Followers

Sunday, December 23, 2012

bercuti AKA melarikan diri..

melarikan diri bukan sesuatu yang baik tau.... tetapi... secara jujur itu lah yang aku lakukan sekarang ini.... melarikan diri dari masalah... sempat juga mengemas baju untuk 4 hari punya perjalanan..... dan lokasi yang ditujui adalah di utara tanah air.....


well, lets me shara something..

tips untuk membeli belah:
belajar bahasa ibunda.
tolong la belajar bahasa ibunda kawasan percutian yang korang ingin pergi kerana ini boleh mengelakkan korang ditipu semasa membeli belah kerana ada kemungkinan peniaga akan melertakkan harga yang mahal2 hanya kerana " DEPA DATNAF DARI K.L", secara ironinya, mereka beranggapan kamu semua dalah orang yang kaya2 so if letak harha melambung tinggi pun untuk sepinggan mee goreng korang still akan cakap "MURAHNYAR", so if korang ada bujet yang ciput2 like me, better dengar dan learnt cara orang2 disitu bertutur, so mereka akan beranggapan anda semua dari kawasan yang sama dan yang paling bagus, harga barang yang dibeli sure boleh tawar kaw2.... (selamat duit).



makanan.
sila belajar dan mengajar tekak2 anda semua untuk mencuba sesuatu yang baru ditempat yang anda tujui... cuba lah makanan2 yang exotik dan pelik yang mungkin korang tak pernah jumpa tetapi hanya ada di tempat itu sahaja.. dengan cara itu, korang semua akan ada moment yang terindah disana kerana korang baharu sahaja mempelajari sesuat5u yang baru.. tetapi jangan over exited ok.. sebab ada kemungkinan besar makanan yang dipilih itu langsung tidak boleh diterima tekak.. so buat pertimbangan yang bernas dan rajin2 la tanya pada tour guide or ornag sekitar tentang makanan apa yang wajib anda rasai jika berkunjung ke tempat itu...



tempat menarik.
jika itu adalah kali pertama anda pergi melawat ke tempat itu, sebelum pergi tolong rajinkan diri untuk godek2 internet dan tanya orang yang pernah pergi tempat itu untuk mengetahui lokasi2 wajib yang patut korang pergi jika berkunjung ke tempat itu... so dengan cara itu, percutian korang bakal diisi dengan perkara2 yang baru dan berfaedah dari korang terpaksa bersesat barat dan duduk dalam bilik mengira bintang... sungguh bosan!!!



cuci mata.
sila ambil peluang untuk bercuti ini untuk mencuci mata anda... dengan menambah koleksi kawan2... atau mungkin koleksi becoming boyfriends or husband... tolong rajinkan mulut yang comel itu untuk tersenyum dan menyapa2 orang... mana tau terkenal dengan anak CEO dari mana2 syarikat..... dapat la korang minta dia rekomen kerja2 bagus pada korang....... sambil menyelam.. haruslah minum air....... tapi nasihat ini hanyalah untuk diguna pakai untuk orang yang masih singgle tau.. yang dah kawin and ada boyfriend tu, jangan mengatal pula.....


fesyen baru
bila time bercuti, korang semua akan keluar dari dimensi kehidupan seharian korang kepada  sati dimensi yang berbeza, sila ambil peluang ini untuk mencuba pakaian yang baru yang diluar dari kebasaan korang pakai ke kelas, office dan sebagainmya....... tapi make sure korang tau apa yang patut korang pakai sebab tak nak lah nanti korang jadi mangsa fesyen....... well, dont worry, time bercuti, sape pun tak kenal korang, so please.. try somethintg new... jangan la flatkan kehidupan korang....... sebab BERCUTI adalah masa untuk korang berehat dan menjadi sdikit "GILA"...

Tuesday, October 30, 2012

makanan yang sedap..



















































makanan dan aku memang tak buleh nak dipisahkan.. kerana aku amat mencintai mereka........ makanan adalah sesuatu yang berbau harum... mempunyai kasih sayang... sesuatu yang cantik dan sesuatu yang amat lazat.....













Monday, July 2, 2012

projek 0

buka buku baru...
hurm.. .. masih lagi memikirkan.... tetapi kata kawan ku.. tanpa usaha tiada kejayaan... untuk mencapai sesuatu.. sedikit usaha perlu dilakukan.. untuk aku... masihkan usaha itu relevan???? hurm... perluke aku menjadi seperti orang lain??? sedikit usaha?? hurm.... nampak amat n agak susah untuk ku kerana ini kali pertana untuk aku melakukan sesuatu yang lain... lain daripada yang lain..... agak n amat teruja... aiiiyaaarrkkkk......



kawan2 baru ku ini amat murah dengan pujian... hanya mereka berdua yang tertalu banyak menguluarkan ayat " awak cantik la humairah....." ayat yang agak janggal untuk aku dengar kerana ini pertama kali aku mendengar dan mendapat kata2 itu dari seorang manusia..... terima ksih kawan... dek kerana itu.. kawan2 baru ku ini mahu aku "berusaha sedikit" demi menjaya kan "projek 0"... hurm... teruja... tapi dalam masa yang sama agak takut...


projek ini dinamakan "0" kerana bagi aku hasilnya mungkin seratus peratus signifikan hypotesisnya..... yaitu "negatif hyphothesis".. tapi kawaa2 aku... optimis mengatakan ianya akan berakhir dengan hypothesis yang positif.. baiklah... sama2 la kita menanti perkembangan projek 0 ini ya.....

Thursday, June 14, 2012

today... antara happy and sendu.... antara gelabah gaban and kemarahan..... semua perasaan negatif itu bercampur baur menjadi cendol yang paling sedap untuk dinikmati takkala mengejar date line untuk present literature riview didepan dr nanti.. aiiyaarrkk.... ketakutan apabila mendengar semua itu tetapi apakan daya... semua yang terjadi adalah tanpa permintaan ku....


aku duduk merenung... adakah semua ini terjadi ada hikmah??? ia... memang ada.. cuma agak sukar untuk aku terima semua ini, buat masa ini kerana aku masih lagi ketakutan dengan apa yang terjadi.. aku harap apa yang dirancangkan menjadi seperti yang diinginkan.... kerana aku amat takut untuk masuk kerumah dalam keadaan aku dilabel sebagai penjenayah yang patut diberikan hukuman extra kejam......


memang perkara yang berlaku itu adalah salah ku.. tetapi ianya bukan salah ku... kecuaian manusia lain yang membuatkan kesalahan itu terjadi... dan aku sedia maklum.... tentang ketidakfahaman anda tentang perkara itu.. tetapi apa yang boleh ku buat.... bersabar dan berdoa agar anda sekalian memahami perkara yang terjadi itu bukan salah ku....


maafkan aku....mungkin aku bukan 'peserta pilihan' dalam gerombolan itu... dan ianya merupakan satu ketidakupayazan aku untuk mempertahankan diri....tetapi percayalah aku sentiasa mahu menjadi sebahagian kamu.. walaupun kita berlainan ideologi.......


Sunday, June 10, 2012

khabar gembira....

perkabaran demi perkabaran... ada yang baik... dan ada juga yang sebaliknya.... tetapi aku harap perkabaran ini akan membuatkan hidup kawan baik ku menjadi aman dan damai serta tenteram...... alhamdulillah.. akhirnya tuhan menemukan juga seseorang itu dengan insan yang selayaknya untuk dia...... dan aku harap dan berdoa agar hubungan yang terbina itu akan berakhir dengan PERKAHWINAN... AMIN......... 

tahniah kepada seseorang itu........   ;)




Thursday, June 7, 2012

secebis kenangan.

hari ini terasa agak jiwang... jiwang dan jiwa2 selepas melihat rakan baik ku kepenatan seharian keluar bekerja..... aku rasa sesiapa sahaja yang mendapat dia seharusnya bersyukur kerana dia adalah seorang wanita yang hebat... itu adalah pujian yang datang dari pandangan ku sendiri... sudah banyak kali dan acap kali dugaan menimpa.. tetapi dia tetap sabar dan mampu tersenyum menyembunyikan luka dihati...

adoi... asal pula aku ni??? tetiba entry sesedih pula.... today aku dan dia bercerita tentang dia dan tunang kesayangannya..... kelakar pun ada bila teringatkan semua perkara yang terjadi antara kami bertiga.....


dia mula mengenali tunangnya..

ok.. dia mula mengenali tunangnya saat aku temankan dia untuk menghadiri satu kursus di uitm.. masa tu mereka pakai baju yang sama... nak dijadikan cerita, kawan aku ni tertolak air sehingga air tu tertumpah kat baju tunang dia.. masa tu dah la ramai orang.. malu u all..... kawan aku ni buat selamber derk je.... tunang dia masa tu dah terpingga-pingga sebab baju tetiba basah..... dengan selamber badaknye kawan aku tarik tangan aku dan blah tanpa rasa bersalah...dia just pandang muka tunang dia macam muka tak bersalah n tak tau apa2... sampai kat tempat sunyi... baru la kitraorang ketawa terbahak-bahak mengenangkan peristiwa yang berlaku tadi... sikit pun kitaorang x rasa menyesal.. suka lagi ada.... dah habis gelak-gelak tu, kitaorang masuk balik dalam dewan.. time tengah sedap dengar ceramah.. cam beser dia tertido... and aku tak pasan pula ye la sebab aku pun dok siap sedap tido sebelah dia....


tiba2 dewan jadi sunyi kerana seorang mamat AKA lelaki mengankat tangannya untuk bertanyakan sesuatu.. dan soalan dia pergh amat la berbisa sehingga tersedak2 penceramah itu... dengan sepontan memasing terus kata.. "eh itu bukan ke yang kene simbah tadi??" serentak dengan tu kami ketawa sampai meleleh-leleh air mata memasing...


selepas itu..... sewaktu masa balik... kami bertembung lagi dengan mamat tersebut lantas kedua kami buat2 bodoh babun seperti tidak pernah mengenal mamat tersebut... waktu itu memasing dah kelang kabut dan muka masing2 dah pucat lesi... ye la takut kene sembur..... tiba2 senior kami panggil dan automatik masing2 berhenti sebab takut nanti kene tuduh bebukan sbb tak hormat senior.. baikkan kitaorang.....


"ok, dear.... this is _ _i_ and dia adalah senior kamu berdua.. so be nice to him and regarding your proposal.. if both of you ada masalah.. boleh la tanya pada dia....."


"ok kak Faz"..


"so F_i_, why your baju basah????" tersentap kami mendengar soalan senior itu....


"oh... I tertumpahkan air tadi waktu beratur nak ambil makanan... biasa la orang ramai.. nasib baik ada blazer ni.... well Im _ _i _.. nice to meet both of you...."


"Dear, I dah sent no both of you pada _ _i_, so nanti if ada apa2 contact dia ok..."


"yes mam"



dan sejak dari itu kami mula mengenal kawan baru yang diperkenalkan oleh senior kami... dlam masa persahabatan tersebut..... syukur allah telah membuka hati kedua sahabat ku untuk mencintai antara satu sama lain... alhamdulillah... dan aku adalah orang yang paling bahagia mendengar perkabaran itu..... syukur....


sekarang ini kami menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. alhamdulillah.... semuanya rezeki dari allah..... dan apa yang boleh aku kata kan... semoga berbahagia kedua sahabat ku.... 


berkemungkinan sahabat ku mahu menghabiskan komitmentnya kepada pelajaran terlebih dahulu sebelum emikirkan tentang urusan yang lain.. tetapi dari reaksi dan persiapan yang dibuat.. insyallah majlis akan berlangsung lebih awal dari yang direncanakan.. apa pun yang berlaku... aku doakan kalian berbahagia......

maafkan aku....

ok.... kali ni entry yang agak... pelik... lebih dan amat pelik dari biasa..... sesuatu yang aku benci and jarang untuk aku lakukan..... dan ya.. sekarang ini aku merasa amat bersalah... seriously..... tolong maafkan aku wahai insan.......


aku jarang dan amat benci untuk MENIPU tetapi... ya.. kali ini aku telah menipu kepada seorang insan... ya.. aku menjadi penipu... maafkan aku... aku terpaksa... kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyatakan dengan secara jujur tentang apa yang kau persoalkan.. buka aku tidak mahu berterus terang tentang hal yang sebenar kepadamu.. tetapi.. maafkan aku... aku tidak bermaksud untuk berbuat demikian.. cuma ku terpaksa..... kerana aku tidak mahu pandangan mu akan terus buruk kepada ku... maafkan aku wahai sahabat... seandainya kau tahu... betapa saat ini aku merasa amat bersalah dengan kelakuan ku yang kurang dan amat tidak molek kepada mu... maafkan aku kerana tidak berterus terang tentang hal yang sebenar kepada mu.... maafkan aku.... aku bersalah.... maafkan aku.......



aku memuja mu sejak dari dulu.. tanpa pengetahuan mu dek kerana perbezaan darjat antara kita dan aku tidak sangka kita dipertemukan dalam keadaan yang kau dan aku sama..... tetapi apakan daya.... aku terpaksa untuk melakukan hal itu kerana aku.......... maafkan kan aku.. aku berasa amat dan terlalu bersalah.... maafkan aku..

aku sangat menyayangi mu sahabat... janganlah kau membenciku seandainya kau mengetahui tentang kebenaran hal ini.... maafkan aku........

Tuesday, June 5, 2012

CARILAH KAYA DENGAN NIKAH



Sebagian pemuda begitu khawatir untuk menikah karena khawatir dalam hal rizki. Padahal saat ini ia telah berpenghasilan cukup, sudah bisa ditakar ia dapat menghidupi seorang istri. Namun begitulah, kekhawatiran demi kekhawatiran terus menghantuinya sehingga ia pun mengulur waktu untuk segera menikah. Padahal janji Allah itu pasti, Dia akan mencukupi kita jika kita miskin. Karena kita harus yakin bahwa Allah-lah pemberi rizki setelah kita melakukan usaha.

Ayat yang bisa menjadi renungan adalah firman Allah Ta’ala,

وَأَنكِحُوا اْلأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur: 32).

Di antara tafsiran Surat An Nur ayat 32 di atas adalah: jika kalian itu miskin maka Allah yang akan mencukupi rizki kalian. Boleh jadi Allah mencukupinya dengan memberi sifat qona’ah (selalu merasa cukup) dan boleh jadi pula Allah mengumpulkan dua rizki sekaligus (Lihat An Nukat wal ‘Uyun). Jika miskin saja, Allah akan cukupi rizkinya, bagaimana lagi jika yang bujang sudah berkecukupan dan kaya?

Dari ayat di atas, Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata,

التمسوا الغنى في النكاح

“Carilah kaya (hidup berkecukupan) dengan menikah.” (Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim mengenai tafsir ayat di atas). Lihatlah pemahaman cemerlang dari seorang Ibnu Mas’ud karena yakin akan janji Allah.

Disebutkan pula dalam hadits bahwa Allah akan senantiasa menolong orang yang ingin menjaga kesucian dirinya lewat menikah. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan Allah. Di antaranya,

وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ

“… seorang yang menikah karena ingin menjaga kesuciannya.” (HR. An Nasai no. 3218, At Tirmidzi no. 1655. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan). Ahmad bin Syu’aib Al Khurasani An Nasai membawakan hadits tersebut dalam Bab “Pertolongan Allah bagi orang yang nikah yang ingin menjaga kesucian dirinya”. Jika Allah telah menjanjikan demikian, itu berarti pasti. Maka mengapa mesti ragu?

Patut dipahami ...

Allah memberi rizki tanpa ada kesulitan dan sama sekali tidak terbebani. Ath Thohawi rahimahullah dalam matan kitab aqidahnya berkata, “Allah itu Maha Pemberi Rizki dan sama sekali tidak terbebani.” Seandainya semua makhluk meminta pada Allah, Dia akan memberikan pada mereka dan itu sama sekali tidak akan mengurangi kerajaan-Nya sedikit pun juga. Dalam hadits qudsi disebutkan, Allah Ta’ala berfirman,

يَا عِبَادِى لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِى صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِى فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِى إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ

“Wahai hamba-Ku, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta semua jin dan manusia berdiri di atas bukit untuk memohon kepada-Ku, kemudian masing-masing Aku penuh permintaannya, maka hal itu tidak akan mengurangi kekuasaan yang ada di sisi-Ku, melainkan hanya seperti benang yang menyerap air ketika dimasukkan ke dalam lautan.” (HR. Muslim no. 2577, dari Abu Dzar Al Ghifari). Mengenai hadits ini, Ibnu Rajab rahimahullah berkata, “Hadits ini memotivasi setiap makhluk untuk meminta pada Allah dan meminta segala kebutuhan pada-Nya.” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2: 48)

Dalam hadits dikatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« إِنَّ اللَّهَ قَالَ لِى أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ ». وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَمِينُ اللَّهِ مَلأَى لاَ يَغِيضُهَا سَحَّاءُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْفَقَ مُذْ خَلَقَ السَّمَاءَ وَالأَرْضَ فَإِنَّهُ لَمْ يَغِضْ مَا فِى يَمِينِهِ »

“Allah Ta’ala berfirman padaku, ‘Berinfaklah kamu, niscaya Aku akan berinfak (memberikan ganti) kepadamu.’ Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terpikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang diberikan Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di Tangan Allah tidak pernah berkurang karenanya." (HR. Bukhari no. 4684 dan Muslim no. 993).

Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah berkata, “Allah sungguh Maha Kaya. Allah yang memegang setiap rizki yang tak terhingga, yakni melebihi apa yang diketahui setiap makhluk-Nya.” (Fathul Bari, 13: 395)

Dengan merenungkan hal ini, semoga Allah memberi taufik pada Anda yang masih ragu untuk menikah untuk segera menuju pelaminan. Berusahalah dalam mengais rizki dan tawakkal pada Allah, niscaya akan selalu ada jalan keluar. Barangkali di awal nikah atau ingin beranjak, Anda akan penuh rasa khawatir atau merasa berat dalam hidup. Namun jika Anda yakin terhadap hal di atas, niscaya kekhawatiran akan beralih menjadi percaya dan rizki pun akan datang dengan mudah, asalkan berusaha dan terus bekerja demi menghidupi keluarga. Later on ... Trust in the promise of Allah! Believe and always believe.

Wallahu waliyyut taufiq.

hati.



hati itu buta... dan aku bersetuju dengannya.... yang membuatkan ia bisa melihat adalah melalui mata dan yang membantu ia menimbang sesuatu yang baik atau buruk itu adalah akal fikiran yang celik ilmu.....


Monday, June 4, 2012

dari seorang gadis untuk seorang gadis....



hari ini nak bercrita tentang kawin.... oh.. kawin... macam satu penyakit kenser yang membunuh time senyap sahaja kerana persoalan tentang kawin ini amat sensitif dan boleh menyumbang kepada penderaan emosi yang teruk kepada sesetengah pihak. ye la... semua orang sebaya dia dah selamat beranak pinak but dia masih lagi singgle minggle gitu... nak cari boyfriend apa kan daya the MR. RIGHT masih belum ketemu.. tu belum masuk senarai buaya2 dan babun2 busuk yang perlu ditapis untuk mencari dan memilih seorang insan yang layak bergelar suami... susah kan... tetapi yang menammbahkan kesusahan seorang gadis yang SINGGLE itu ialah masyarakat sekeliling yang tak habis2 nak menjadi PA x bertauliah yang dok hari2 menanyakan kan soalan "BILA KO NAK KAWIN??"  ayat busuk selepas itu harus la "ANAK SI ANU TU KAWIN DAH BERANAK-RANAK DAH.. ANAK DIA TU BAYA KO KAN.... MAJLIS KAWIN DIA... BLA..BLA..BLA.... TU LA KO MEMILIH SANGAT... N BLA..BLA.. BLA...


itu semua adalah ayat2 realiti yang selalu diguna pakai oleh masyarakat bermulut busuk macam longkang yang selalu membuatkan hati sigadis itu bertambah gundah dan gulana saat diri masih lagi belum dipunyai oleh seseorang yang bergelar tunang or suami..... sedih kan...... tapi kadang2 aku nak juga tanya -pada simulut longkang2 itu... korang pernah tak rasa duduk dalam situasi gadis tersebut??? pernah tak korag tanya mengapa or sebab musahabab yang menyebabkan dia masih lagi keseorangan walhal anak ornag lain sebaya dia dah selamat mengeluarkan anak2 yang comel....


sebagai seorang wanita... ye kami tidak mahu mendengar ucapan sayang.. rindu n lain2 setiap hari kerana semua ucapan itu hanya boleh membuatkn hati kami gembira.. tetapi ucapan yang membuatkan kami terasa bahagia ialah " AKU TERIMA NIKAHNYA.. BLA..BLA..BLA"  tapi yang menjadi masalahnya ialah... siapakah orang yang akan mengucapkan AYAT KERAMAT ini dan adakah insan yang mengucapkan ayat itu benar2 layak untuk memiliki hati kami yang senipis kaca ini??????? to be honest, melalui pengalaman aku sendiri.... adalah teramat susah untuk mencari insan yang bernar2 berkualiti untuk dijadikan suami.. yang ada hanyalah hampas2 masyarakat yang hanya tahu untuk menjadi biawak hidup selepas kawin nanti.....


kadang2.. dek kerana mulut2 longkang orang sekeliling... ramai para gadis yang tak bersalah teraniaya kerana terpaksa memilih untuk hidup bersama biawak2 dan babun2 busuk dek kerana tidak sanggup lagi untuk mendengar leteran mulut2 longkang yang selalu bertanyakan dan adakala menyumpah mereka dek kerana mereka tak kawin walaupun umur dah lanjut.... yang paling tak seronok ada juga gadis yang terpaksa menurunkan harga dirinya demi babun2 busuk dan biawak2 hanya untuk memastikan diri mereka bebas dari sinsiran dan kat2 busuk dari masyarakat sekeliling terutama makcik2 kepochi.....


wahai masyarakat... sepatutnya korang membantu mereka ini dengan memberi semangat untuk tabah menghadapi hidup dan membentuk keyakinan mereka bahawasanya jodoh itu jika tiada didunia insyallah diakhirat bakal ketemu...... janji ALLAH SWT itu pasti..... cuma tolong lah wahai masyarakat.... jangan terlalu mendesak kerana sikap korang ini selalunya membuatkan seorang manusia itu akan mengucapkan " AKU MENYESAL KAWIN DENGAN SIPOLAN BIN SIPOLAN and bla..bla.. bla...." disaat itu hanya PENCERAIAN sahaja yang jadi jalan penyelesaian....

tapi masalahnya, masalah tak akan terhenti disitu.... bila dah bercerai, makin galakla mulut2 makcik kepochi longkang itu akan mengata.. almaklumlah.. sigadis terbabit dah bergelar janda... so faham2 la tentang pandangan busuk masyarakat terhadap mereka.... serba serbi pasti jadi perhatian... jangan la cuba salah sikit, pasti sampai berkampung2 kampung tau tentang kau sekeluarga wahai sigadis yang begelar janda....


jadi disini, sampai bilakah kemelut ini akan selesai?????? tepuk dada tanya iman...... wahai masyarakat, tolong la jadi insan yang prihatin.. bukan insan yang selalu nak jadi kepochi... kerana, sikap busuk longkang anda bakal memusnahkan hidup seorang gadis yang tak berdosa.. fikir2kan lah.. mungkin anda sudah bekerluarga dan berbahagia.. fikirkanlah tentang mereka AKA si gadis yang masih lagi bersendirian dan kesunyian.......... mengharungi hidup tanpa insan tersayang disisi....





p/s: ada sebab mengapa aku menulis tentang perkara ini... aku kasihan dengan seorang perempuan yang mengganggu hidup orang lain hanya kerana dirinya sudah lanjut usia...

Sunday, April 15, 2012

matang


aku sayang watak ini..... dan tak salah jika aku katakan aku masih lagi kurang matang..... dari segi segalanya kerana aku merasakan yang dunia adalah sebuah taman permainan yang besar bagi ku...... walaupun sekarang ini aku baru sahaja menamatkan pengajian dalam MASTER dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.. tetapi semua itu tak menjamin kematangan aku dalam menangani hal2 didunia ini..... kerana seperti yang aku katakan tadi.. dunia adalah tempat untuk aku bermain2........ aiiiyyyyaaakk....... (bila kau nak matang ni???)


EmaIL....... ku yang pelik


hari ini.. aku meluangkan masa untuk membaca kembali email2 lama didalam mailbox en. yahoo aku.... hurm... sedar x sedar dah bertahun-tahun aku menggunakan yahoo ini tanpa menukarkannya kepada yang lain walaupun ada yang kata alamat email aku ni tak sesuai untuk urusan profesional... tapi apa pun yang mereka kata tentang alamat email aku.. satu pun tak masuk dalam kepala otak aku utuk diambil tindakan lanjut... bukan apa.. dah bertahun aku guna mail ini.. tak pernah langsung terasa macam nak tukarnya kepada yang lain...... sebenarnya jawapan yang paling syok ialah..... AKU MALAS..... senang.. habis cerita....




bila baca email2 lama tu... dan conversation2 lama antara aku dengan orang sekeliling... terasa agak lawak dan bodoh juga aku ketika itu... betapa aku sangat kurang dari segi aspek kematangan sebagai seorang mahasiswi....... terlalu keanak-anakan... penuh dengan gurauan.. dan permainan yang aku ciptakan untuk orang2 sekeliling aku... sewaktu itu... hidup terasa bagai satu taman permainan untuk ku......


email ini sudah lama... dan ianya menyimpan seribu satu macam cerita.... sebenarnya email ini bukan milikku seorang.. tetapi ianya milik lima sekawan... dan kerana itu.. banyak SALAH FAHAM terjadi dek kerana kami berkongsi email yang sama..... dan natijahnya.. masing2 akan terkeliru dan dianggap sebagai seorang PESALAH kerana maklumat yang bercampur baur antara kami..... kerana yang menjadikan masalah ini bertambah teruk ialah..... kehidupan seharian kami antara satu sama lain mempunyai kaitan..... dan dek kerana itu.. banyak salah faham yang terjadi...... seingat aku... apabila msing2 dah mula celik internet... dan masing2 sibuk membawa haluan masingg2... kami sepakat untuk berpecah dari menggunakan email ini..... dan aku selaku orang yang paling malas... bersetuju untuk mengambil email ini secara TOTAL dari kawan2 aku........



walaupun dah bertahu-tahun berlalu.. tetapi aku masih rindukan sahabat2 aku yang lain...... tah apa kabar mereka sekarang..... tapi walau apa pun yang jadi.. aku harap mereka juga masih dan sama seperti aku.... menghargai detik2 indah sewaktu kami bersama...... to all my friends... thanks for everything.....

