka-mereka yang menganggap mereka perlu menghilangkan dan sangat benci untuk melihat parut-parut huduh itu dari badan mereka..

ini adalah cara yang i guna... serius ianya mengambil masa yang agak lama, but alhamdulillah nampak hasilnya dan jerawat badan itu tidak kembali lagi..... dan parut pun kurang dan menghilang....

step 1: mandi bersih-bersih.

mandi bersih2 bermaksud anda perlu memastikan sabun and shampoo yang anda gunakan sudah dibilas bersih dari badan tau... kalo rasa badan tu macam melekit-lekit or berlengas, sila la jirus dan gosok lembut badan itu dengan tapak tangan untuk memastikan segala sisa sabun and shampoo and perapi rambut yang digunakan bersih sebersih-bersihnya.


step 2: lap badan 


sila gunakan towel yang bersih untuk lap badan korang and sila lap dengan perlahan-lahan dengan cara menepuk-nepuk lembut setiap inchi and penjuru badan uolls tau... jangan ko gatal gosok or sental towel tu kat badan macam nak bersihkan bontot periuk pula... look, kulit badan adalah benda yang paling "besar" so why don't korang manjakan dia dengan cara yang berhemah dan berlemah lembut?? 


step 3: Econozine


selepas badan i betul-betul kering means no lembab2, i akan pakai ini for the first layer.. i akan sapu econozine kat sekitar kawasan badan yang terkena jangkitan and kawasan2 yang berdekatan dengannya.. pakai sekadar-kadar ja.. jangan ko mandi econozine sudah.. tetapi harus diingat BADAN PERLU KERING SEKERINGNYA sebelum menyapu econozine ini.


step 4:losyen badan


selepas krim econozine itu meresap dalam badan, second layer, i sapu ini..... i guna yang dalam tin ini sebab dia sangat pekat and bau dia pun lembut.. but kalo korang nak pakai losyen lain, terpulang... badan ko.. bukan aku...... tetapi harus diingta, tolong cari krim yang cepat meresap like yang i pakai ni or els.... malam tu korang akan merasa tak selesa ya amat....... 


step 5:baju tido


selepas losyen badan itu kering and meresap, sila la pakai baju tidur yang di perbuat dari material KAPAS... ini kerana material jenis ini dapat meresap peluh..... kalo isteri-isteri solehah diluar sana agak-agak malam tu malam jumaat, sila la jangan buat tips diatas ini untuk mengelakkan badan korang berlengas... nanti husband marah jangan kata i tak warning ye....

* econozine dan loyen boleh mencair bila korang berpeluh akibat dari... TTEEEEEETTTTTTT... sebab tu i x galakkan korang cuba tips ini melainkan kalo tengah datang bulan..... lagi-lagi benda tu tak meresap sepenuhnya kedalam kulit.



langkah2 diatas adalah benda yang i buat semasa dalam proses pembaikan dang penghilangan parut jerawat di badan i dan alhamdulillah ianya membuahkan hasil walaupun agak mengambil masa yang lama... mungkin ada yang diluar sana mencuba tips ini dan parut tu hilang cepat, but for me, i punya ambil masa sikit....

PANTANG LARANG SELEPAS MENCUBA TIPS YANG I BERIKAN.

amboi ko jah, melampau... ada pantang larang bagai..... pantang larang ini adalah untuk memastikan anda sekalian berasa selesa dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan dan mengurangkan jerawat dan parut jerawat tersebut. sila ikut kalo nak santek tau...



selepas mengikuti tips diatas, adalah DIWAJIBKAN untuk tidur dalam keadaan yang sejuk dan selesa.. senang cerita suhu bilik mestila yang dapat membuatkan korang kurang berpeluh-peluh. ini kerana kalo korang tido dalam keadaan yang panas-panas, dikuatiri korang akan berasa tak selesa dan mengalami gatal-gatal.... jadi unutk mengelakkan perkara tersebut, sila la tidur dalam keadaan suhu bilik yang boleh kurangkan korang berpeluh... i means suhu sesedap rasa....

walaupun i bertudung, tetapi penjagaan benda yang tak nampak ini harus dititik beratkan... just imagine, muka lawa.. suka ja bakal husban tengok, tapi bila dah kawan, mau tak "O MAK KAU BADAN"...... (asben jerit lepas tu koma sebulan penangan parut ko....) dan untuk mengurangkan ayat hinaan dan kejian terhadap diri yang sentiasa hina kejis ini, i ambil inisiatif untuk memastikan diri i santek luar n dalam... walaupun benda tu tersorok and tersimpan rapi....

