Followers

Wednesday, May 26, 2010

aku...
menyesal????
tertipu?????
keliru??????
bodoh??????
mana satu gelaran yang sesuai untuk diriku kini? adakah semuanya gelaran itu sesuai untuk ku? aku pasti jawapannya "ya"
aku menyesal?
ya.. aku menyesal.. kerana menyimpan satu perasaan yang bukan milik ku.... dan kerana ia aku merana sehingga ke hari ini.......
aku tertipu?
ya... aku tertipu.. dengan semua omongan kosong dan janji kosaong serta lafaz kosong dari seseorang yang hanya pandai memberi cinta tetapi tidak pandai menyemai cinta itu... tertipu dengan kemegahan cinta yang aku agung-agungkan selama ini.... tertipu denagn satu ucapan bodoh dari seseorang... mengapa harus aku tunggu selama ini untuk satu ucapan yang langsung tiada membawa apa-apa makna darinya???? ucapan itu diucap hanya sekadar menyemarakkan perasaan ini agar aku lebih menderita dari sebelumnya...... terlalu banyak benda yang aku lepaskan dalam hidup ini demi dia...... tetapi semuanya hanyalah satu pembohonagn yang nyata dari dia kepada ku....
aku keliru?
ya... aku keliru... dengan kehadiran dia setelah selama ini menghilang dan membiarkan aku merana keseorangan... keliru dengan semua ucapannya... seolah-olah aku memiliki dia tetapi dalm masa yang sama realitinya aku sebenarnya tidak pernah memiliki dia... keliru dengan segala yang diucapkannya.. apa yang kau mahu sebenarnya dari ku??? tidak cukupkah dengan semua penyiksaan yang kau berikan kepada ku selama ini?
aku bodoh?
ya.. aku bodoh...kerana mempercayai segalanya tentang dia selama ini... bodoh kerana terlalu mempercayai semua omongan kosong dan janji-janji mu selama ini........ aku bodoh kerana menolak semuanya kerana terlalu mempertahankan kau..... tapi sayang diakhirnya.... tiada apa yang tinggal untuk ku....
dan dari jauh aku melihat kau berbahagia... seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam lembaran kamus hidupmu.. seolah-olah kehadiran ku dinafikan oleh mu.... engkau tidak pernah merasakan apa yang aku rasa..... selama ini... berseorangan mempertahankan segalanya hanya untuk mu.... yang kau tahu hanyalah tentang penderitaan mu.... aku tidak mahu menceritakan semuanya kepada mu kerana bagiku aku tidak mahu kelihatan seperti ingin menagih simpati dari mu.... andai kau tahu betapa kau menderita selama ini....... mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. menggapai sesuatu yang mustahil.. segalanya aku lakukan hanyalah untuk diri mu.....
namun aku tidak pernah menyesal walaupun jauh disudut hatu ku sesalan itu, kekeliruan itu..., kebodohan itu.... tetap wujud.. kerana janjiku pada mu.. walaupun hanya dapat melihat kau dari jauh... bergembira dan berbahagia.... itu sudah cukup untuk kau membalas segal penderitaan aku selama ini.....

Monday, May 24, 2010

jika mencintai mu satu kesalahan....

jika mencintai mu satu kesalahan..
maafkan aku kerana mempunyai perasaan itu...
jika mencintaimu satu kesalahan...
maafkan aku kerana aku sendiri tidak bisa menidakkan perasaan ini..
jika mencintaimu satu kesalahan...
maafkan aku kerana perasaan ini membuat mu berasa segan, bersalah dan malu kepadaku
jika mencintaimu satu kesalahan
maafkan aku kerana aku sendiri tidak pernah meminta perasaan ini terbit....
jika mencintaimu satu kesalahan...
maafkan aku kerana masih bertahan.....
jika mencintaimu satu kesalahan..
maafkan aku kerana ini jalan yang aku pilih...
jika mencintaimu satu kesalahan..
maafkan aku kerana tidak bisa melepaskannya pergi.......
maafkan kau... aku cuma insan... yang terlalu setia kepada satu perasaan yang pertama kali hadir dalam hidupku.... aku tidak pernah meminta kehadiran mu disisiku.... merampas mu dari insan lain..... kerana bagi ku dengan hanya melihat kau berbahagia.... itu lah balasan yang paling baik dari mu untuk cintaku...

Friday, May 14, 2010

adakah ini balasan.....

aku ini perempuan...
dan aku ingin sekali kau menghormati aku sebagai seorang perempuan...
tak perlu menggunakan bahasa kasar ketika berbicara dengan ku.....
adakah itu balasan dari kelembutan pertanyaan ku.....?
puas aku cuba memuaskan hati mu...
berjuta persembahan aku persembahkan kepada mu...
tapi sayang.. satupun tak kau hargai....
adakah itu balasan dari titik peluhku selama ini?
puas aku cuba yang terbaik...
menjadi boneka paling sempurna...
tetapi semua usaha ku kau perlekahkan.... malah kau caci di khalyak ramai...
adalah itu balasan dari berdiam diri aku selama ini?

