Followers

Friday, February 4, 2011

untuk yang pernah hadir...

wow.. sudah lebih 7 tahun berlalu.. dan terasa bagaikan semalam ianya terjadi... saat aku bersedih demi seseorang yang pernah aku sayang.... kini.... sidia sudah berbahagia.. dan aku juga berbahagia atas kebahagiaannya itu.....
cuma aku agak terasa pelik.... mungkin kerana dia pernah berjabji... bahawa hanya aku.... tiada yang kedua... ya.. ianya salah ku... kerana terlalu sibuk...... terlalu sibuk dengan tugas seharianku sebagai seorang pelajar...... dan aku abaikan dirimu.. walaupun sebegitu tiada curang yang aku lakukan..
masih segar dalam ingatan ku.. saat hati berdetak untuk sesuatu yang tidak elok.. lantak aku bertanyakan hal itu kepada mu.... mulanya kau tidak mengaku.. dan nah.... saat semuanya terbongkar..... kau diam seribu bahasa..... dan saat itu terlerai sudah ikatan suci itu...
saat itu juga kau mengajar aku untuk membenci sesuatu yang bernama kepercayaan... dan sekarang aku tidak percaya lagi pada perasaaan itu.. terima kasih cinta hati ku... kerana mengajar tentang itu kepada ku.......
dan maafkan aku.. untuk satu perasaan sedih.. yang hadir demi menuntut janji mu itu........ maafkan aku.... dan semoga kau berbahagia selalu......

Thursday, February 3, 2011

dari ibu untuk mu anakku..

aku berlapar..
demi untuk kekenyanngan mu...

aku bermiskin...
demi untuk kesenangan mu...

aku dipermalukan...
demi untuk kemasyuran mu....

aku berendah diri..
demi untuk ketinggian dirimu...

aku berpanas...
demi untuk kedinginan mu...

aku berhujan..
demi utuk perlindungan mu...

aku bersedih...
demi untuk kegembiraan mu...

aku berlawan..
demi untuk keselamatan mu....

apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu...
walaupun kadangkala ia kerap disalah ertikan..
walaupun kadangkala ia kerap mengundang satu hinaan..
walaupun kadangkaa ia kerap mengundang satu sindiran....

apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu...
kerna kau keutamaan mu....
kerna kau kesanyangamu......
kerna kau adalah nyawaku.....

apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu..
kerna kau ialah ANAK ku..
dan aku adalah ibu mu....

hanya kerna kau adalah anakku..
rela sekali aku berjuang...
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku menelan segala kepayahan...
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku menerima segala cacian..
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku pertaruhkan nyawa...
hanya kerna kau adalah.... anakku..... permata hati ku... belahan jiwa ku.....