Followers

Monday, March 16, 2009

My lOvE..... T_T

hari ni.. ahad.. pukul 5 petang nanti dah kene bersedia untuk balik ke segamat.. terasa amat sedih dan sayu daat mama mencium pipi dan dahi.. masih terasa hangat tangan mama membelai pipi ini... sengaja saya tidak membenarkan mama menemani saya di stesen bas kerana saya tahu jika mama berbuat demikian ia hanya akan menambah kesedihan dihati ini.



sewaktu sedang menunggu bas di klang sentral, saya melihat beberapa ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka. terasa sayu saat melihat perpisahan mereka. saya berfikir, entah bila lama lagi saya dapat menikmati ksih sayang ibu saya... merasa kehangatan kasih sayangnya. walaupun saya buka anak yang sempurna, saya selalu ingin memberikan yang terbaik untuk ibu. saya tahu betapa dia penat membesarkan saya. saya sendiri bukan anak yang sempurna untuk ibu saya...



hati ini sering berasa sedih jika dalam satu hari itu saya telah membuat dia bersedih... jika mama tahu betapa saya amat menyayangi dia... betapa saya amat memerlukan dia disisi.... betapa dia amat istimewa dalam hati saya.. jika dia tahu semua itu.... salah saya juga kerana tidak mengungkapkan perasaan sayang ini secara terang terangan.. jawapannya mudah... "saya malu"



oleh kerana itu saya ering berdoa untuk menggantikan ungkapan secara terang terangan betapa saya menyayangi ibu saya... kerana hanya tuhan sahaja yang dapat menyampaikan isi hati saya pada nya...



i love you mama...

No comments: