Followers

Wednesday, March 25, 2009

KETAKUTAN YANG MELAMPAU.

salam..

hari ini adalah hari yang paling menakutkan bagi saya.. bayangkan sewaktuu kelas personal development, saya baru tahu dari rakan sekelas bahawa P.M kamel ingin memilih secara randomly group untuk present website....

"WhAT??????"
itu jer yang terkeluar dari hati, otak dan bla..bla....bla...
mahu tidak mahu, terpaksa saya dan eida ponteng kelas p.d hanya kerana untuk menyiapkan report yang tersalah buat.... bayangkan...... berlari berkejaran kebilik... ambil laptop... tukar baju (nasib baik ada baju kurung pink) .... huuhhhh.. penatnya..... NAMPAK NYA tak dapat la saya nak bergaya salan dengan baju UpIn n IpiN yang saya beli pada hari isnin..AWAAAAAAAWWAAA sedihnya...
SAMPAI KLAS, SAYA LIHAT P.M SUDAH ADA... BERIYA-IYA SAYA MENERANGKAN KEDUDUKAN KAMI....
MACAM LELEBIH JER..... SAYA MERAYU SUPAYA PM IKUT ANGKA GILIRAN YANG DITETAPKAN TAPI PM NAMPAKNYA STILL PICK RANDOMLY....
tergaman... terkelu... n segalanya..... bercampur aduk...... macam nak pengsan pun ada
tapi alhamdulillah akhirnya.. P.M bersetuju juga untuk mengikut angka gtiliran yang ditetapkan kami.. syukur yaallah.. terima ksaih p.m

Sunday, March 22, 2009

JaNji

saya sangat berpegang pada janji... selagi saya boleh menyimpan rahsia kamu.. saya akan simpan walaupun hati ini terguris dengan sikap kamu..



saya pelik kenapa kamu berubah.. sedangkan saya tahu kamu adalah seorang kawan yang baik.... apa yang membuatkan kamu berubah wahai kawan?

SATU PENERIMAAN.. BUKAN SATU HUKUMAN.

asigment yang banyak.. membuatkan kepala saya terasa sangat berasap dan ingin pecah... terlalu kusut saya pada waktu ini.... nak stady untuk presentation... test dan lain-lain... saya berdoa agar semua ini dipermudahkan... saya terlalu penat.. sampai terasa ingin lari.. lari dari U... dulu semua orang kata kos marketing ni untuk orang yang tak pandai la, ape la... sampai kan saya terasa, "betul ke pilihan yag aku buat ni?". tapi sekarang.. dengan asigment yang berlambak-lambak.. terasa macam nak menangis ja.... kerana saya mendapat tahu, kos-kos lain tidak mempunyai terlalu banyak asigment seperti kami....
sebenarnya bukan ini yang sayahendak ceritakan...
saya terasa terlalu sedih dengan apa yang berlaku.. dalam hidup saya pada hari ini.. terlalu sukar untuk mencari seorang kawan yang benar-benar kawan.. seorang kawan yang memahami dan menyayangi diri ini... seorang kawan yang saya boleh percaya.. yang boleh saya kongsi segalanya..... terlalu sukar untuk mencari seorang kawan seperti itu.. kadang-kadang saya sendiri keliru, apa sebenarnya yang saya perlukan untuk mencari seorang kawan yang baik?? kadang-kadang hidup bermuka-muka dengan seorang kawan sungguh-sungguh membuatkan saya tidak selesa.. saya cuma harapkan satu penerimaan... bukan satu hukuman... kenapa terlalu sukar untuk mereka memahami diri ini? bukan bertujuan untuk menjadi dan mencari yang terbaik... tetapi cukup jika ada semuanya...... walaupun sedikit....
terlalu banyak yang saya pendamkan dari kawan-kawan saya... terlalu banyak yang saya rahsiakan.. dan ini membuatkan saya berasa agak canggung bila bersama mereka.....
sebagai satu contoh.... ada seorang kawan bertanyakan resepi kek dari saya... dan saya terangkan kepada dia.. "maaf.. bukan tidak mahu beri.. tetapi mama kita sudah pesan jangan beri resepi itu kepada orang lain'... saya beranggapan bahawa dia akan faham.... tetapi sayang... ada orang lain menyapaikan pada saya bahawa kawan saya itu mengadu kepadanya yang saya ini kedekut resepi.... wahai kawan.. tidakkah kau tahu hati ku ini sakit akibat perbuatan mu? jika tidak berpuas hati, sila call mama saya dan marah pada dia.... mama saya mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak mahu memberikan resepi itu kepada orang lain....
ini kerana....
pada suatu hari, seorang kawan mama bertanyakan resepi kek yang sama pada mama... mama dengan jujur telah memberikan semua langkah yang ada kepada rakannya.. tetapi sayang, kek yang kawan mama buat tidak menjadi walaupun sudah membuat mengikut resepi yang diajar.. natijahnya..... mereka bertegang urat....
mama tidak mahu perkara yang sama terjadi pada saya... salah kah saya mengikut saranan mama saya???
saya tidak faham mengapa begitu sukar untuk dia menerima alasan itu... dia juga pandai memasak.. tentu dia akan faham...
hanya kerana satu resepi nama saya buruk... hai.. ini la hidup...... hehehe
itu bukan lagi masuk hal2 yang lain... hal yang saya pendam kan... saya cuma harapkan satu pengetian... bukan satu hukuman... tolong la faham wahai kawan...
saya menulis entry kali ini bukan kerana untuk mengatakan siapa yang salah or siapa yang benar.. cuma harap kawan-kawan diluar faham tentang keadaan saya... bukan tidak mahu beri, tapi sudah diamanahkan mama... TOLONG JANGAN DENGAN DARI SEBELAH PIHAK... JIKA ANDA TIDAK BER[UAS HATI, TOLONG DATANG JUMPA SECARA FACE TO FACE...
WALAUPUN PADA MULANYA SAYA MARAH.. TETAPI APABILA DIFIKIR-FIKIRKAN.. LEBIHBAIK SAYA LUPAKAN.. SEMOGA DIA BERBAHAGIA DENGA APA YANG DIA BUAT...

