Mereka jahil tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, “Maaf, kami tak tau pun?” Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau?
Alasan ke-2, “menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah”. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm… tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?
Mereka kata lagi, “orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya”. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer… Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik disisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?
Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, “belum sampai serulah nak tutup aurat”. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer… Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu telebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, “hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan… maka bertaubatlah…” ada ker? Ada ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, “hidayah belum sampai”. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?
Then, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang “up to date” dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda… adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei… anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak? Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! & ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.
Alasan TERUK seterusnya, “Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?” Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.
Then lagi “Apa baiknya menutup aurat ni?” Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?
Lagi alasan yang TERUK “ramai para menteri dan isteri-isteri menteri tak tutup aurat pun”. Emmm, kenapa anda nak tengok yang tak betul, kenapa tak nak tengok yang betul? Kenapa anda tak kaji, atau Tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke para menteri tu orang yang betul-betul berpengetahuan bab agama? Sedangkan rasuah dikalangan menteri pun berterabur. Makan duit rakyat ikut suka hati jer, anda nak jadikan mereka contoh? Anda nak ikut cara menteri ke nak ikut cara Nabi?
Mereka juga mungkin boleh kata begini, “Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?”Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?
Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, “Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk?” “Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!” Kalau dah sampai tahap ni… memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka… itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan… Dan Fikir-fikirkanlah Kenyataan Di Atas…
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan… Dan Fikir-fikirkanlah Kenyataan Di Atas…
Renungan: “Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, Tudung dan
DARI SEORANG KAWAN UNTUK SEORANG KAWAN.. (TERIMA KASIH PADA YANG MENYUMBANG ARTIKEL INI)
No comments:
Post a Comment