Followers

Sunday, March 8, 2009

DaRi KaCa MaTa SeOraNg iNsAn.

community service..

rasanya ini lah yang akan ditulis oleh senua rakan2 saya di blog mereka nanti... tentang kegembiraan.. keterujaan.... dan keseronokkan smasa program tersebut berjalan... sama seperti saya.. perasaan gembira itu memang wujud.....

saya juga ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua....

operasi burung hantu -jumaat malam... 6 hb 3 2009


pada malam ini, ketua community service kami bercadang untuk membuat malam muhasabah.. tetapi dalam masa yang sama dia juga mempunyai pilihan lain yakni untuk membut operasi burung hantu. pada mulanya dia ingin membuat sesi muhasabah tetapi setelah melalui perbincangan yang panjang bersama fasilitator yang lain, akhirnya kami bersetuju untuk membuat operasi burung hantu. semasa operasi ini, saya fikir ia nya tidak begitu menjadi walaupun fasilitator kami telah memberikan 100% komitment. ini terjadi kerana kebanyakkan pelajar yang menyertai program ini tidak jujur.... ( tidak mengikat mata mereka dengan sempurna). dek kerana itu segala cara yang fasilitator kami gunakan untuk menkutkan mereka tidak begitu berjaya. ia hanya berjaya kepada pelajar yang betul-betul memberi komitment dengan menutup mata mereka denagn sempurna. melihat keadaan ini, saya terfikir, adakah program burung hantu ini masih releven?? ini kerana setiap program motivasi pelajar, operasi burung hantu menjadi antara perkara wajib yang akan dijalankan. bagi pendapat saya ia wajar dikekalkan jika kita semua mengetahui cara lain yang kita boleh gunakan untuk menggantikan "cara lama" operasi ini dijalankan supaya ia dapat memberi ketakutan yang sebenarna kepada pelajar. sewaktu saya berbincang dengan maklong(pemilik KERSANI TRAININ CENTER) mengenai operasi burung hantu yang pernah beliau jalankan, ia nya agak mengejutkan saya. ini kerana para pelajar akan ditinggalkan dikubur lama (kubur yang sebenar) dan hanya dibekalkan yasin sebagai penguat semangat. bayangkan jika aktiviti itu yang kita jalankan....... pasti ianya lebih mengujakan. secara peribadi walaupun saya menyukai operasi burung hantu, ada juga waktu ketika saya membenci program ini. saya tidak akan lupa bagaimana saya bersama rakan lain berusaha menyelamatkan pelajar yang terkena histeria sewaktu program ini dijalankan. bayangkan kami memerlukan orang yang cukup 5 waktu mengerjakan solat untuk membantu menyelamatkan pelajar tersebut, tetapi sayang, tenaga kerja yang kami dapat amat sedikit. saya tidak mahu komen banyak mengenai perkara ini. tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. pelajar selamat, fasilitator yang "membantu" selamat. walaupun sudah 2 kali saya mengalami detik cemas itu, perasaan tidak selesa akan hadir jika ada ada diantara fasitator kami yang ingin menjalankan operasi burung hantu. saya tidak mahu ada kali yang ke 3 perkara buruk itu terjadi. tetapi alhamdulillah, operasi burung hantu yang kami jalankan tidak dilanda apa-apa masalah, cuma agak terkilan kerana, seperti yang saya katakan tadi, ramai pelajar yang tidak jujur.... ( kasihan kepada fasilitator yang berkerja kuat untuk menakutkan pelajar)


sesi muhasabah- sabtu malam 7 hb 3 2009

ini adalah sesi yang paling saya suka. tetapi sewaktu program kami, sesi muhasabah diri itu dijalan kan secara tiba-tiba kerana ia adalah permintaan istimewa dari warden asrama tersebut. bayangkan dalam hanya beberapa minit saya terpaksa menyediakan ramuan yang cukup untuk sesi muhasabah tersebut. perasaan takut dan cemas itu ada kerana pada waktu otu saya tidak mempunyai mood untuk mengetuai sesi tersebut. tetapi dengan sokongan rakan baik dan fasilitator yang lain, alhamdulillah sesi itu berjalan dengan baik. ada yang memuji... mengatakan :

"you done a good job" by farah raihana
"ok.. best..." by husna hamzah
"best" by salasiah,eda dan intan
"ok r.." by wan and ayu
"best betul.. ramai yang terkesan.. ramai yang menangis.." by fat's group...

ucapan terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada yang memuji. bukan bertujuan untuk meninggi diri tetapi pujian anda membuatkan saya bersasa lega kerana saya sendiri tidak yakin saya dapat membuat yang terbaik untuk malam itu..ada juga yang mempertikaikan mengapa lampu depan dewan tidak ditutup.. maaf, jawapan itu hanya anda boleh dapat pada pihak yang berkaitan. tiadakena mengena dengan saya.

tak kurang jugaada yang memberikan komen yang membina...

"mula2 slow gila... naper x tutup lampu??, pastu dah ok dah" by .......... (cari sendiri)

terima kasih juga.... tetapi jika anda tahu apa yang terjad dibelakang pentas, anda akan tahu mengapa pada mulanya sesi itu bermula agak "lambat" ( saya tidak membawa cermin mata, selalu perasan seolah-olah azman bercakap dengan saya sedangkan da sebenarnya mahu bercakap dengan orang yang ada di sebelah saya).

sesi muhasabah yang pernah saya jalankan dan lalui ada 3 semuanya. dan ketiga-tiga itu sepatutnya dijalankan mengikut turutan dalam setiap program motivasi. tetapi ramai fasilitator pada masa kini lebih mementingkan aspek keibubapaan untuk "menyentuh" hati pelajar.

sesi pertama adalah sesi muhasabah antara kita bersama dengan pencipta kita (allah s.w.t). didalam sesi ini para pelajar akan didedahkan dengan aspek2 kehidupan sebagai seorang hamba. adakah cukup kita sebagai hamba melaksanakan perintahnya???

sesi yang kedua adalah sesi kita sebagai seorang ummat kepada nabi muhammad s.a.w. adakan kita menyayangi rasul kita sebagaimana sayang nya beginda kepada kita???

dan sesi yang terahir adalah sesi kita sebagai ana. sesi tidak perlu saya terangkan kerana ramai yang "sudah biasa" dengannya....

setiap sesi ini dijalan kan secara berasingan mengikut urutannya. dan saya pernah melalui sesi-sesi ini didalam satu program. diharap selepas ini jika ada yang ingin memjalan kan sesi muhasabah tekan kanjuga sesi pertama dan kedua.


No comments: