Followers
Saturday, December 24, 2011
Sunday, October 23, 2011
to my dear beloved muah2 friend....
my best friend yang terdekat dihati ini mahu berkahwin.. wah... syoknyer..... semoga berbahagialah hendaknya... alhamdulillah.. semuanya nampak mudah seperti yang diceritakannya.... mungkin ini yang terbaik untuknya.... semoga berbahagia sahabat ku..... harap2 lepas kawin.. tolong la adakan masa untuk kita "melepak2" seperti sewaktu zaman disekolah dulu....
dulu ko selalu dibuang2 sampai nangis2 kat bahu aku.. sekarang aku gembira bila lihat senyuman diwajah ko.... nampak sangat seri kebahagiaan itu..... tahniah sangat2 aku ucapkan..... jangan fikirkan tentang orang lain... tentang apa kemahuan dan kehendak mereka.. yang penting sekarang tolong dulukan kebahagiaan ko...... aku akan sentiasa berada disamping ko....
"ko bile lagi"~~~~> ok.. yang ni nanti bila tiba masa aku akan jawap... yang penting sekarang ni... ko dah nak "selamat".. tahniah.... semoga berkekalan hingga ke anak cucu.....
subhanallah......~~ to my beloved friend.... semoga dipermudahkan
alhamdulillah... segalanya nampak mudah...... tuhan... jika ini ketentuanku.... yang telah engkau tentukan.. aku terima dengan reda..... sesungguhnya aku bersyukur... kerana telah dibeli ruang dan peluang untuk mengenal manusia itu siapa...... dan pelajaran yang engkau tunjukkan wahai tuhanku adalah amat beharga dari segala intan berlian.....
engkau memberi petunjuk.. kepada aku yang sentiasa sesat...
engkau memberi cahaya kepada aku yang sentiasa kabur....
kini bahagia itu datang... setelah puas kau berikan ku pelajaran tentang manusia.... dan kini aku reda.... jika ketentuan mu ini baik untuk ku, keluarga ku dan segenap alam semesta.. permudahkanlah segala urusannya yaallah....
sesungguhnya aku takut.. untuk menyahut janjimu pada yang akur.... adakah ianya layak untuk ku menikmati janji mu yang pasti itu ataupun aku akan tergolong dalam golongan yang rugi kerana membelakangkan perintahmu. segalanya ku serahkan kepada mu yallah kerana hanya kau sahaja yang tahu apa yang buruk dan apa yang baik untuk diriku....
dan sudah lumrah manusia..... buruk itu dianggap jelik dan baik itu dianggap mulia.... aku sendiri tidak tahu.. apakah perhitungan ku kali ini akan menyebelahiku atau pun tidak... semua kiasan mu telah ku tafsir dari segi tersurat dan tersirat... dan kali ini aku reda..... mengikut perlajalanan takdir yang telah engkau tentukan......
Tuesday, September 27, 2011
PILIHAN...
pilihan itu sukar...
separuh bahagia separuh derita..
perlu ditimbang dengan sebaiknya..
kelak tidak menyesal dikemudian hari..
Sunday, September 25, 2011
FINAL SEM!!!
wah... sudah masuk "FINAL SEM"~~~~oh yeah!!!!! gO baby gOOOOO!!!! horay!!!!! tak sabar rasanya nak habiskan kuliah dan terjun kedunia pekerjaan!!! yariibaaa!! yaariiibbaaa!!!!! uop~sebelum itu.. beberapa perkara harus dibuat...
cinta.
sudah sampai masanya untuk mencari cinta baru... so sesape yang nak apply plss email me your resume ok... semua permohonan yang layak akan dipanggil untuk temuduga... if berjaya...~~~~ welcome to my hearth!!!!!!
kerja?
ok.. sekarang tengah kerja part time.. dan pulangannye amat lumayan.. masih lagi berkira-kira untuk bekerja sebagai pensyarah... but... saya masih terlalu cintakan kerja yang sekarang ini...... alahai.. macam mana nak buat ni.... sob...sob...sob...~~well need to do istikharah lor......
berat badan?
wah! ini isu sensitif.. untuk pengetahuan korang smeua.. berat badan i dah turun you!!!! sekarang... semua baju time diploma sudah bole dipakai... paling seronok bila keluar dan orang still kata "adik ni tingkatan bape eh?" or " wa, umur adik ni bapa? kenapa muda sangat ambil master?" nge..nge..nge..~~~nak turunkan lagi sikit.... baru aaaccuuuunnnnn!!
happy??
oh.. sanagt happy sekarang... hari rabu malam minggu ni insyaalah ada party yang dibuat oleh rakan2 sekelas.. dan saya tersangatlah tidak bersabar untuk menghadirinya... ~~~need to find a new cloth!!!~~~~~jom shopping......
fesyen.
sekarang i dah pandai berfesyen... tak seperti dulu.... makin ayu gitu... sebenarnye semua perubahan positif ini hasil dorongan kawan2 yang banyak membantu.... terima kasih korang... tanpa korang tak cantik lah saya....... sudah pandai makeup and etc.. thanks a lots friends......~~~jap.. nak touchoup bedak....
result?
untuk sem ni.. result???? seharusnya mahu score... insyallah saya berjanji akan buat yang terbaik.... terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan rakan2. doakan saya berjaya... amin.......~~~stady2.
2PM?
saya peminat setia mereka... JUNSU is my boyfriend.... hehehehehehehehehehe~~~ oh my darling I LOVE YOU.
sajak??
sekarang saya masih dalam usaha untuk menyiapkan satu sajak..... sajak ini saya dedikasikan kepada insan yang terlalu banyak memberi PELAJARAN kepada saya dalam mengharungi hidup didunia ini... ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk dirinya.. maka dengan itu... insyallah... satu sajak akan didedikasikan kepadanya..... orang yang dimaksudkan ialah ~~~~ MY OWN BOS.... thanks bos......~~saya sayang bos saya.
Thursday, September 8, 2011
Monday, August 22, 2011
BERDUKA
Tuesday, August 16, 2011
bila cinta...
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
Sunday, August 7, 2011
tips tidur versi aku....
TIDO dan AKU memang selalu bermasalah..... senang cerita aku ni jenis yang susah nak tido.. sebab tu aku amat benci bila ada orang call aku malam2 and ganggu tido aku sebab aku tau aku akan mengambil masa yang lama untuk kembali lena.... pernah juga seorang CIKGU and RAKAN hampir kene maki dengan aku kerana mereka suka mengganggu aku time aku dah lena.... untuk orang yang ada masalah macam aku ni.. meh sini aku kongsi beberapa perkara yang aku buat untuk pastikan aku dapat lena dengan cepat dan mudah tanpa perlu ambil ubat....
aku akan mendengar lagu2 yang berjiwa sentimental and perlahan rentaknye... jangan korang dengar lagu rock or yang berentak macam orang nak menari.. sure korang tak kan tido sampai kesudah.... sambil dengar lagu tu... cuba release kan apa-apa perkara yang mengganggu fikiran korang...... bukan ape... kadang-kadang bila aku tak dapat tido salah satu sebabnyer ialah aku TERLALU MEMIKIRKAN MASALAH yang terjadi.. so untuk membolehkan aku boleh tido dengan aman dan tenang aku try release and tak memikirkan masalah yang membebankan otak aku yang bijak ini....(pasan.....)
ni memang aku tak leh nafikan........ ok.. korang try ari kawan2 korang yang mempunyai suara yang merdu or mendayu-dayu or pandai bercerita....... korang dengar je cerita mereka...... but buat loud speker tau..... korang dengar dan terus dengar... kadang2 tanpa korang sedari korang akan terlelap..... but try cari kawan yang memahami masalah korang yang tak leh tido.... korang boleh bagi tau pada mereka if dorang panggil and korang tak menyahut, tu tandanyer korang dah tido... so takyah la sambung cerita.... well ini adalah hobi terbaru aku.. dan aku bersyukur kerana dikurniakan seorang teman yang pandai bercerita dan amat memahami masalah aku ni...
senaman??? oh no!!! ok.. rilek2.... senaman yang dimakudkan adalah senaman ringan... tak lama just 20 minit je.... aku try buat ni dan hasilnya amat membanggakan..... berat badan pun turun dan badan pun sihat.. tapi yang paling penting malam tu aku dapat tido dengan lenanyer..... badan pun tak sakit2 bila bangun pagi..... muka pun bertambah berseri2 macam mentari pagi gitu......
makan... ok mesti korang suka bab ni.. tapi makan yang dimaksudkan ialah korang ambil sayuran dan buah buahan... sebelum tido...... dan jangan lupa ambil segelas AIR KOSONG tau.... tapi if korang tak de buah buahan or sayuran.. korang boleh minum SEGELAS SUSU SEGAR or COKLAT sebelum tido.. insyaallah korang akan berasa senang nak tido...
mandi?? yes!! aku suka sangat dengan benda ni.. selalu aku akan ambil masa yang lama untuk mandi sebelum tido... sambil mandi again aku akan cuba release kan segala masalah yang berserabut dalam otak aku ni.....
untuk pengetahuan korang..... selaluaku akan combine 2 atau 3 tips2 diatas dan hasilnya agak bagus..... dimana aku dapat kurangkan masa yang selalu aku ambil untuk tido..... sebaiknye korang boleh set time dengan kawan2 korang sampai pukul berapa sahaja mereka boleh ganggu korang diwaktu malam..... dan kepada kawan2 tolong faham.. sebab tersangat la sakit if kita mempunyai masalah sukar untuk tidur dimalam hari. yang penting sebelum tido maafkan semua kesalahan umat manusia yang telah buat korang sedih sepanjang hari... dan selepas korang buat atau ikut tips2 diatas... dengan bangganye boleh la korang pergi tidor............ selamat tido semua...
Thursday, August 4, 2011
si renovate hati
aku sedih.. bila aku sedih ja dia....
dan tanpa disangka.. sirenovate hati itu.....
aku selau buli dia.. buat dia marah.. tapi walau macam mana pun aku buat dia still berada disamping aku dan selalu menyelamat aku ketika aku berada dalam keadaan yang sangat genting.... seronok sangat dengan kehadiran dia... kelakar.... dan amat penyayang.... comel pun ye juga..... macam2 yang aku buli dia.. suh nyanyi lagu dangdut la.. suh menari ala INUL DARASITA la.. semua dia buat.... dan semua itu selalu mampu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak....... belum masuk lagi dengan ecrita-cerita dongeng dia pasal "cockroach" , udang yang bodoh, kura-kura yang terkena renjatan elektrik... dan macam-macam lagi... kelakar... terima kasih awak.. sebab buat saya bahagia........(@_@)
Wednesday, August 3, 2011
I majuk dengan you......
entah siapa.... yang aku tak kenal memandai-mandai mengomen macam2 di blog aku... aish..... tak seronok betul la.... dia berlagak seolah-olah mengenali aku.. padahal tah sape2 tah dia tu...... adoi... tak seronok la macam ni..... salah ke if dia berikan pengenalan diri dia pada aku??? bukan aku nak buat apa pun........ sekurang-kurangnya aku kenal siapa dia... ini tak.....
sesiapa yang mengenal aku tentu tahu tentang siapa yang selalu aku tulis dalam blog ini... ini kerana semua karya ku adalah berdasarkan apa yang terjadi disekeliling aku.. ceritera tentang insan-insan yang berada disampingku....... aku sekadar mengolah cerita mereka supaya ianya dapat menjadi satu inspirasi kepada orang lain....
kepada yang berkenaan.. i tak marah you ok.. but majuk dengan sikap you.. plss..... ok.. plsss plsss plsss kamo jangan nakal tinggalkan komen tanpa memberikan pengenalan diri..... or i will delete your comment..........
Sunday, July 31, 2011
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
secret love
cinta itu menyeksakan....... kerana cinta sehelai daun pun boleh merobohkan tugu yang kuat......
kerana mata
kuih cincin... saya sangat suka dengan kuih ini... hari ini saya dah menghabiskan sepeket kuih ini tau.... heheheehheeheheee. sangat sedap... nyum2.... suka sangat2....... terubat juga rindu pada kuih ini... semasa di sabah saya dapat sepeket percuma dari abang yang jual kuih ni sebab saya bagi...
Wednesday, July 27, 2011
cinta itu indah andai kita mempercayai keindahannya..
semua kawan-kawan kata yang.....
tetapi pengalaman semalam buat aku rasa takut dan tidak bersedia untuk kembali membuka hati kepada insan yang bernama lelaki.... ( T T !) hati yang terluka itu terlalu dalam.......
kata orang cinta macam kopi..... pahit bila sejuk.. tapi amat lazat bila panas... kebetulan... aku memang peminat tegar kopi.... ohhh yeahhhhhh
tapi kuasa tuhan itu hebat... saat aku kehilangan cinta yang aku rasa dia adalah cinta terakhir ku... datang seorang putera mengubat luka lalu...... sepanjang yang aku tahu.... aku tidak pernah berpeluang untuk berkenalan dengannya.... sewaktu dikampus kami hanya memandang antara satu sama lain... bercakap?? langsung tak pernah.... kecuali dia pernah minta aku tolong tuangkan air untuk dia.. itu pun disebabkan dia menjadi pengiring kepada penceramah jemputan dulu.. so nak tak nak.. terpaksa la aku buat.. walaupun dalam hati aku rasa macam nak simbah je muka dia dengan air tu.... setau dan sekenal aku.. dia adalah orang yang sombong dan aku menyampah dengan muka sombong dia.....
tapi tah macam mana satu hari dia bg satu message di fb aku..... dan dari situ segalanya bermula..... "saya nak sangat kenal dengan awak sejak dari hari pertama saya lihat awak.. tetapi saya tak berani kerana saya rasa saya tak layak untuk kenal dengan awak... lagi pun saya punya fizikal hodoh.... nanti mesti orang kata kita macam shrek dan fiona" itu ayat yang buat aku terkedu seketika....
dan dia meminta izin kepada ku....:"saya tak tahu apa yang berlaku semalam... tapi saya berharap agar saya dapat ubatkan luka dihati awak.... saya tahu saya bukan insan yang sempurna tapi saya berjanji saya akan menjadi sebaik mungkin.... menjadi insan yang boleh awak banggakan..... saya cuma perlukan sokongan dan kepercayaan awak"
katanya lagi..: "saya juga tak kisah jika awak tak balas msg saya selama berbulan2... tak angkat call saya selama berbulan-bulan juga.... tetapi saya mahu awak tahu walaupun itu terjadi saya tetap akan msg awak hari2 sebab saya tahu awak selalu lupa makan, kunci keta, cermin mata and lain-lain barang and perkara2.. saya buat semua ini sebab saya sayangkan awak dan tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada awak.."
dan kini dia sedang berusaha.. sebaik mungkin supaya apa yang diinginkannya dapat dilestarikan seperti yang dirancang..... aku cuma mampu terkedu... kerana ini pertama kali aku dipertemukan dengan insan yang memahami diriku.... alhamdulillah... dia tak pernah gagal untuk buat aku ketawa.... dan memberi sokongan saat aku rasa ingin jatuh menyembah bumi..... terima kasih tuhan.. alhamdulillah untuk kurniaan ini... seandainya dia yang telah KAU takdirkan untuk diri ku.. teristimewa untuk diriku.. yang dapat membimbing ku mendekati mu dan meniti jalan reda mu.. permudahkan lah yaallah.... amin......
Tuesday, July 26, 2011
Cup Cake ~~ untuk orang yang diabetis
gebu...
selesai disejukkan
semalam mak teringin nak makan cup cake kegemaran dia. dan yang menjadi masalah mak mempunyai penyakit kencing manis.. so nak dijadikan cerita, aku try buat satu experiment dengan membuat cup kek yang kurang manis. dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan.. aku still mengekalkan ramuan asas tetapi ada beberapa bahan yang aku kurangkan.... cuma aku masih belum berpuas hati dengan hasilnya dari segi kelembapan cup cake itu.
abah and mak kata sedap..... jangan tak tau mak aku sebat kek itu sebanyak2nya sehingga dia kenyang.. dan aku juga ada memberikan kek itu kepada seseorang yang aku tahu dia memang tak suka makan benda yang manis2... dan hasilnya sebalang yang aku tu licin dia makan sorang... hehehehe.. cuma seperti yang aku katakan tadi aku masih belum berpuas hati dengan kelembapan kek itu.. ~~~~ kene teruskan RnD untuk hasilkan kek yang selamat dimakan oleh orang yang mengidap kencing manis...
dia itu cantik, halus dan indah
dia menungguku sekian lama...
selama bertahun-tahun tanpa rasa jemu...
besama kasih sayang yang suci....
disulam dengan janji sehidup semati..
kuasa tuhan itu hebat..
kehadirannya tepat saat aku kehilangan cinta seorang kekasih dayus...
kehadirannya tepat saat aku memerlukan sokongan kuat dari insan yang bernama kekasih....
dan kini aku bersyukur...
kehadirannya membuatkan kebahagiaan.....
dan aku berharap dia adalah insan yang aku tunggu selama ini....
kerana aku akan menyayanginya sepenuh hati....
seperti apa yang layak diterima dia...
ngeri!!!~ayam the story
makcik ni potong ayam laju duh.....
mak tengah tengok dan pilih ayam dia... (dia ambil semua ~~~kopak aku)
ok... waktu ni aku teman kan mak aku pergi kedai yang jual ayam.. mak suka beli ayam kat sini sebab dia kata ayam kat sini fresh (sembelih terus jual) dan seperti biasa aku "di paw" untuk membeli ayam ini walaupun mak aku tau aku tak suka makan ayam sangat......... bagi aku pengalaman pergi tempat ni memang bgeri sebab aku tak tahan dengan "haruman kedai ini"... di tambah lagi dengan ayam2 yang berdarah2 tu... nasib baik aku tak muntah..... selalunya aku suka beli ikan, udang and sotong sebab aku gila sayang dengan makanan ini ( @ _@).. demi mak yang cintakan ayam.... bekorban juga aku untuk datang and tengok and beli ayam itu.........
kepada sesiapa yang bekerja sebagai penjual ayam.. maafkan aku.. aku suka makan itik.... itik... gembo-gembo.. masak rendang soodappppp!!! (balik ni aku nak pujuk adik aku supaya dia sembelih itik kesayangan dia...~ngidam rendang itik) ;p
aku cintakan KEK...
ini adalah hasil air tangan aku untuk office mate terchenta...... heheheheheheehe
kek dan aku adalah amat sinonim.... aku sukakan waktu yang digunaklan semasa membuat kek ini.... kerana semua yang aku lakukan terutama memasak kek adalah datang dari hati aku sendiri..... aku pernah memberikan resepi ini kepada beberapa rakan tetapi sayang mereka buat tak jadi.. so sejak dari itu aku simpan sahaja resepi itu dan tidak memberikan nya kepada sesiapa...........
antara komen yang diterima:
dari pembuat kek profesional:
"KEK INI AMAT SEDAP DAN BOLEH DIJUAL".
dari rahmah:
"AYAH RAHMAH KATA KEK NI SEDAP LA..."
dari kak emi
"ANAK SAUDARA AKAK SEMUA SUKA KEK INI"
Friday, July 15, 2011
jika ADA rezeki....
ingin membuat sesuatu.... insyallah isnin ini..... tunggu yer office mate yang terchenta.....
PEREMPUAN ITU CANTIK.
perempuan itu sukakan kecantikan.... ye aku setuju sangat dengan statement ini.. tipu la kalau korang kata korang tak suka pada kecantikan... meh sini aku cakar muka korang..... asal?? tak nak?? tau pun..... ok.. kecantikan ini amat la subjektif.. terpulang pada kita bagaimana kita mendefinisikan kecantikan itu sendiri... ada orang kata dia cantik bila free hair.. ada orang kata dia cantik bila pakai tudung.. selendang... or lain-lain.. ada juga yang ukur kecantikan itu melalui perangai..... meaning that if perempuan itu bersopan santun ala-ala perempuan melayu terakhir ditambah pula dengan pegangan agamanya yang kuat maka mereka mengatakan perempuan itu cantik..
bagi aku sendiri definisi cantik ini berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan?? eh?? macam tu pula.. ok.. aku akan rasa cantik if kat tempat tu aku sorang jer yang pakai tudung.... aku juga rasa cantik bila aku dikelilingi oleh supermodel yang top-top. eh.. perasan.. hehehehee itu la definisi cantik bagi aku... maksudnye aku cuba merasakan aku mempunyai kecantikan apabila situasi yang aku lalui telah sebulat suara mengatakan "aku tidak cantik jadi tolong pergi dari sini segera". kiranya ini lah satu cara yang aku gunakan untuk menaikan confiden diri aku.....
cuma yang menjadi masalahnyer jika seseorang yang tidak bertanggungjawab mengatakan kepada seorang perempuan itu bahawa dia tidak cantik.... oh!!! tolong elakkan perkara ini.. anda akan mengecilkan hati seorang perempuan itu sehingga sekecil-kecil seekor kuman. tolong ye..... semua perempuan itu cantik jika kita pandai menilai kecantikan sebenar yang ada dalam diri mereka.... sudah maklum yang perempuan in dijadikan dari rusuk adam and tulang rusuk biasanya bengkok... so mana-mana kelemahan seorang perempuan itu, tolong la jika anda mahu ubah.. gunakan lah cara yang paling berhikmah... sure mereka akan dengar and cuba buat yang terbaik.. lagi-lagi jika orang yang tersayang minta.....
cuma kadang-kadang jika ada seorang perempuan yang mengubah penampilan mereka tidak kira la dari baik ke buruk or sebaliknya... tolong la jangan mengutuk mereka dengan mangatakan yang dia tidak cantik... cuba gunakan bahasa yang lebih baik.. cth:anda tidak menyukai penampilan seorang perempuan ini kerana dia seksi.. tapi sebelum ini dia ok jer berbungkus so tegur la macam ni "awak antik... tapi lebih cantik jika awak berpakaian seperti dahulu" itu kan lebih baik.. dan yang penting tidak menyinggung perasaan perempuan itu.... selain daripada itu ada juga insan yang tak bertanggungjawab mengutuk penampilan baru seorang perempuan... walaupun penampilan itu lebih baik dari sebelumnya.. kenapa eh?? korang cemburu apa???? kalau korang cemburu tolong la ubah sikap busuk tu..... pe kata korang ikut jejak langkah perempuan tadi.. dari korang kutuk mengutuk orang tu... sah-sah pahala korang free-free je derma kat perempuan yang korang kutuk tu....
so finally.. plss... tolong hargai dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.. kepada perempuan yang obses terhadap kecantikan.. go for it.... but jangan keterlaluan sampai memudaratkan diri k.....
Thursday, July 7, 2011
Wednesday, July 6, 2011
Monday, July 4, 2011
sesuatu yang tak terluah...
semua orang seolah-olah berbahagia..... berbahagia dengan apa yang mereka kecapi dan hadapi.. tetapi aku... kadang kala kelihatan seperti meraikan kebahagiaan itu tetapi kadang kala kelihatan seperti aku menolak kebahagiaan itu.....
kesedihan dan kekecewaan seolah-olah sudah sebati dengan jiwa dan nyawa ku..... dan kerana itu aku seolah-olah reda dengan segala apa yang menimpa diri ini.... mungkin kelihatan seolah2 menerima segalanya... tetapi sebenarnya terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ku.. tentang mengapa ini semua terjadi kepada ku... mengapa tidak yang lain?? mengapa aku??? bukan tidak bersyukur...... tetapi.... tah la... perangai ini seolah-olah menunjukkan bahawa hanya aku sahaja yang selalu dan amat susah didunia ini......
kekecewaaan yang ku pendam.... sekian lama.. entah bila akan berakhir... ingin sekali aku meluahkannya. kepada seantero dunia tentang kekecewaan dan kesedihan ku.... tetapi apa sahaja yang boleh dilakukan mereka???? paling tidak menasihatkan aku supa bersabar dan terus bersabar...... aku yang melaluinya.. hanya aku sahaja yang memahaminya.. tentang kekecewaan dan kesedihan ini...... mereka hanya pandai menilai... dan terus menilai..... seolah2 ianya amat mudah dan enteng..... mungkin itu pada mereka.. tetapi tidak pada ku......
Friday, July 1, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Tuesday, May 24, 2011
kes demi kes..
kemarin
kes 1
alhamdulillah.. proposal aku diterima.. dan aku amat berterima kasih kepada sahabat yang banyak membantu aku.. dia sering hadir dalam ketawa dan menangis.... tidak pernah memeningkan kepala.... cuma aku agak berkecil hati denagn tindakan dia yang semalam... ok.. berbalik kepada cerita proposal, aku sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.. aku hanya memberi seperti apa yang diminta tanpa banyak soal.....
semalam....
kes 1.
semalam hati tergerak untuk membuka satu laman sosial kegemaran aku... dan hati tergerak untuk membuka page seseorang yang aku kenal.tapi alangkah terkejutnya aku melihat status di skrin komputer. ok fine.. aku tak sedih aku tak nangis... lantas aku capai mause and buat satu tindakah yang aku rasa benar-benar baik supaya aku boleh menghilangkan orang ini dari laman sembang aku. bukan apa.. dah banyak kali aku bersabar dengan oarng ini... menyakitkan hati yang teramat sebab tindakan yang dia selalu ambil memang luar dari jangkaan aku.. selama ini aku hanya anggap dia sebagai seorang abang.. tak lebih dari itu... tetapi dia.... hai.... aku tak pernah mempunyai seorang abang.. dan aku merasakan setiap apa yangaku curahkan kepadanya itu hanyalah sebagai tanda kasih aku kepadanya sebagai seorang adik..... tapi bila keadaan itu berubah.. dia hanya mengundang kebencian sahaja dalam hati ku..... terpulang jika dia mahu kata yang aku ini membuat dia sebagai tempat melepaskan kesedihan or kesunyian or apa2 lagi tuduhan.... semua itu malas untuk aku fikirkan and ambil tahu....... aku tak kan merelakan diriku merasa sedih kerana meninggalkan insan sepertimu.. tetapi aku patut merasa gembira kerana meninggalkan insan yang buruk perangai seperti mu...
kes 2.
ok... aku rasa lelaki memang sinonim dengan perempuan cantik... mereka kata mereka tak memilih rupa la itu la.. ini la.. tapi bila nampak perempuan cantik lalu dihadapan mereka, mereka still memuji and mengagungkan......... hurm.......
hari ini.
kes 1.
berbahagia kerana aku akan menikmati cuti semester yang sebenar pada minggu hadapan.... oHHH yeah!!!!! aku melarikan diri untuk menghadapi sesuatu.. sesuatu yang aku benci... dan jelik.... biar la apa orang nak kata.. biar la apa orang nak nasihat.. kerana aku percaya yang tindakan aku ini lebih dan paling baik dari yang lain... mereka hanya berkata dan terus berkata-kata.. tetapi mereka sendiri tidak pernah menghadapi masalah seperti apa yang aku hadapi kini.. mungkin mereka akan berkata, ada orang lain lagi yang lebih teruk masalahnya... ok.. itu masalah mereka.. bukan masalah aku.. kenapa perlu samakan masalah aku dengan orang lain???mungkin bagi mereka masalah aku ini remeh.. tapi cuba alihkan pandangan mereka dan pandang dari sudut seperti mana yang aku pandang.. aku ini manusia waras... jadi aku juga sudah semestinya tidak mahu menimbulkan masalah.....
Wednesday, May 18, 2011
salah... x bersalah...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku...
bukan ku pinta semua itu terjadi..
sudah menjadi suratan yang azali...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan ku pinta semua itu terjadi..
sudah tersurat malangnya diri...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan kupinta semua itu terjadi..
jangan lah menghukum aku sedemikian rupa...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan ku pinta semua ini terjadi..
tiap bait bicara mu menghiris hati..
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan ku pinta semua itu terjadi..
bukan kuharap semua itu berlaku..
yang ku harap cuma setitis kasih sayang..
yang ku harap cuma secangkir pengertian..
agar reda mengharung takdir...
ya itu bukan salah ku...
bukan ku pinta semua itu terjadi..
sudah menjadi suratan yang azali...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan ku pinta semua itu terjadi..
sudah tersurat malangnya diri...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan kupinta semua itu terjadi..
jangan lah menghukum aku sedemikian rupa...
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan ku pinta semua ini terjadi..
tiap bait bicara mu menghiris hati..
ya itu salah ku
ya itu bukan salah ku
bukan ku pinta semua itu terjadi..
bukan kuharap semua itu berlaku..
yang ku harap cuma setitis kasih sayang..
yang ku harap cuma secangkir pengertian..
agar reda mengharung takdir...
Wednesday, May 4, 2011
mawar putih itu
mawar putih itu
terlalu indah...
tapi sayang seribu kali sayang...
gunung tinggi di awanan letaknya ia...
mawar putih itu
terlalu indah..
tapi sayang seribukali sayang..
mentarinya bulan dimalam hari..
mawar putih itu
terlalu indah..
tapi sayang seribu kali sayang
bajanya bergantung pada terik mentari pagi...
mawar putih itu
terlalu indah...
tapi sayang seribu kali sayang...
ia mempunyai hati berlian.....
mawar putih itu..
terlalu indah...
tapi sayang seribu kali sayang...
tiada apa yg bisa memilikinya...
tanpa izin yang satu..
kerana ianya milik mutlak yg maha ESA
terlalu indah...
tapi sayang seribu kali sayang...
gunung tinggi di awanan letaknya ia...
mawar putih itu
terlalu indah..
tapi sayang seribukali sayang..
mentarinya bulan dimalam hari..
mawar putih itu
terlalu indah..
tapi sayang seribu kali sayang
bajanya bergantung pada terik mentari pagi...
mawar putih itu
terlalu indah...
tapi sayang seribu kali sayang...
ia mempunyai hati berlian.....
mawar putih itu..
terlalu indah...
tapi sayang seribu kali sayang...
tiada apa yg bisa memilikinya...
tanpa izin yang satu..
kerana ianya milik mutlak yg maha ESA
aurora
aurora
itu indah....
seindah nama..
segemilang rupa...
tapi sayang seribu kali sayang..
ia hanya bisa dipandang tak bisa disentuh...
aurora
itu indah..
seindah nama..
segemilang rupa..
tapi sayang seribu kali sayang...
ia tak bisa dicapai tak bisa dimiliki...
aurora
itu indah..
seindah nama..
segemilang rupa....
tapi sayang seribu kali sayang..
hanya bisa dipuja seumur ada nya..
itu indah....
seindah nama..
segemilang rupa...
tapi sayang seribu kali sayang..
ia hanya bisa dipandang tak bisa disentuh...
aurora
itu indah..
seindah nama..
segemilang rupa..
tapi sayang seribu kali sayang...
ia tak bisa dicapai tak bisa dimiliki...
aurora
itu indah..
seindah nama..
segemilang rupa....
tapi sayang seribu kali sayang..
hanya bisa dipuja seumur ada nya..
Wednesday, March 16, 2011
Duhai..
duhai hati...
duhai nyawa.....
kerasnya engkau..
mengalahkan batu.....
sesuatu yang terjadi itu mempunyai rahsia..
sebagai petunjuk di hari muka.....
duhai hati..
duhai nyawa....
kerasnya engkau...
mengalahkan batu....
sesuatu yang terjadi itu mempunyai rahsia...
supaya belajar memilih yang terbaik.....
duhai hati..
duhai nyawa...
kerasnya engkau..
mengalahkan batu...
sesuatu yang terjadi itu mempunyai rahsia....
mohon lah petunjuk dari yang Esa.....
agar yang dipilih tidak disesali kemudian hari....
duhai nyawa.....
kerasnya engkau..
mengalahkan batu.....
sesuatu yang terjadi itu mempunyai rahsia..
sebagai petunjuk di hari muka.....
duhai hati..
duhai nyawa....
kerasnya engkau...
mengalahkan batu....
sesuatu yang terjadi itu mempunyai rahsia...
supaya belajar memilih yang terbaik.....
duhai hati..
duhai nyawa...
kerasnya engkau..
mengalahkan batu...
sesuatu yang terjadi itu mempunyai rahsia....
mohon lah petunjuk dari yang Esa.....
agar yang dipilih tidak disesali kemudian hari....
kehadiran
gelang kaki ku berbunyi riang...
bagai meraikan sesuatu yang gemilang...
hati yang berduka seolah bercahaya....
kehadiran kedua.....
membawa seribu erti...
gelang kaki ku berbunyi riang....
bagai meraikan sesuatu yang gemilang....
hati yang berduka seolah bercahaya....
ku bersujud syukur.....
atas kehadiran yang tak diduga...
gelang kaki ku berbunyi riang..
bagai merai sesuatu yang gemilang..
hati yang berduka seolah bercahaya....
dalam istikharah aku berserah diri..
meminta petunjuk dari yang Ilahi......
bagai meraikan sesuatu yang gemilang...
hati yang berduka seolah bercahaya....
kehadiran kedua.....
membawa seribu erti...
gelang kaki ku berbunyi riang....
bagai meraikan sesuatu yang gemilang....
hati yang berduka seolah bercahaya....
ku bersujud syukur.....
atas kehadiran yang tak diduga...
gelang kaki ku berbunyi riang..
bagai merai sesuatu yang gemilang..
hati yang berduka seolah bercahaya....
dalam istikharah aku berserah diri..
meminta petunjuk dari yang Ilahi......
Sunday, March 6, 2011
Friday, February 4, 2011
untuk yang pernah hadir...
wow.. sudah lebih 7 tahun berlalu.. dan terasa bagaikan semalam ianya terjadi... saat aku bersedih demi seseorang yang pernah aku sayang.... kini.... sidia sudah berbahagia.. dan aku juga berbahagia atas kebahagiaannya itu.....
cuma aku agak terasa pelik.... mungkin kerana dia pernah berjabji... bahawa hanya aku.... tiada yang kedua... ya.. ianya salah ku... kerana terlalu sibuk...... terlalu sibuk dengan tugas seharianku sebagai seorang pelajar...... dan aku abaikan dirimu.. walaupun sebegitu tiada curang yang aku lakukan..
masih segar dalam ingatan ku.. saat hati berdetak untuk sesuatu yang tidak elok.. lantak aku bertanyakan hal itu kepada mu.... mulanya kau tidak mengaku.. dan nah.... saat semuanya terbongkar..... kau diam seribu bahasa..... dan saat itu terlerai sudah ikatan suci itu...
saat itu juga kau mengajar aku untuk membenci sesuatu yang bernama kepercayaan... dan sekarang aku tidak percaya lagi pada perasaaan itu.. terima kasih cinta hati ku... kerana mengajar tentang itu kepada ku.......
dan maafkan aku.. untuk satu perasaan sedih.. yang hadir demi menuntut janji mu itu........ maafkan aku.... dan semoga kau berbahagia selalu......
Thursday, February 3, 2011
dari ibu untuk mu anakku..
aku berlapar..
demi untuk kekenyanngan mu...
aku bermiskin...
demi untuk kesenangan mu...
aku dipermalukan...
demi untuk kemasyuran mu....
aku berendah diri..
demi untuk ketinggian dirimu...
aku berpanas...
demi untuk kedinginan mu...
aku berhujan..
demi utuk perlindungan mu...
aku bersedih...
demi untuk kegembiraan mu...
aku berlawan..
demi untuk keselamatan mu....
apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu...
walaupun kadangkala ia kerap disalah ertikan..
walaupun kadangkala ia kerap mengundang satu hinaan..
walaupun kadangkaa ia kerap mengundang satu sindiran....
apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu...
kerna kau keutamaan mu....
kerna kau kesanyangamu......
kerna kau adalah nyawaku.....
apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu..
kerna kau ialah ANAK ku..
dan aku adalah ibu mu....
hanya kerna kau adalah anakku..
rela sekali aku berjuang...
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku menelan segala kepayahan...
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku menerima segala cacian..
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku pertaruhkan nyawa...
hanya kerna kau adalah.... anakku..... permata hati ku... belahan jiwa ku.....
demi untuk kekenyanngan mu...
aku bermiskin...
demi untuk kesenangan mu...
aku dipermalukan...
demi untuk kemasyuran mu....
aku berendah diri..
demi untuk ketinggian dirimu...
aku berpanas...
demi untuk kedinginan mu...
aku berhujan..
demi utuk perlindungan mu...
aku bersedih...
demi untuk kegembiraan mu...
aku berlawan..
demi untuk keselamatan mu....
apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu...
walaupun kadangkala ia kerap disalah ertikan..
walaupun kadangkala ia kerap mengundang satu hinaan..
walaupun kadangkaa ia kerap mengundang satu sindiran....
apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu...
kerna kau keutamaan mu....
kerna kau kesanyangamu......
kerna kau adalah nyawaku.....
apa yang aku lakukan..
hanyalah untuk dirimu..
kerna kau ialah ANAK ku..
dan aku adalah ibu mu....
hanya kerna kau adalah anakku..
rela sekali aku berjuang...
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku menelan segala kepayahan...
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku menerima segala cacian..
hanya kerna kau adalah anakku..
rela aku pertaruhkan nyawa...
hanya kerna kau adalah.... anakku..... permata hati ku... belahan jiwa ku.....
Thursday, January 13, 2011
kau telah merampas kebahagiaan ku..
penderitaan apa yang telah kau berikan??
ku tidak mampu untuk hidup...
ku jaga tidak mampu mati..
kerna siang dan malam ku telah kau curi...
kau telah merampas kebahagiaanku..
penderitaan apa yang telah kau berikan??
kutidak mampu hidup..
dan ku juga tidak mampu untuk mati...
kerna jiwa ku telah kau curi..
wahai tuhan ku..
kau mengetahui isi hati ku...
beritahulah dia akan tentangnya..
izinkan aku menyentuhnya...
tetapi hanya dengan cara yang diredaimu..
kerana hati ku ini tidak tahan menanggung penderitahan hati ini
Wednesday, January 5, 2011
kenangan semalam itu masih menggangguku.... membuatkan marah ku meledak dengan cepat apabila memikirkannya.. puas sudah aku cuba reda kan diri dan melihatnya dari sudut yang positif tetapi kelihatan ianya agak sia-sia....
adakah aku seorang pendendam?? dan ku kira jawapan nya ialah ya... kerana selagi aku tidak membalas apa yang kau lakukan terhadapku.. selagi itu juwa ku tidak akan tenang.....
tetapi disebalik kemarahan ku yang meluap, ada satu perasaan halus yang meminta aku melupakan segalanya dan terus tabah mengharungi penderitaan ini sebagi satu ujian dan satu titik langkah untuk menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya.... dan aku faham itu... aku faham segalanya.. mungkin agak terlalu egois untuk menerima rasionalisasi ini....
kerana yang menjadi masalahnya ialah keadaan hati ku yang sakit dek kenangan semalam itu....... seolah-olah terasa seperti tidak sempurna sehinggalah aku membalas perbuatan itu....
dan kini ku kira aku tahu apa yang bakal aku lakukan untuk membalas kedukaan semalam ku... tidak lah terlalu teruk tetapi cukup untuk meledakkan satu kesengsaraan....
Tuesday, January 4, 2011
duhai dara kesayangan ku
duhai dara kesayangan ku....
menyayangi membuatkan aku sengsara...
mengasihi mu membuatkan aku sengsara....
mencintaimu membuatkan aku sengsara.....
duhai dara ku..
kau kesayangan ku..
menyayangi mu membuatkan aku alpa kepada-NYA..
mengasihi mu membuatkan aku lalai kepada-NYA..
mencintai mu membuatkan aku lupa kepada-NYA..
duhai dara ku..
kau kesayangan ku....
membencimu membuatkan aku bahagia...
menolakmu membuatkan aku bahagia...
mengkhianati mu membuatkan aku bahagia....
duhai dara ku..
kau kesayangan ku...
aku membencimu kerana ingin menumpukan cinta ku kepada-NYA....
aku menolakmu kerana ingin menekunkan ibadah ku kepada-NYA..
aku mengkhianati mu kerana ingin kusyuk mencintai DIA yang satu....
kau itu siapa?
kau itu siapa
suka-suka sahaja mahu menilai ku...
sedangkan jika dibandingkan antara aku dan diri mu..
kau itu bukan siapa-siapa...
kau itu siapa
suka-suka sahaja mahu menilai ku..
sedangkan jika dibandingkan antara aku dan diri mu..
kau itu tidak mempunyai apa-apa....
kau itu siapa
suka-suka sahaja mahu menilai ku....
kau itu siapa..
dan aku ini siapa..
terdapat satu perjurangan yang sangat dalam..
andai dulu aku menutup mata memandang perjurangan itu..
kini ku ucap terima kasih kepada mu kerana menyedarkan aku mengenainya...
kau itu siapa
dan aku ini siapa.
sedarlah tentang kelemahan mu..
sebelum kau mencanang kelemahan ku...
kau itu siapa
dan aku ini siapa..
martabat aku lebih tinggi dari mu..
tapi ku rendahkan demi satu kebahagiaan..
kau itu siapa
dan aku ini siapa....
meninggalkan mu adalah KEMENANGAN kepadaku..
kerana kau bukan siapa-siapa..
dan aku tidak patut menyesal kerana meninggalkan insan seperti mu...
suka-suka sahaja mahu menilai ku...
sedangkan jika dibandingkan antara aku dan diri mu..
kau itu bukan siapa-siapa...
kau itu siapa
suka-suka sahaja mahu menilai ku..
sedangkan jika dibandingkan antara aku dan diri mu..
kau itu tidak mempunyai apa-apa....
kau itu siapa
suka-suka sahaja mahu menilai ku....
kau itu siapa..
dan aku ini siapa..
terdapat satu perjurangan yang sangat dalam..
andai dulu aku menutup mata memandang perjurangan itu..
kini ku ucap terima kasih kepada mu kerana menyedarkan aku mengenainya...
kau itu siapa
dan aku ini siapa.
sedarlah tentang kelemahan mu..
sebelum kau mencanang kelemahan ku...
kau itu siapa
dan aku ini siapa..
martabat aku lebih tinggi dari mu..
tapi ku rendahkan demi satu kebahagiaan..
kau itu siapa
dan aku ini siapa....
meninggalkan mu adalah KEMENANGAN kepadaku..
kerana kau bukan siapa-siapa..
dan aku tidak patut menyesal kerana meninggalkan insan seperti mu...
Monday, January 3, 2011
azam tahun baru....
azam tahun baru....
1) nak berjaya dalam hidup
----klise------
2) nak habiskan master on time
-----klise-------
3)nak berbahagia..
---klise--- but, eh nanti jap.. berbahagia?? ok..aksudnya ialah aku ingin menikmati segala keperitan hidup ini dengan senyuman paling manis..... memang ianya susah kerana aku bukan seorang yang pakar dalam bab2 menyembunyikan emosi tetapi apa salahnya mencubakan..
selain daripada itu.. aku juga ingin membuka hati untuk sesuatu yang baru... aku telah mempertanggungjawabkan seseorang untuk hal yang satu inikerana dia adalah orang TERPECAYA aku.... dan semua risiko yang bakal aku tanggung hasil dari sesuatu itu akan aku tanggung sendiri dan reda dengan ketentuan......
4) membuang 3 benda yang aku sayang.
ada tiga benda yang aku sayang.... banda yang pertama itu adalah sesuatu yang selalu meneman diri aku ketika lena beradu..... yang kedua.. ianya selalu membuatkan aku cantik apabila aku memakainya dan yang terakhir sesuatu yang menghubungkan aku dengan orang yang aku sayang ( tetapi teleh dicuri)... ketiga2 benda ini merupakan benda yang aku sayang..... dan akau harus memulangkannya pada tempat yang sepatutnya walaupun aku tahu ketiga2 benda ini seolah2 tidak rela berpisah denagn ku....
kadang2 untuk memulakan sesuatu yang baharu kita perlu memberi ruang dan jika tiada ruang tidak salah andai kita kosongkan sesuatu bahagian agar benda baru itu dapat diterima...
aku akan memulangkannya apabila aku mempunyai kekuatan....... kerana seperti yang aku katakan.. ianya adalah sesuatu yang aku sayang.. dan tidak mudah untuk berpisah dengannya...
5) 75% rasional... 25% mimpi...
tahap kerasionalan aku bertambah dan diharap terus kekal.. mimpi?? ok aku memang suka bermimpi kerana ianya membuatkan aku terasa sedikit bahagia jika apa yang aku harapkan di alam realiti tidak menjadi kenyataan.......
6) sayang...
menjadi semakin penyayang....... untuk semua orang.... akan cuba "mengavoid" semua yang mampu membuatkan aku bersedih..... hati ini kecil.. dan dia tidak mampu untuk menyimpan semua kesedihan.. aku mahu dia lebih bahagia...... denagn "mengavoid" kamu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)