Thursday, March 19, 2009

AURAT WANITA

AURAT WANITA

Bulu kening
.Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)". Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki (tumit kaki).
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur:31. menampakkan kaki menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban

Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31 An-Nur : 31

Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu " bersolek ( make-up ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari

Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi

Mulut (suara)
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah

Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur:31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah

Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad,Abu Daud,An Nasaii dan Ibn Majah" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

Berpakaian tipis / jarang Berpakaian ketat / membentuk Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim
Diri" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya,segala makhluk,burung yang terbang,ikan dilaut,malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

(TERIMA KASIH UNTUK YANG MENYUMBANG ARTIKEL INI)

10 ALASAN BERNAS BOLEH BUKA TUDUNG.



Mereka jahil tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, “Maaf, kami tak tau pun?” Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau?


Alasan ke-2, “menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah”. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm… tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?

Mereka kata lagi, “orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya”. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer… Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik disisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?

Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, “belum sampai serulah nak tutup aurat”. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer… Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu telebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, “hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan… maka bertaubatlah…” ada ker? Ada ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, “hidayah belum sampai”. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?

Then, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang “up to date” dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda… adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei… anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak? Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! & ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.

Alasan TERUK seterusnya, “Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?” Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.

Then lagi “Apa baiknya menutup aurat ni?” Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?

Lagi alasan yang TERUK “ramai para menteri dan isteri-isteri menteri tak tutup aurat pun”. Emmm, kenapa anda nak tengok yang tak betul, kenapa tak nak tengok yang betul? Kenapa anda tak kaji, atau Tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke para menteri tu orang yang betul-betul berpengetahuan bab agama? Sedangkan rasuah dikalangan menteri pun berterabur. Makan duit rakyat ikut suka hati jer, anda nak jadikan mereka contoh? Anda nak ikut cara menteri ke nak ikut cara Nabi?

Mereka juga mungkin boleh kata begini, “Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?”Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?

Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, “Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk?” “Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!” Kalau dah sampai tahap ni… memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka… itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan… Dan Fikir-fikirkanlah Kenyataan Di Atas…
Renungan: “Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, Tudung dan
DARI SEORANG KAWAN UNTUK SEORANG KAWAN.. (TERIMA KASIH PADA YANG MENYUMBANG ARTIKEL INI)

macam mana nak buat?

macam mana nak buat....
tapi harus dibuat..
demi satu tanggungjawab....

seperti sukar...

dan memang sukar.....
bukan keran berat tugas..
tetapi kerana sakit hati yang mendalam...

macam mana nak buat..
tapi harus dibuat..
mahu tak mahu kene harus mengadap...

seperti sukar...
dan memang sukar...
yang dihadap...
bukan yang disukai....