Friday, February 24, 2012

SHOPPING HANTARAN!!!!

alhamdulillah.... terima kasih yaallah.... sahabat karib ku insyallah akan melangsungkan perkahwinannya dengan insan yang dicintai.... alhamdulillah..... apa yang membahagiakan ialah kau seorang sahabat yang betul-betul dekat dengan hatiku.....jiwaku.. dan sanubariku.... kita mempunya kesukaan yang serupa.... segala-galanya hampir serupa....

ok..fine.. ayat atas cam jiwang pula... tak nak proceed lah!.. ok.. sekarang ni aku amat berbahagia sebab kawan baik aku akan kawin tak lama lagi and insyallah minggu depan kitaorang akan survey untuk barangan hantaran.. walaupun tarikh masih tak conform lagi but orang selalu kata persediaan awal tu kan bagus... ok... sekarang ni yang terlebih and melebih bukan kawan aku (si pengantin) tapi AKU.. ok aku ulang sekali lagi... AKU yang melebih lebih.. bukan apa.. aku excited sampai tak ingat dunia duh..... sebab dia ni adalah kawan rapat aku yang paling terapat and paling aku sayang..(eleh... sure ko suke bila baca ni).... aku saynag dia sebab boleh kata kan kami ni satu kepala...


banyak benda gila2 yang kami lakukan bersama but yang membezakan aku dengan dia.. dia ni RILEKS sangat..... tapi aku tak serileks dia.... dalam banyak-banyak hal yang kami kongsi.. ada satu benda yang aku memang tak boleh blah.... kitaorang suka kongsi nama and gunakan nama gelaran.... and orang yang paling kesian sebab kes kongsi nama ni ialah seorang pekerja yang sedang bekerja ditempat kawan baik aku punya tunang... budak ni baru pas SPM n agak blur sikit... tapi dia and kawan aku tu boleh kata rapat juga and disebabkan itu aku tak sampai hati nak usik adik manis sorang tu..(hehehehehe--->kesian ko dik... sabor jela). selalu juga adik manis tu kene bahan dengan kitaorang.... saja menyakat.... hehehehehehe..... kesian dia... tapi what eva pun sehari ko tak de dik...(time kitaorang serang "KUBU UTAMA") terasa kosong pula jiwa raga ni sebab tak de orang nak di jadikan bahan untuk disakat... hahahahahahahahahhaha...


well insyalaah minggu depan aku nak seret kawan baik aku untuk pergi usha2 hantaran.. walaupun lambat lagi ko kawin tapi aku tak kira.. aku nak juga cari barang hantaran ko cepat2.. so to EN. -A-z..... tolong la sediakan duit seguni beras eh.. aku nak shoping gegila untuk kawan baik aku ni.. ko tak bagi... gggrrrrrr... siap!!!!!! aku bakor keta kesayangan ko... aku pecahkan cawan kesayangan ko (cawan yang isteri eh silap bakal isteri ko bagi).....hehehehehe...


to kawan kesayang aku.... tahniah.. dan semoga kau berbahagia selalu.... aku sayang ko duh....


p/s: kek.... if ko baca... nanti kita kuar dengan kemba aku sekali tau.. ustazah tu sibuk merungut bosan duk rumah....




Wednesday, February 8, 2012


subhanallah...... terasa amat sedih...... aku hanya ingin dimengerti.. apa yang aku lakukan itu hanyalah unutk mu... mengapa kau tidak pernah melihat setiap pengorbanan yang aku lakukan?? tetapi hanya melihat kesilapan yang aku lakukan....


Wednesday, January 25, 2012

kecewa.

separuh nyawa ku pergi..... pergi meninggalkan ku dek kerana sikap kejahilan dan kebodohan satu pihak yang amat mementingkan diri.... kadang kadang aku terfikir, siapa kau untuk mengatakan bahawa kau amat memahami aku sedangkan tiada satu apa pun perkara tentang ku yang kau tahu... kau hanya mementingkan tentang orang lain dan bukannya aku.....


secara jujurnya, aku tidak mengenali kau dan hubungan yang terjalin hanya lebih kepada hubungan DUIT... ini bermakna kau tidak bermakna apa-apa kepada ku dan aku juga tidak bermakna apa apa kepada kau. kau itu hanya insan yang tahu menerbitkan tanggungjawap tetapi kau tidak pernah menggalas tanggungjawap yang engkau terbitkan. kau hanya tahu mempersoalkan kesusahan untuk menyempurnakan tanggungjawap itu sedangkan tanggungjawap itu tidak pernah meminta untuk diterbitkan.. ia nya hadir diatas kemahuan kau... dan sekarang engkau mengeluh dan terus mengeluh...


bukan itu sahaja.. selepas kau abaikan bertahun tahun.. bila tiba satu detik yang bahagia.. sekelip mata engkau hancurkan... dengan alasan yang amat bodoh yang lebih untuk memuaskan nafsu serakah mu.... tiba tiba sahaja kau mengaku yang kau memahami segalanya dan segalanya seolah olah bergantung kepada kau.