 

Friday, April 12, 2013

all about insecure....

..............................insecure.................................


insecure....  definisi: tidak selamat, tidak yakin dan tidak terjamin..



todays topic is insecure.. why??? well benda ni dah lama terjadi pada I dan terjadi pada orang lain juga... bila masa kita terasa diri kita expecially perempuan berasa tidak selamat..... tidak terjamin dan yang paling worst bila kita berasa tidak yakin....


bila benda ni terjadi... kita pun mula mengelabah..... mula berfikir untuk membuat sesuatu agar kita berasa lebih secure.... disina adalah beberaa rentetan contoh yang kita selalu buat bila kita besara insucure:

1. nampak kawan korang tercantik lebih dari biasa.

alah...... lawa apanyer kalo bedak tu bertempek2 macam tepung gomak... ala, baju yang dia beli tu murah je..... eeewwww tengok tu, baju tu ada kedut la......... macam buruk je aku tengok... ala biasa2 je.. tak la lawa sangat.... aku lagi lawa kot.... ko meh sini kejap, kaju semua dah ok.. tapi tu kurang... bla.. bla.. bla.. ini kurang.... bala.. bala... lagi elok kalo ko buat... bla.. bla... bala.....


2. nampak kawan korang terkurus selepas sebulan cuti semester..

ewww... ko kurus sangat tak elok la..... ala, makan ubat diet la tu.... 


3. kawan korang terdapat boyfriend yang ensem, kaya, baik gilos tahap gaban..

ala dia tu play girls... boleh la dapat.... ayat manis la tu....  tah apa la yang ada kat dia sampai dia boleh dapat mamat tu.... ala kejap je tu, tak kan la mamat tu nak pilih dia... korang tengok la, tak lama lagi sure clash.... 


4. kawan korang terpandai secara tiba-tiba (dapat high mark dalam semua exam).

ala.. bawak toyol la tu.... ala dia tu....... begi tu.... begini dan begitu.... bla.. bla.. bla....


semua benda di atas adalah antara perkara yang paling hot yang dapat membuat kita berasa insecure dalam masa kurang dari satu saat.... bila dah rasa insure, mula la macam-,-macam benda yang tak best keluar dari mulut kita... dan untuk buat lagi tak best, benda buruk  yang kita cakap tu sure kita akan sampai dan sampai dan terus sampaikan pada orang lain dengan harapan semua orang akan berasa kurang senang denagn individu yang telah membuat kita berasa insucure..

to be honest, yes i do feel insecure bila benda diatas terjadi... dan apa yang i buat ialah dengan muhasabah diri. dulu i selalu berasa insecure sebab i selalu berada dalam kalangan orang yang selalu berasa insecure dan selalu membuat i berasa insecure dengan cara memberi komen-komen yang negatif kepada setiap perubahan yang baik atau pun yang buruk i lakukan... i mengaku tak semua benda yang i buat itu betul but why dont you guys try to give an advise yang membina bukan membenam...sebab komen-komen buruk itu adalah benda yang paling berjaya dalam membuat seseorang itu berasa insecure....

manusia boleh berubah dan jika perubahan itu nampak baik why dont korang accept... ok, 

first: korang nampak kawan korang tercantik dari biasa.
asal korang tak rajin mulut tanya kat mana dia beli make up, mana belajar make up, petua apa yang dorang guna and etc???? kan lagi bagus, dia cantik, ko pun cantik.... 

second: kawan korang terkurus selepas sebulan bercuti
adalah menjadi hak masing2 untuk melanggan segala apa jenis dan macam pil kurus or produk kurus, why dont korang tanya dia produk apa yang dia guna n mungkin korang boleh try.... atau pun, jika kawan korang gila-gila buat senaman, why dont korang tanya apa senaman yang dorang buat, berapa lama and etc.. or if kawan korang just kontrol makan dengan mengamalkan diet sihat, try tanya apa resepi2 yang patut korang cuba untuk mendapat badan yang ramping gilos seperti mereka....


third: kawan korang terdapat boyfriens yang gilos encem kayos and etc.
korang tanya la macam mana cara untuk pikat lelaki yag super sempurna macam boyfriend dia.... tanya la juga kalau-kalau boyfriend dia tu ada anak saudara or adik yang tengah mencari teman, suh la recomen kat korang...... kan senang..... 


fourt: kawan korang tetiba terpandai gilos...
senang je... why dont korang belajar dari dia cara belajar yang betul.... and etc??? ataupun ajak la dia buat study group since dia dah terpandai... senang kan??? sama-sama pandai.....


sebenarnya memang susah nak buat benda-benda baik ni... but why dont korang semua try... i telah diajar dan belajar untuk tidak merasa unsecure..susah sangat... but berbaloi untuk di cuba.... please ignore orang-orang yang boleh mendorong korang berasa insecure... dengan cara ni sahaja korang dapat feel untuk bersyukur dengan setiap apa yang korang ada..

Wednesday, April 3, 2013

tips menangani jerawat badan cara humairah

salam..

hi guys.. today mak nak story mory about something yang agak...... sensetif u olls...... !!! as a perempuan.. benda ni sedikit sebanyak mencacatkan penampilan kita jika korang jenis yang suka pakai baju yang tak cukup kain tu.... dan pada isteri-isteri di rumah sure anda semua berasa malu dan segan bila suami saja2 nak minta krang seksi meksi depan mereka... sebab as i have been mention before benda ini mencacatkan penampilan.. but yang paling tak best ianya menimbulkan ketidakselesaan kepada penghidapnya... to be honest mak pernah terkena penyakit ni.... apa benda ni??? JERAWAT BADAN u olls...... nasib baik la langkah-langkah awal pencegahan menjadi penyelamat.... 


sumber gambar: ikhsan en google.
dibawah ini adalah beberapa cara yabg i buat bila dapat tau i terkena benda ni.,.. and i harap if ada yang apply, benda tu mujarap pada korang...:

1. kerap mandi..
sewaktu i dpat tau yang i dah start nak kene benda ni, i kerap mandi.. if ada peluang dalam sehari mau 5 kali i mandi.... semasa mandi i akan gosok lembut bahagian badan yang ada jerawat tu sebab i tak nak ia jagi lagi teruk.... dan selepas mandi i pastikan i lap badan i kering2 sebelum pakai baju etc. semasa lap badan ni, jangan lap macam korang gosok2 macam nak lap meja tau.. lap sekadar tepuk - tepuk lembut je... yang penting kering tau...

2. sabun anti septik.
i guna dettol... sabun anti septik ni tolong  la cari yang sesuai dengan kulit korang ok.... kalau yang jenis kulit sensitif tu, tolong refer kepada farmacy yang terdekat untuk mendapatkan sabun yang sesuai untuk korang je......

3. pakai bedak
i pakai bedak AGnesia.. tapi pakai sedikit je.. letak kat tempat yang kene jerawat tu.. sebab i tak nak dia berpeluh, peluh juga boleh menyebabkan ianya bertambah teruk tau.....

4.kerap salin baju
tolong jangan guna baju berkali-kali sampai dah berbau asem ok.... well i baru sedar, semasa i kene dulu, i suka pakai baju yang sama dua kali.. mungkin sebab peluh yang ada kat baju tu yang buat i kene jerawat ni...... baju ni termasuk "baju kecil korang" ye.....