Wednesday, March 18, 2009

DiAri SeorAng LelAki

Saya suka sgt tengok jari-jemari awek saya... cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang... bukan takut patah tau... tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa... saya suka tengok rambut awek saya... cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia tudung... hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau... . tapi, sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2... takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever... saya suka tgk body awek saya... solid betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die 'dating' dgn Kekasih die Yang Utama, dia jaaauh lg cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pergh, syoknye... saya sedih sgt bile tengok awek saya tak tido, tak makan, sbb rindu kat saya... saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?... saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... semoga lebih cintakanNya drpd saya... saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati... bla bla bla bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai... berdosanye saya... . kesimpulannya saya memang sayang sgt kat dia.. nak jumper die, bersama dia, giler forever.. yang ever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2.. kekal bahagia, selamanya... semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah, ampunkanlah kami... . semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti... Amin...

HaNya KeRanA........ (@_@!)

harap sangat...
agar seseorang itu faham...
betapa aku amat menyayangi dirinya...
tetapi apa kan daya..
kerana sikap...
semuanya hancur....

bukan salah dia atau diriku...
tetapi kerana sikap yang sukar untuk diubah....

satu perubahan memang senang untuk dikata..
tetapi terlalu sukar untuk dilakukan.....

maafkan kau wahi sahabat kerana tegar membuatkan mu sedih.....
aku memerlukan satu pengetian bukan satu penghukuman...

Monday, March 16, 2009

(T_T !) .........

seseorang yang ku sayang...
amat ku sayang...
sehingga terlupa yang maha esa...

seseorang yang kusayang...
amat ku sayang..
amat menyayangi diri ini juga...

seseorang yang ku sayang...
amat kusayang..
tidak mahu menggadai sayang ini demi satu pembohongan...

seseorang yang ku sayang..
amat ku sayang..
tidak tahu apa penerimaan ku selepas semua kebenaran terbongkar..

seseorang yang ku sayang..
amat kusayang...
masih aku terfikir-fikir adakah penerimaan semula satu langgkah yang wajar..

seseorang yang ku sayang..
amat ku sayang..
masih daku berdolah dalik dengan perasaan sendiri..

seseorang yang ku sayang..
amat ku sayang..
daku memohon ampun jika keputusan yang diambil bakal..
menghancurkan impian yang dibina..
menghancurkan satu pengharapan...
memusnahkan sayang yang lama terbina...
mematikan jiwa yang tersayang....

jika ia satu penerimaan..
berjanjilah akan melupakan yang dahulu..
berjanji membina jiwa yang mati..
berjanji menghangatkan cinta yang suram..
berjanji tidak akan mengulangi...
berjanji akan melupakan..
berjanji akan membina yang baharu...

seseorang yang ku sayang.. amat ku sayang...

My lOvE..... T_T

hari ni.. ahad.. pukul 5 petang nanti dah kene bersedia untuk balik ke segamat.. terasa amat sedih dan sayu daat mama mencium pipi dan dahi.. masih terasa hangat tangan mama membelai pipi ini... sengaja saya tidak membenarkan mama menemani saya di stesen bas kerana saya tahu jika mama berbuat demikian ia hanya akan menambah kesedihan dihati ini.



sewaktu sedang menunggu bas di klang sentral, saya melihat beberapa ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka. terasa sayu saat melihat perpisahan mereka. saya berfikir, entah bila lama lagi saya dapat menikmati ksih sayang ibu saya... merasa kehangatan kasih sayangnya. walaupun saya buka anak yang sempurna, saya selalu ingin memberikan yang terbaik untuk ibu. saya tahu betapa dia penat membesarkan saya. saya sendiri bukan anak yang sempurna untuk ibu saya...



hati ini sering berasa sedih jika dalam satu hari itu saya telah membuat dia bersedih... jika mama tahu betapa saya amat menyayangi dia... betapa saya amat memerlukan dia disisi.... betapa dia amat istimewa dalam hati saya.. jika dia tahu semua itu.... salah saya juga kerana tidak mengungkapkan perasaan sayang ini secara terang terangan.. jawapannya mudah... "saya malu"



oleh kerana itu saya ering berdoa untuk menggantikan ungkapan secara terang terangan betapa saya menyayangi ibu saya... kerana hanya tuhan sahaja yang dapat menyampaikan isi hati saya pada nya...



i love you mama...