Thursday, May 13, 2010

UnTuk SesEorAng......

rela ku menunggu mu.....
seribu tahun lama lagi.....
tapi benarkah hidup...
aku akan selama ini.....
biar berputar....
ke arah selatan....
ku tak putus harapan..
sedia setia......
rela ku mengejarmu....
seribu batu jauh lagi....
tapi benarkah kaki
ku kan tahan selama ini.....
biar membisu burung bersiulan
terlelah gelombang lautan..
kutak putus harapan....
sedia setia.....
adakah engkau tahu........ ini cinta.....
adakah engkau pasti...... ini untuk selama-lamanya....
relaku menunggu mu....
seribu tahun lama lagi.......
tapi benarkah hidup aku...
akan selama ini.....
biar berputar kearah selatan...
kutak putus harapan..
sedia setia.....
jangan putus harapan..... sedia setia.......
ini adalah takdirku.. biarkan aku menjalaninya dengan tenang... jangan rampas ia dari ku kerana hanyalah itu yang menjadi nadi kekuatanku untuk bernafas sehingga ke hari ini........
promis...........

Wednesday, May 12, 2010

saya cuma mahu.......

saya cuma mahu sari yang cantik....
saya cuma mahu bihun yang awak masak...
saya cuma mahu depavali yang meriah...
saya cuma mahu laddu yang sedap.....

Tuesday, May 11, 2010

haraPaN

humairah : salam.. ustad, kenapa allah tak jadikan semua manusia itu sama?


ustad nawawi : untuk kita saling kenal mengenali dan menghargai kelebihannya, memaafkan kekurangannya.


humairah : if apa yang kita nak tapi tak dapat kat dunia, if dapat masuk syurga, allah bagi kan apa yang kita nak tu kan ustad?


ustad nawawi : insyaallah.....

i love you so much..... sepenuh jiwa dan raga

hari yang indah.... penuh dengan suka... sayang... cinta dan kasih..... suatu hari.. waktu dan dan detik yang aku ingin ianya behenti agar aku bisa menikmati keindahan perasaan itu..... aku ingin berlaku jujur disini.. jujur dengan semua yang telah terjadi kerana jika aku tidak meluahkan semuanya sekarang aku takut tiada lagi waktu yang bisa aku gunakan untuk meluahkannya..
sesungguhnya... hari itu... malam itu adalah detik yang amat bermakna buat diriku.. aku dihargai.. ditatang bagai minyak yang penuh... dimanja dan belai lagak persis seorang puteri yang anggun..... segala-galanya adalah milik ku yang mutlak pada hari dan malam itu......
seorang putera telah hadir... memberikan segalanya yang aku impikan dalam hanya tak sampai 24 jam.... bermula dengan pemandangan yang indah ditepi pantai... keduanya mencurah perasaan... membuka segala pekung didada..... tiada noktah.... meluahkan segalanya..... biarpun pipi mula memerah dek kerana malu.......
kebahagiaan detik itu deteruskan dengan makan malam yang indah... bersama hidangan yang enak..... disertakan dengan tempat yang indah... semuanya hanya untuk ku... yang dihadiahkan has untuk diriku dari putera yang ku cintai......
seterusnya kami mengembara ke alam mimpi yang aku ciptakan hanya untuk dirinya...... keindahan lampu-lampu mewarnai malam yang penuh dengan kasih dan sayang itu....... terlalu indah sehingga terlalu sukar aku gambarkan dengan kata-kata......
sepanjang perjalanan aku menagis dek kerana kebahagiaan yang aku kecapi..... terasa ingin sekali aku hentikan masa agar aku dapat bersama dengannya...... setiap detik dan ketika.....
tetapi sayang..... segala yang bermula ada pengakhiranya..... terlalu sedih bila dia menghantar aku pulang dihadapan pintu rumah ku......
sebelum berpisah.. sempat aku berkata kepadanya...
buvan..
malam ini adalah malam yang amat indah bagi saya...
dan semuanya adalah pengalaman yang pertama dalam hidup saya..
awak adalah lelaki pertama dalam hidup saya....
awak adalah insan yang pertama yang mengajar erti kasih dan sayang kepada saya...
awak adalah insan pertama yang membawa saya keluar dari rumah sehingga lewat malam.. awak adalah lelaki pertama yang menghadiakan makan malam yang romantik kepada saya...
awak adalah lelaki pertama yang saya bawa menyelami alam mimpi saya di I.C.T...
segala-galanya yang pertama..........
terima kasih.........
ya.. dia aku sedar dia tidak serupa dengan aku..... dari segala aspek...... dan aku reda.... walaupun sudah lebih tujuh tahun.. aku reda dengan ketentuan ini.. mungkin aku hanya mampu mencintai dirinya tetapi aku tidak mampu untuk memiliki dirinya....
sudah lebih tujuh tahun aku hidup denagn kenangan indah bersamanya.. dan hanya itu alasan mengapa aku terus hidup sehingga kehari ini... segala kejayaan yang aku capai selama ini hanyalah kerana dirinya.... kerana aku ingin buktikan kepada keluarganya yang aku juga boleh berjaya seperti anaknya...
kenangan manis pertemuan selepas 7 tahun itu benar-benar membuatkan aku lega.. kerana sekurang-kurangnya aku melihat senyuman kegembiraan dan kebahagiaan diwajah mu walaupun insan bertuah yang memiliki mu itu bukan aku.....