siapa kau juga untuk menentukan pintu kebahagiaan manakah yang patut aku masuk??? kau itu siapa?? kau bercakap dengan menggunakan bahasa islam.. tetapi sejauh manakah keimanan kau jika kau hanya pandai berpura pura....?? menipu dan terus menipu.... setiap hari setiap saaat seakan akan menyesak dalam batin ku supaya segera keluar dari kepompomg ciptaan neraka mu... aku benci kau... kerana kebodohan yang engkau lakukan.. yang telah menutup satu titik bahagia yang baharu sahaja ingin aku rasai....


sekarang masa untuk membalas dendam itu semakin hampir..... pada saat itu, kau akan tahu.... betapa hancurnya hatiku diatas tindakan busuk mu itu........ siang dan malam aku meratap.. titik kebahagiaan ku hilang... dengan sekelip mata kerana kau...... suatu hari nanti kau juga akan merasa kekecewaan yang sama aku rasai.. dan pada ketika itu baharu kau tahu... tentang erti tanggungjawap sebenar dalam hidup.

Tuesday, January 17, 2012

fakta tentang INCHIK bos. ;p

berbau wangi..


perut memboroi adalah wajib


pipi gemoks juga adalah wajib..




fakta mengenai inchik bos:

-lemah lembut

ok.. inchik bos aku memang lemah lembut.. manja sih.,... macam budak2 yang harus dimanja2... tapi kadang2 aku rasa segan pula sebab dia selalu tegur.. "awak ni perempuan... cuba lemah lembut sikit".. ayoo.....

-jarang marah.. tapi bila marah kalah rimau kebulor you!

ini adalah falta yang tak boleh disangkal... dia sangat jarang marah... tetapi bila marah... aku sure menyorok bawah meja office... and bila aku tau aku buat silap yang sure buat dia marah.. time aku duduk depan dia.. belum sempat dia buka mulut aku dah melalak melolong..lolong dah.....

-suka mengata.. tapi mengata depan2.. cth:awak bertambah gemok...

inchik bos ni.. mulut dia memang tak de lesen.. sesuka hati sesedap rasa je mengata aku depan2.. memula memang aku tention but lama2 aku sedar, kadang2 betul juga apa yang dia kata... mungkin selama ini aku yang buta or tak sedar.. but .... hurm.. to complicated to comment.....




tapi apa yang dapat disimpulkan... dia seorang yang baik sebab aku ada peluang untuk berkongsi macam2 benda dengan dia dan aku amat selesa untuk bercakap dengan dia..... kadang aku rasa dia adalah antara kawan terbaik yang aku ada sebab aku tak perlu fikir tentang apa pendapat oarng lain tentang aku..... aku dan dia mempunyai banyak persamaan dan perbezaan.. tetapi apa yang membuatkan kami rapat adalah bukan kerana PERSAMAAN yang kami ada tetapi lebih kepada PERBEZAAN yang kami ada.. kerana PERBEZAAN itu membuatkan kami MELENGKAPI antara satu sama lain....

dia tetap bos aku dan aku tetap pekerja dia... cuma yang istimewa adalah jurang yang kami ada dan jurang itu membuatkan kami menjadi kawan baik yang selalu bercakaran..... marah memarahi... dan buli membuli antara satu sama lain....

makan with inchik bos....


shushi.. oh sushi... makanan ini amat aku gemari... selalu suka makan dengan inchik BOS terchenta sebab selalu dia yang akan kuar duit utk belanja aku makan.. aku kan pekerja yang baik dan berhemah.. sebab tu dia suka belanja aku makan benda ni.. tapi semua orang tau yang aku ni sgt cinta dengan makanan so korang boleh tau la sape yang akan makan paling banyak... huhuhu......... sebenarnya... inchik bos aku suka makan benda ni tapi dia x seronok sebab tak de orang yang suka makan benda ni kat office kecuali aku yang sememangnya amat cinta dengan sushi ini..... nyum..nyum...



takoyaki.. hurm makanan ni pun diperkenalkan oleh inchik bos aku juga.. hurm.. inchik bos memang suka makan makanan jepun.. so secara tak langsung aku pun belajar menjadi "tekak jepun" tapi kalo tekak je jepun muka tak jepun pun KO juga.......


soba.. oh soba... kau mencuri hati ku... ok korang semua.. benda ni serius sedap.... tolong la cuba..... pertama kali aku makan.. memang aku dah jatuh cinta gila dengan makanan ni.... kepada kawan ku salasiah.. tolong la bawa en am@l hang untuk cuba makanan ini.. oh teramat lah sedap... masa ni ikutkan hati mau 3 mangkuk aku sebat.. tetapi memandangkan inchik bos aku yang cubby tu pun makan semangkuk.. tak kan aku nak lawan toke.. kang if dia kata "today u belanja eh" mampus aku.. dah la duit time tu tinggal 5 hengget... ayooooooooo




Sunday, January 1, 2012