My GrAnD PAPA n NANY

seronok nyer balik rumah!!!! series... saya sudah lama tidak pulang ke rumah dari cuti raya cina hari tu.. bayangkan betapa lama saya terperap dengan buku-buku dan asigments yang banyak. sesekali pulang bercuti, itu lah perkara yang amat memberi nikmat kepada saya sebagai seorang pelajar.... saya pulang ke rumah bukan hanya mahu berjumpa dengan keluarga tersayang tetapi saya juga mahu berjumpa dengan atuk saya yang baharu sahaja selesai menjalani pembedahan mata. alhaldulillah semuanya selamat.



atuk.

insan yang amat istimewa kepada saya. walaupun atuk tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, tetapi cara dia menasihati saya seolah-olah dia mempunyai pengalaman sebagai seorang pelajar universiti. hebat sungguh atuk saya. saya sangat bertuah kerana sejak lahir saya tidak merasa kesusahan yang pernah dialami oleh atuk saya. sesekali apabila terkenang dan membayang kan cerita atuk, air mata ini pasti gugur.. syukur pada tuhan kerana saya dilahirkan dalam keadaan yang cukup...(bukan bermakna saya datang dari keluarga yang berada, tetapi cukup disini bermaksud saya tidak sesusah atuk saya sewaktu dia sebaya saya). saya insaf dengan cerita yang pernah atuk ceritakan pada saya. ceritanya membuatkan saya belajar untuk menghargai hidup ini. saya bersyukur kerana atuk masih mampu untuk melihat kejayaan saya masuk ke university dan menyambung pelajaran dalam ijazah.



nenek.

adalah teman, kawan dan musuh paling dekat dengan atuk. pendiam dan tidak banyak berkata-kata. jarang bergaul dengan orang lain. suka tengok t.v pada waktu lapang. masa yang paling berharga pada saya ialah sewaktu mengajar nenek membaca alquran. saya sayang nenek.. terima kasih untuk semua masakan yang sedap dan nasihat-nasihat yang berguna.



dua insan ini ialah insan yang amat saya sayang disebela mama.... sayang saya melebihi yang lain kerana saya pernah tinggal dikampung untuk waktu yang lama. nenak dan atuk juga adalah pendorong saya untuk mempelajari teknik masakan yang betul kerana nena dan atuk amat pakar dalam bahagian tersebut. atuk suka jika saya memasakkan kek dan biskut untuk dia. nenek pula suka kija saya masakkan lauk pauk melayu untuk

Wednesday, March 11, 2009

I LoVe ChEf WaN!!!

chef wan.....

idola saya sejak dari kecil kerana kehebatannya menyediakan pelbagai resepi yang enak dan lazat. semalam saya berpeluang berjumpa denan idola saya kerana dia telah menjadi jemputan sebagai penceramah untuk subjet personal deveopment. rasa macam mimpi bila dapat bertentang mata dan dapat melihat dia dari dekat. tidak sia-sia saya datang awl dn mengambil tempat baris kedua dari depan. dan apabila melihat dia masuk ke dalam l.t..... rasa jantung saya seakan-akan terhenti melihat dia. "kkaaacakkknyer" itu la ayat pertama ang keluar dati bibir saya... "hebatttt" hati saya berdetik..... sepanjang program itu saya menjadi pendengar yang kusyuk dengan apa yang diceritakannya. gayanya yang bersahaja dan mencuit hati membuatkan sesipa akan mudah mesra dengannya. itu diakui sendiri oleh pensyarah kami PN.CHE FARIDAH. semasa ceramah tersebut, chef wan telah menceritakan kisah hidupnya sejak dia dari kecil hingga lah dia yang sekarang. perjalanan hidupnya penuh dengan ranjau tetapi sekarang lihatlah dunia, siapa dia sekarang.. tidak saya nafikan betapa hati ini tersentuh mendengan cerita tentang kesusahan dia.. bagaimana dia yang masih kecil menjaga adik-adiknya dan bagaimana dia bertungkus lumus membantu ibunya menjual kuih. satu perkara ynag saya pelajari ialah."be the best, and do the best for your self". beliau sering ingin menjadi yang terbaik dan inginkan yang terbaik. saya bertanya kepada diri saya adakah "aku akan jadi sepertinya?" didalam ceramah itu dia banyak menekankan "love your self". saya beranggapan bahawa kerana sayangnya dia kepada dirinya, itu juga menjadi pendorong kepadanya untuk berjaya.



soalan yang saya tanya kepadanya.



apakan satuperkataan yang ingin anda gambarkan tentag diri anda?

>gila... (ketawa) happy n funny.



mengapa anda memilih bidang masakan?

>semua orang makan. sejak dari kecil hinggalah dewasa. kita akan rasa bahagia jika melihat semua orang makan makanan yang kita buat dengan berslera.



apakah bidang lain yang anda ingin ceburi jika bukan masakan?

>lakonan. saya suka berlakon.



adakah anda berminat untuk mengambil mentee?

>pada waktu sekarang saya agak sibuk. tetapi jika dibrikan peluang insyaallah.



solan-soaln lain telah ditanya oleh rakan-rakan yang lain. saya berharap agar usaha chef wan dalam menaikkan nama malaysia diperinggkat antara bangsa melalui masakan akan sentiasa berjaya dan semoga beliau dimurahkan rezeki agar beliau akan sentiasa berbuat kebajikan kepada masyarakat.

Tuesday, March 10, 2009

AnDaI sAya sEorAnG mOdeL.

huh....

macam seronok jer... ramai yang suka tengok blog hanis zalika.... ops lupa.. dia kan model.... cantik n bergaya... saya juga menjadi slah seorang antara yang melawat blog dia... nice.... n cantik.. tu jer yang termampu saya katakan n terlintas di dalam otak.. hehehehe....

model??? hurm.. memang memerlukan ketinggian n kecantikan.. kalau tidak macam mana nak peraga barang kan?? n baju kan???? baju yang cantik untuk orang yang cantik.... betul ker??? hehehe terpeulang bagi individu untuk menilai.. bagi saya if oarang tu dah cantik, pakai apa pun nampak cantik punyer....

bila lihat kemasyuran seorang model, teringin juga ingin mengikut jejak langkah menjadi seorang model walaupun saya tahu qualification untuk menjadi seorang model itu terlalu sikit yang ada pada diri saya... hehehe...
tapi saya still boleh capai impian tu.. hanya denagn BERMIMPI je la.. ok juga aper... still boleh jadi model juga... hehehehehe....

tapi andai saya seoramg model..... "sesuai ker???" saya nak jadi model yang boleh memberi contoh yang baik kepada orang lain... saya ingi menjadi idola kepada orang lain.. saya ingin menyumbang sesuatu pada orang lain.. itu la model yang saya ingin jadi... saya harap semua boleh doakan saya mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang model.... Aminnnn......

Sunday, March 8, 2009

KiSaH dI sEbuAh kLiniK

Seorang pemuda pergi ke sebuah klinik. Waktu dia nak masuk ke klinik tu tiba-tiba keluar seorang wanita yang sedang menangis teresa-esak. Pemuda tu tanya pada wanita tu. "Kenapa cik menangis"?. Wanita tu kata..."Saya datang untuk ujian darah. Sewaktu doktor tu nak ambil darah dari jari saya, dia terpotong hujung jari saya nie..." (sambil menunjukkan jarinya yang luka). Tiba-tiba lelaki yang bertanya tu menangis dengan kuat. Wanita tu terpinga-pinga. Dia pun tanya la pada laki tu...."Kenapa awak menangis"? Laki tu pun menjawab...."Waaa...saya datang untuk ujian air kencing"......wanita tu terdiam.... alamak.....

aLaHai DuiT 50 seN

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah.
"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.
"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

HaRi GuRu.

Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms.Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi. Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa.... "Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".
Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan
anak KUCING ...

ALaHaI sI KusTa

Pada zaman dahulu terdapat 3 orang pemuda yang bersahabat baik dan senantiasa bersama-sama apabila ke mana-mana. Pemuda pertama bernama Amir, pemuda kedua bernama Tabi’ dan pemuda ketiga bernama Hasad. Walaupun mereka mempunyai paras rupa yang menarik dan susuk tubuh badan yang sempurna namun mereka mempunyai penyakit kusta yang sukar diubati pada masa itu. Lantaran penyakit inilah yang menyebabkan mereka dipulaukan oleh masyarakat setempat mereka kerana takut dijangkiti. Suatu hari mereka bertiga pergi ke dalam hutan untuk mencari kayu api dan buah-buah hutan untuk dibuat makanan, tiba-tiba mereka terjumpa sebiji batu yang tertulis atasnya batu ajaib.

Amir : Eh, bukankah ini adalah batu ajaib!
Tabi’ : Ya ini adalah batu ajaib!
Hasad : Memanglah sebab ada tertulis batu ajaib baru kamu semua tahu ini batu
ajaib, jika tidak tertulis batu ajaib tentu kamu semua tidak tahu.
Amir : Biasanya batu ajaib tentu ada jin yang boleh menunaikan permintaan kita,
apa kata kita cuba gosok batu ajaib ini mana tahu boleh keluar jin.
Tabi’ : Aku sokong pendapat kamu Amir, cubalah kau gosok dahulu mana tahu
jika jin tersebut keluar boleh kita minta agar disembuhkan penyakit kusta kita ini.
Hasad : Batu ini kita jumpa di dalam hutan, tentu yang ada di dalam batu ajaib ini
jin hutan, jin hutan biasanya ganas.

HaRiMau... TaLi... BUayA.... tIkUs & mAdu

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng! jeng! jeng!... bunyi.... aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan iri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

bApa , anAk daN GagAk

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.

Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL OF THE STORY:
"JAGALAH HATI KEDUA IBU BAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"

kambing biri-biri T_T

KAMBING BIRI-BIRI...


Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?

"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala. "Yang putih."
"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih." "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo
bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"

Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah
milik saya."

"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu,
"...kalau yang hitam tu pulak siapa punye?"
"Yang hitam pun sama," kata gembala itu.

DaRi KaCa MaTa SeOraNg iNsAn.

community service..

rasanya ini lah yang akan ditulis oleh senua rakan2 saya di blog mereka nanti... tentang kegembiraan.. keterujaan.... dan keseronokkan smasa program tersebut berjalan... sama seperti saya.. perasaan gembira itu memang wujud.....

saya juga ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua....

operasi burung hantu -jumaat malam... 6 hb 3 2009


pada malam ini, ketua community service kami bercadang untuk membuat malam muhasabah.. tetapi dalam masa yang sama dia juga mempunyai pilihan lain yakni untuk membut operasi burung hantu. pada mulanya dia ingin membuat sesi muhasabah tetapi setelah melalui perbincangan yang panjang bersama fasilitator yang lain, akhirnya kami bersetuju untuk membuat operasi burung hantu. semasa operasi ini, saya fikir ia nya tidak begitu menjadi walaupun fasilitator kami telah memberikan 100% komitment. ini terjadi kerana kebanyakkan pelajar yang menyertai program ini tidak jujur.... ( tidak mengikat mata mereka dengan sempurna). dek kerana itu segala cara yang fasilitator kami gunakan untuk menkutkan mereka tidak begitu berjaya. ia hanya berjaya kepada pelajar yang betul-betul memberi komitment dengan menutup mata mereka denagn sempurna. melihat keadaan ini, saya terfikir, adakah program burung hantu ini masih releven?? ini kerana setiap program motivasi pelajar, operasi burung hantu menjadi antara perkara wajib yang akan dijalankan. bagi pendapat saya ia wajar dikekalkan jika kita semua mengetahui cara lain yang kita boleh gunakan untuk menggantikan "cara lama" operasi ini dijalankan supaya ia dapat memberi ketakutan yang sebenarna kepada pelajar. sewaktu saya berbincang dengan maklong(pemilik KERSANI TRAININ CENTER) mengenai operasi burung hantu yang pernah beliau jalankan, ia nya agak mengejutkan saya. ini kerana para pelajar akan ditinggalkan dikubur lama (kubur yang sebenar) dan hanya dibekalkan yasin sebagai penguat semangat. bayangkan jika aktiviti itu yang kita jalankan....... pasti ianya lebih mengujakan. secara peribadi walaupun saya menyukai operasi burung hantu, ada juga waktu ketika saya membenci program ini. saya tidak akan lupa bagaimana saya bersama rakan lain berusaha menyelamatkan pelajar yang terkena histeria sewaktu program ini dijalankan. bayangkan kami memerlukan orang yang cukup 5 waktu mengerjakan solat untuk membantu menyelamatkan pelajar tersebut, tetapi sayang, tenaga kerja yang kami dapat amat sedikit. saya tidak mahu komen banyak mengenai perkara ini. tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. pelajar selamat, fasilitator yang "membantu" selamat. walaupun sudah 2 kali saya mengalami detik cemas itu, perasaan tidak selesa akan hadir jika ada ada diantara fasitator kami yang ingin menjalankan operasi burung hantu. saya tidak mahu ada kali yang ke 3 perkara buruk itu terjadi. tetapi alhamdulillah, operasi burung hantu yang kami jalankan tidak dilanda apa-apa masalah, cuma agak terkilan kerana, seperti yang saya katakan tadi, ramai pelajar yang tidak jujur.... ( kasihan kepada fasilitator yang berkerja kuat untuk menakutkan pelajar)


sesi muhasabah- sabtu malam 7 hb 3 2009

ini adalah sesi yang paling saya suka. tetapi sewaktu program kami, sesi muhasabah diri itu dijalan kan secara tiba-tiba kerana ia adalah permintaan istimewa dari warden asrama tersebut. bayangkan dalam hanya beberapa minit saya terpaksa menyediakan ramuan yang cukup untuk sesi muhasabah tersebut. perasaan takut dan cemas itu ada kerana pada waktu otu saya tidak mempunyai mood untuk mengetuai sesi tersebut. tetapi dengan sokongan rakan baik dan fasilitator yang lain, alhamdulillah sesi itu berjalan dengan baik. ada yang memuji... mengatakan :

"you done a good job" by farah raihana
"ok.. best..." by husna hamzah
"best" by salasiah,eda dan intan
"ok r.." by wan and ayu
"best betul.. ramai yang terkesan.. ramai yang menangis.." by fat's group...

ucapan terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada yang memuji. bukan bertujuan untuk meninggi diri tetapi pujian anda membuatkan saya bersasa lega kerana saya sendiri tidak yakin saya dapat membuat yang terbaik untuk malam itu..ada juga yang mempertikaikan mengapa lampu depan dewan tidak ditutup.. maaf, jawapan itu hanya anda boleh dapat pada pihak yang berkaitan. tiadakena mengena dengan saya.

tak kurang jugaada yang memberikan komen yang membina...

"mula2 slow gila... naper x tutup lampu??, pastu dah ok dah" by .......... (cari sendiri)

terima kasih juga.... tetapi jika anda tahu apa yang terjad dibelakang pentas, anda akan tahu mengapa pada mulanya sesi itu bermula agak "lambat" ( saya tidak membawa cermin mata, selalu perasan seolah-olah azman bercakap dengan saya sedangkan da sebenarnya mahu bercakap dengan orang yang ada di sebelah saya).

sesi muhasabah yang pernah saya jalankan dan lalui ada 3 semuanya. dan ketiga-tiga itu sepatutnya dijalankan mengikut turutan dalam setiap program motivasi. tetapi ramai fasilitator pada masa kini lebih mementingkan aspek keibubapaan untuk "menyentuh" hati pelajar.

sesi pertama adalah sesi muhasabah antara kita bersama dengan pencipta kita (allah s.w.t). didalam sesi ini para pelajar akan didedahkan dengan aspek2 kehidupan sebagai seorang hamba. adakah cukup kita sebagai hamba melaksanakan perintahnya???

sesi yang kedua adalah sesi kita sebagai seorang ummat kepada nabi muhammad s.a.w. adakan kita menyayangi rasul kita sebagaimana sayang nya beginda kepada kita???

dan sesi yang terahir adalah sesi kita sebagai ana. sesi tidak perlu saya terangkan kerana ramai yang "sudah biasa" dengannya....

setiap sesi ini dijalan kan secara berasingan mengikut urutannya. dan saya pernah melalui sesi-sesi ini didalam satu program. diharap selepas ini jika ada yang ingin memjalan kan sesi muhasabah tekan kanjuga sesi pertama dan kedua.


Thursday, March 5, 2009

KeAjAiBaN










































































































i loVe YoU BuWLaN..


bulan...


nama yang tidak asing dalam hidup saya... merupakan orang yang amat saya sayangi kerana dia merupakan adik pertama yang saya jaga sewaktu diploma untuk satu persatuan. dia lah kawan.. dia lah musuh...... dia ialah segalanya yang saya ada.... kecomelannya... kesopanannya... kebaikannya..... segala tentang dia.... semuanya dia....


setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti dia lah yang akan menjadi orang pertama yang mengetahuinya..... kegembiraan saya mendapat lesen kereta juga hanya saya kongsi dengan dia.... sikap kelangkabutnya sering mencuit hati saya.. sesekali bibir ini mengukir senyum teringatkan dia.....


tetapi sayang...


saya terpaksa meninggalkan dia kerana membawa hati yang lara.... kesedihan yang saya simoan sekian lama telah mengakibatkan bulan terkena tempiasnya... dia saya tinggalkan......


kini...


setelah bertemu semula... bulan menyatakan kerinduannya kepada saya..... meminta saya menemaninya seperti dahulu... membimbingnya seperti dahulu... tetapi.. jika dia tahu saya tidak seperti dahulu... adakah dia akan kecewa??? adakah saya akan menjadi punca air matanya gugur??? ya allah.... saya tidak sanggup andai itu terjadi, maafkan kakak bulan..... kakak tidak dapt bersama kamu... jadilah adik yang baik kepada yang lain... segala kenangan terindah akan kakak ingat sampai bila-bila....

Wednesday, March 4, 2009

HoT StUfF !!!!!!!

lelaki 1

saya jumpa dia sewaktu di alam tadika lagi (tadika farah-batu tiga,selangor). mana dia hafiz. seorang yang amat comel. saya meminati dia kerana dia mempunyai gigi yang rongak (~,~!). nampak comel apabila dia tersenyum (comel ke...)

lelaki 2

saya jumpa di sekolah rendah sewaktu darjah 3. nama dia faizal. saya meminati dia kerana dia mempunyai kepala yang botak. nampak berkilat dibawah cahaya matahari. dan dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab meminjamkan saya pensil setiap hari kerana saya sering meninggalkan pensil box di rumah

lelaki 3

saya jumpa sewaktu darjah 4 dan . nama dia saya dah lupa. saya meminati dia hanya kerana rambutnya yang tegak seperti landak. jika ada cicak yang terjatuh, pasti masuk wad i.c.u

lelaki 4

saya jumpa sewaktu darjah 6. nama dia azizi. saya meminati dia kerana rupanya yang hensom macam pelakon television. hanya kerana nama bapa kami sering bergaduh (dia suka ejek nama bapa saya and vice versa)

lelaki 5

saya jumpa sewaktu tingkatan 1. nama dia kecik (nick name) pemain hoki sekolah. saya meminati dia kerana badan di yang halus seperti playwood. bila jentik terus melayang.

lelaki 6

saya jumpa sewaktu akhir tingkatan 5. nama dia shaiful. saya meminati dia kerana badannya yang kurus serta suaranya yang seperti kartun. nampak comel tetapi penuh dengan kesengsaraan andai anda mengenali dia

sekarang??????

lelaki yang pertama dan terakhir.... (siapakah dia??-masih belum ditemui)




#setiap lelaki yang ana ingat adalah lelaki yang pernah meninggalkan kenangan suka dan duka didalam hidup ana. tetapi mereka hanyalah sebagai seorang rakan yang baik. kerana kebaikan dan keunikan mereka, ana abadikan kenangan bersama mereka didalam blog ini selagi otak ini masih lagi mampu untuk memgingati mereka

Tuesday, March 3, 2009

KesEnGsarAaN





























































































kesengsaraan rakyat2 palestin... alhamdulilah bersyukur kepada allah kerana kita masih mampu untuk hidup dalam keadaan aman dan damai, menghirup udara yang segar tanpa perlu ada peasaan bimbang dan takut....untuk rakyat palestin.. teruskan perjuangan kerana janji allah adalah benar.... allahhuakbar!

Sunday, March 1, 2009

KaWaN BAIK ku....

salam..

maaf kan aku sahabat... maaf kan aku... kerna telah menyakiti hati mu....

CERITA SATU
ana dah buat kawan baik ana merajuk.. sampai dia tidak mahu pergi dataran untuk membeli belah.. bukan apa.. waktu itu ana tengah celaru... kerana pendrive ana hilang... ana sedih sangat.. kerana pendrive itu adalah pendrive pertama yang ana beli sendiri..... wawawawa.... dek kerana pendrive itu, ana telah berkasar denagn kawan baik ana... ana sedih sangat..... walaupun pagi tu dia dah ok.. tapi perasaan bersalah tu masih ada.... apala nak dibandingkan pendrive dengan kesedihan dia...


CERITA DUA
tadi... ana berjala2 dengan kawan baik ana di dataran..... seronok sangat.. tapi x lama... bila time sampai kat kedai make up.. kmi berebut make up(eye shadow) yang sama.... mula2 ana mahu menaglah.. tapi dia kata dia tidak kisah... tetapi dari riak wajah dia ana tau dia sedih... walaupun ana gembira.. tapi sahabat ana bersedih....

persahabatan memang aneh.. kita sanggup korban kan kebahagiaan kita demi sahabat yang kita sayang... ana bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sanggup korbankan kebahagiaan dia demi ana.. namun ana juga berasa bersalah.. kerana kebahagiaan ana.. berpunca dari kesedihan sahabat ana....


ana nak berterus terang.. tapi ana malu... tapi percaya lah... ana berasa sedih dengan apa terjadi.. maafkan aku.....