5. ubah gaya hidup.
stress... hurm.. why dont korang makan coklat... sedap pun sedap... sebab bila kita stress, hormon dalam badan pun tak stabil.. dek kerana itu jerawat badan pun muncul....

itula benda-benda yang i buat bila i start sedar yang i ada jerawat badan ni.... memang tak selesa... i faham perasaa orang yang rasa and kene penyakit ni.. malu tak usah cakap la... but what to do.. the fact is, i pernah kene benda ni... but alhamdulillah dah baik... sekrang i lebih berhati2 sebab tak nak lagi kene penyakit ni...... so u guys, if u ada terkena benda yang sama... please...... take some action if apa yg i suggest tak menjadi......

Tuesday, April 2, 2013

hadiah besday tahun nie.... 2013

ok... serius i sedih... sebab this was the BEST!!!!!! hadiah ever...... tq friends..... love u guys.......  kata-kata tak kan dapat menggambarkan keseronokkan hadiah yang i dapat... y dont u all lihat semua gambar dibawah.... but before that i nak discuss serba sekit mengenai sesuatu yang bernama kawan..... i'm so happy sebab di kurnia kan kawan-kawan yang baik... susah sama susah.. senang sama senang..  but yang paling best kawan yang i ada adalah terdiri dari mereka yang boleh menerima kekurangan yang ada dalam diri i.... like i have mention before... im not a good person.... but i do struggle to be the best..... and im sorry if im still not the best for u. so u guys.... i hope u can find a friends yang baik... baik interm of yang dapat terima korang seadanya... tak perlu jadi orang lain.... just be your self.... and if mereka boleh terima korang dalam keadaan itu, maknanya... mereka la kawan sejati dunia dan akhirat....


humairah..




 SAMSUNG GALAXY TAB 2 10.1- tq so much.. banyak sangat berguna benda ni..... tq guys..... 


tea....... yes, i love tea.... and usually i love to have tea time with my close friend.. usually during a time we will do a lot of sharing, crying and caring things.... and i love tea time treat during my birthday....



last but not leat... cake.... oh my... i love this cake.... and tq for belanja me this expensive cake for my birthday....

hadiah birthday tahun lepas

semua dibawah adalah gambah ikhsan dari GOOGLE... semua itu adalah hadiah hari jadi tahun lepas.... terima kasih kepada yang memberi... to be honest semua datang dari kawan-kawan.......... dan terima kasih sangat-sangat mak ucapkan....... kerana sudi menghabiskan duit korang semua untuk semua hadiah ini........ ok.. I mengaku I happy..... sebab i sendiri tak pernah ingat hari jadi orang lain... termasuk my own family..... but u guys are rock!! thank you...... semoga persahabatan ini diberkahi sampai bila....

as a human.... im not perfect... and if ido have hurting u guy's... the best words that can i says is I'M SORRY..... My world become shining like a dimonh with a friend like u guys...... Thank you so much.....

to those who are joules with my birthday gift, please ensure start from today, u promiss to ur self that u will find a good friends like what i have.

love, best regard: Humairah..






 flower.. i do love them.... tq dear..... heheheheheh rasa macam princes bila dapat... joget-joget dalam bilik...


ok.. this is it... i love chocolate so much.. tq guys...


 this is not the real cake... tq... kerana menyumbang kepada kegemukan badan i.....

ok... this one is so sweet...... tq...... i love it....... 

everything was new....

ok... PINK???


mak minat ke pink2 bagai ni???? opkos tak!!! tetapi entah kenapa untuk azam tahun baru ini mak berjanji akan menjadi BLOGGER yang baik.. dimana bloger yang baik akan:

  1. selalu menghapdet cerita2 baru yang best... to be honest terlalu banyak cerita baru yang best tetapi dek kekangan masa, i langsung tak dapat nak continue dengan berbloging ni. (padahal keje ko asik tido je memanjang....-HINA)
  2. selalu akan meletak kan gambar exsotik lagi gedik dan mengeletis untuk membuat orang naik menyampah nak buka blog ni (erk..... ni apa kes?) 
ok.. dua ni cukup la kos.. azam baru... tapi nak tambah satu lagi.. heheheh yang ni agak RARE...... aku nak upload video sendiri.... boleh ke??? i mean muka tepung gomak mak nie masuk video???? sure semua bakor skren komputer if mak buat macam tu.... heheheheh...... (ok.. benda ni masih dalam pertimbangan lagi....)



to my dear reader..... salam.... and......................................... (hope lepas ni korang suka baca catatan harian i yang mengarut tapi yang pasti tak mencarut tau...-ye la tu...)

Sunday, December 23, 2012

bercuti AKA melarikan diri..

melarikan diri bukan sesuatu yang baik tau.... tetapi... secara jujur itu lah yang aku lakukan sekarang ini.... melarikan diri dari masalah... sempat juga mengemas baju untuk 4 hari punya perjalanan..... dan lokasi yang ditujui adalah di utara tanah air.....


well, lets me shara something..

tips untuk membeli belah:
belajar bahasa ibunda.
tolong la belajar bahasa ibunda kawasan percutian yang korang ingin pergi kerana ini boleh mengelakkan korang ditipu semasa membeli belah kerana ada kemungkinan peniaga akan melertakkan harga yang mahal2 hanya kerana " DEPA DATNAF DARI K.L", secara ironinya, mereka beranggapan kamu semua dalah orang yang kaya2 so if letak harha melambung tinggi pun untuk sepinggan mee goreng korang still akan cakap "MURAHNYAR", so if korang ada bujet yang ciput2 like me, better dengar dan learnt cara orang2 disitu bertutur, so mereka akan beranggapan anda semua dari kawasan yang sama dan yang paling bagus, harga barang yang dibeli sure boleh tawar kaw2.... (selamat duit).



makanan.
sila belajar dan mengajar tekak2 anda semua untuk mencuba sesuatu yang baru ditempat yang anda tujui... cuba lah makanan2 yang exotik dan pelik yang mungkin korang tak pernah jumpa tetapi hanya ada di tempat itu sahaja.. dengan cara itu, korang semua akan ada moment yang terindah disana kerana korang baharu sahaja mempelajari sesuat5u yang baru.. tetapi jangan over exited ok.. sebab ada kemungkinan besar makanan yang dipilih itu langsung tidak boleh diterima tekak.. so buat pertimbangan yang bernas dan rajin2 la tanya pada tour guide or ornag sekitar tentang makanan apa yang wajib anda rasai jika berkunjung ke tempat itu...



tempat menarik.
jika itu adalah kali pertama anda pergi melawat ke tempat itu, sebelum pergi tolong rajinkan diri untuk godek2 internet dan tanya orang yang pernah pergi tempat itu untuk mengetahui lokasi2 wajib yang patut korang pergi jika berkunjung ke tempat itu... so dengan cara itu, percutian korang bakal diisi dengan perkara2 yang baru dan berfaedah dari korang terpaksa bersesat barat dan duduk dalam bilik mengira bintang... sungguh bosan!!!



cuci mata.
sila ambil peluang untuk bercuti ini untuk mencuci mata anda... dengan menambah koleksi kawan2... atau mungkin koleksi becoming boyfriends or husband... tolong rajinkan mulut yang comel itu untuk tersenyum dan menyapa2 orang... mana tau terkenal dengan anak CEO dari mana2 syarikat..... dapat la korang minta dia rekomen kerja2 bagus pada korang....... sambil menyelam.. haruslah minum air....... tapi nasihat ini hanyalah untuk diguna pakai untuk orang yang masih singgle tau.. yang dah kawin and ada boyfriend tu, jangan mengatal pula.....


fesyen baru
bila time bercuti, korang semua akan keluar dari dimensi kehidupan seharian korang kepada  sati dimensi yang berbeza, sila ambil peluang ini untuk mencuba pakaian yang baru yang diluar dari kebasaan korang pakai ke kelas, office dan sebagainmya....... tapi make sure korang tau apa yang patut korang pakai sebab tak nak lah nanti korang jadi mangsa fesyen....... well, dont worry, time bercuti, sape pun tak kenal korang, so please.. try somethintg new... jangan la flatkan kehidupan korang....... sebab BERCUTI adalah masa untuk korang berehat dan menjadi sdikit "GILA"...